Berkebun Lakukan Kerja Rumah Bantu Elak Dapat Kanser




Hello Health Group -October 10, 2021 Aktiviti fizikal seperti senaman dan berkebun merupakan salah satu langkah alternatif bagi setiap individu untuk elak kanser dan mencapai kelanjutan usia. (Gambar Rawpixel)Senaman merupakan salah satu elemen kelanjutan usia yang penting. Kebaikan bersenam boleh mempengaruhi tahap kelangsungan hidup terutamanya buat mereka yang menghidap penyakit kanser.
Di seluruh dunia, lebih daripada 10 juta individu telah disahkan menghidap kanser dan jumlah tersebut meningkat setiap tahun.
Meskipun begitu, teknologi perubatan yang maju membolehkan penghidap memperolehi potensi kesembuhan (prognosis) yang baik dalam jangka masa 5 tahun selepas didiagnosis dengan barah.
Peningkatan pada jumlah mereka yang sembuh daripada kanser dianggarkan setinggi 25 juta atau lebih.
Namun, prognosis tersebut berubah mengikut faktor tertentu. Salah satu daripadanya adalah perubahan gaya hidup seperti pemakanan, kekerapan bersenam dan jumlah jam tidur.
Artikel ini akan menerangkan perihal senaman sebagai senjata untuk memerangi kanser dan mencapai kelanjutan usia.
Senaman boleh bantu turunkan risiko kanser payudara
Gaya hidup aktif bukan sahaja boleh menyeimbangkan jumlah kalori keluar dan masuk, ia juga boleh mempengaruhi aktiviti hormon di dalam badan.
Hormon merupakan pengisyaratan kimia yang boleh mempengaruhi aktiviti sel di seluruh badan.
Sebagai contoh, hormon estrogen. Estrogen boleh menggalakkan pembahagian sel di organ payudara untuk berlaku dengan lebih kerap.
Keadaan ini boleh menyebabkan pembahagian sel berlaku secara tidak terkawal sehingga boleh membentuk sel kanser.
Namun, mereka yang menjalani kehidupan aktif seringkali dikaitkan dengan paras estrogen yang rendah.
Situasi ini membantu anda untuk menurunkan risiko kanser payudara.
Hormon lain seperti insulin juga boleh mempengaruhi cara sel membahagi.
Individu yang menjalani kehidupan aktif mempunyai paras insulin rendah justeru ia boleh membantu mencegah kanser.
Kebaikan bersenam: Risiko kanser usus turun
Aktiviti fizikal boleh mempengaruhi kadar pergerakan bahan makanan di dalam sistem gastrousus manusia.
Perkara ini penting berikutan pergerakan yang perlahan boleh mendedahkan toksin berbahaya yang terkandung di dalam sisa makanan terhadap sel usus besar sehingga boleh menyebabkan terjadinya kanser.
Mereka yang aktif bersenam boleh membantu sistem gastrousus untuk memproses makanan sehingga terbentuknya tinja dan ia akan dikumuhkan melalui saluran rektum.
Keadaan ini menurunkan risiko anda untuk mendapat masalah kanser usus.
Selain itu, senaman juga boleh membantu mengawal proses keradangan di dalam usus besar.
Radang adalah satu tindak balas badan terhadap proses patologi seperti jangkitan.
Walaupun ia dianggap sebagai satu proses fisiologi yang baik untuk badan, namun jika tindak balas tersebut berlaku di luar kawalan, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk didiagnosis dengan masalah kanser.
Oleh itu, senaman merupakan salah satu kaedah yang efektif untuk hindar kanser.
Pelbagai jenis aktiviti fizikal boleh dilakukan untuk kekal aktif
Secara umumnya, sudah tentu anda faham, aktiviti fizikal merupakan aspek yang sangat penting dalam usaha untuk memerangi kanser.
Untuk kekal aktif, anda tidak perlu untuk menyertai mana-mana kelas senaman atau membeli keahlian bulanan gim.
Terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah dan pergerakan kita semasa melakukan aktiviti harian turut dianggap sebagai aktiviti fizikal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan setiap individu untuk melakukan aktiviti senaman berintensiti sederhana (jogging, berenang) selama 150 minit seminggu.
Secara amnya, aktiviti fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Senaman aerobik: Aktiviti fizikal yang menggunakan sejumlah oksigen yang banyak. Ia boleh memperbaiki fungsi sistem kardiovaskular. Contoh senaman seperti berlari dan berenang.Senaman anaerobik: Aktiviti fizikal yang dilakukan bagi meningkatkan kekuatan dan intensiti otot badan. Contohnya adalah senaman angkat berat.Aktiviti fizikal juga mempunyai intensiti yang berbeza. Bukan semuanya boleh menyebabkan anda berpeluh.
Intensiti sederhana: Senaman yang membuatkan anda berasa panas dan bernafas laju namun anda masih lagi boleh bercakap semasa melakukannya. Sebagai contoh, berjalan laju, berbasikal, berkebun dan melakukan kerja rumah.Intensiti tinggi: Aktiviti senaman yang meningkatkan kadar degupan jantung anda, membuatkan anda berpeluh dan sukar untuk bernafas. Sebagai contoh berlari, senaman aerobik, permainan bola sepak dan memecut ketika berbasikal.Kenapa penting buat anda untuk kekal aktif setiap hari?
Kajian menunjukkan aktiviti sukan sama ada berintensiti sederhana atau tinggi boleh mengurangkan risiko kanser usus besar, payudara dan rahim.
Selain itu, senaman juga merupakan elemen penting dalam memastikan kita berada dalam lingkungan berat ideal.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko bagi 13 jenis kanser.
Berdasarkan kepada fakta tersebut, Dana Kajian Kanser Sedunia (WCRF) telah menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil bagi menghindari kanser.
Antaranya adalah:
Aktiviti fizikal berintensiti sederhana selama 150 minit dalam masa seminggu, sebagai contoh 30 minit 5 kali sehari.Aktiviti fizikal berintensiti berat, 75 minit dalam masa seminggu.Kesimpulan
Aktiviti fizikal merupakan salah satu langkah alternatif bagi setiap individu untuk elak kanser dan mencapai kelanjutan usia.
Telah terbukti melalui beberapa kajian lepas, kebaikan bersenam berupaya untuk menurunkan risiko berlakunya kanser tertentu melalui kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya seperti penurunan berat badan dan sebagainya.
Oleh itu, WHO dan beberapa badan kesihatan global telah menyarankan setiap individu untuk melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana pada kekerapan 150 minit seminggu (75 minit jika intensiti berat).
Jika anda risau akan risiko untuk mendapat kanser, buat pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran sekarang.
Artikel ini telah disemak oleh panel Perubatan Hello Doctor dan telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/berkebun-lakukan-kerja-rumah-bantu-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potret Rumah Mewah Terbengkalai Milik Bos Penyalur Tenaga Kerja Dalamnya Ada Brankas

