Berjimat Selagi Boleh Harga Peralatan Sekolah Makin Mahal
IPOH – Kebanyakan ibu bapa mengakui terpaksa berjimat dan berbelanja hanya mengikut kemampuan bagi memenuhi keperluan persekolahan anak-anak yang bermula Isnin ini.
Kakitangan swasta, Siti Hawa Mohd Zin, 37, berkata, lebih RM1,000 telah dibelanjakan bagi membeli kelengkapan dan membayar yuran sekolah tiga anak perempuannya, masing-masing berusia 10, 7 dan 5 tahun.
Menurutnya, kos itu meningkat sekali ganda berbanding RM500 yang diperuntukkan sebelum ini disebabkan beberapa barangan keperluan sekolah yang naik harga.
“Harga baju, tudung dan kasut memang lagi mahal berbanding tahun lepas menyebabkan saya dan suami terpaksa berjimat, daripada menyediakan dua pasang baju, tahun ini hanya beli sepasang sahaja.
“Bagi anak kedua yang baru masuk Tahun Satu pula, saya gunakan pakaian kakaknya yang masih elok untuk ke sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.
Suri rumah, Norfatihah Ahmad Shari, 41, pula berkata, tidak banyak keperluan sekolah dapat disediakan tahun ini untuk tiga anaknya yang berusia 18, 14 dan 9 tahun.
Dia dan suami yang bekerja buruh sawit hanya mengguna pakai baju, beg dan alat tulis sekolah sedia ada memandangkan kebanyakannya masih dalam keadaan elok.
“Saya dan suami sediakan sekitar RM500 untuk keperluan sekolah anak-anak, itu pun digunakan untuk biayai yuran dan buku-buku sekolah dahulu.
“Kebetulan anak yang bongsu dapat bantuan kelengkapan sekolah, jadi sedikit sebanyak dapat juga ringankan beban kami sebagai ibu bapa,” katanya.
Sementara itu, pekerja dobi, Wan Ahmad Affendy Mohd Yaakob, 34, akur dengan peningkatan harga barangan keperluan sekolah anak-anak menyebabkannya terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan lain.
Jelasnya, tempoh dua tahun tanpa sesi pembelajaran secara bersemuka menyebabkan keperluan dan perkakas sekolah terpaksa diganti baharu terutama baju serta kasut kerana sudah sempit dan tidak boleh digunakan lagi.
“Saya dan isteri sudah membeli keperluan sekolah anak kami berusia 14 dan 12 tahun lebih awal.
“Hampir RM400 dibelanjakan membeli dua pasang pakaian setiap seorang. Itu pun dibeli hanya di kedai biasa sahaja, bukan pasar raya,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras
Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis
The post Berjimat selagi boleh, harga peralatan sekolah makin mahal appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/20/berjimat-selagi-boleh-harga-peralatan-sekolah-makin-mahal/