Potret Rumah Mewah Terbengkalai Milik Bos Penyalur Tenaga Kerja Dalamnya Ada Brankas

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 216 hits
Potret sebuah rumah mewah terbengkalai di Indramayu Jawa Barat Kabarnya rumah tersebut dulunya milik seorang bos penyalur tenaga kerja yang merupakan salah satu orang terkaya di daerah tersebut Di dalam rumah berlantai dua itu juga ditemuka...
Nak Anak Anak Selesa Niat Bantu Perbelanjaan Suami Isteri Tak Berani Berhenti Kerja

Nak Anak Anak Selesa Niat Bantu Perbelanjaan Suami Isteri Tak Berani Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 261 hits
Setiap hari isteri balik dengan melangkah longlai kerana terlalu penat bekerja Dia penat namun bila mana memikirkan kemahuan dirinya dan niat untuk membantu suami dalam menguruskan perbelanjaan rumah isteri tegar bertahan Isteri terus kuat ...
Tak Semua Extension Sesuai Untuk Alat Elektrik Di Rumah Beringat Elak Litar Pintas

Tak Semua Extension Sesuai Untuk Alat Elektrik Di Rumah Beringat Elak Litar Pintas

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 376 hits
Wayar penyambung antara keperluan utama dalam rumah untuk keperluan barangan elektrik Bagaimanapun anda tahu tak ada plug atau wayar penyambung ini boleh menyebabkan litar pintas dan mungkin menjadi punca kebakaran dalam rumah Lagi satu pen...
Rmk12 Lebih Rm2 Bilion Bantu Perumahan Rakyat Miskin Bina 500 000 Rumah Mampu Milik

Rmk12 Lebih Rm2 Bilion Bantu Perumahan Rakyat Miskin Bina 500 000 Rumah Mampu Milik

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 314 hits
RMK12 Lebih RM2 bilion bantu perumahan rakyat miskin bina 500 000 rumah mampu milik Putrajaya akan memperuntukkan RM2 25 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke 12 bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin kata Perdana Mente...
Diuji Sakit Kronik Rumah Kemas Terapi Untuk Saya Sihat Anak Suami Sentiasa Bantu

Diuji Sakit Kronik Rumah Kemas Terapi Untuk Saya Sihat Anak Suami Sentiasa Bantu

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 384 hits
Rumahku syurgaku Besar atau kecil rumah jika susun aturnya kemas pasti sedap mata memandang dan memberi ketenangan pada ahli keluarga Ini yang paling penting bagi memberi aura positif sepanjang masa Bagi yang bekerja di siang hari waktu pul...
Penduduk Gempar Rumah Dinaiki Air Banjir Merah

Penduduk Gempar Rumah Dinaiki Air Banjir Merah

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 664 hits
Oleh HUJAN yang turun dari awal pagi hari ini telah mewujudkan limpahan air bewarna merah di sekitar perkampungan Seri Jaya Batu 6 Tampoi Johor Bahru FOTO ihsan MEDIA SOSIAL PENDUDUK Kampung Seri Jaya Baru Tampoi Johor Bahru gempar apabila ...
Kakitangan Awam Dipaksa Potong Elaun Tapi Rumah Kerajaan Amat Menyedihkan

Kakitangan Awam Dipaksa Potong Elaun Tapi Rumah Kerajaan Amat Menyedihkan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 202 hits
Kakitangan awam potong elaun tetap maka kutipan diperolehi oleh kerajaan lebih kurang RM 30 juta Dapat RM30 juta itu untuk rakyat ke Atau untuk kemudahan kakitangan awam Bukan Jumlah yg sama dan lebih adalah untuk mencantikkan lagi rumah PM...
Keti4k Pun Tak Sempat Peluh Ni Vide0 Aksi Pemuda Pergi Intern Jauh Dari Rumah Ini Buat Netizen Terhibur

Keti4k Pun Tak Sempat Peluh Ni Vide0 Aksi Pemuda Pergi Intern Jauh Dari Rumah Ini Buat Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 438 hits
Bagi sesetengah pelajar institut pengajian tinggi ada yang perlu menjalani latihan industri atau bahasa lainnya praktikal untuk melengkapkan tempoh pengajian mereka Ada mahukan tempat kerja yang jauh supaya vibe bekerja tu lebih terasa dan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba