Berjayakah Bn Strategy Pertahan Kubu Tiada Serangan Seperti Mp Ph Pn




Menjelang PRU15, Pengerusi BN dan para penyokongnya dilihat penuh keyakinan ketika mereka menggesa agar Parlimen segera dibubarkan

Namun, sepanjang tempoh kempen setakat ini, BN dilihat lebih banyak bertahan dengan barisan pemimpin utamanya, termasuk Zahid, serta "poster boy" Ismail Sabri Yaakob lebih memberi tumpuan di kawasan masing-masing

Sementara itu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menyertai kempen di seluruh negara dalam usaha mereka mengalahkan BN dalam PRU15

Bagi Ismail, yang dinamakan sebagai calon perdana menteri oleh BN, dia lebih banyak berada Bera sepanjang 10 hari kempen. Pada PRU lalu, dia hanya mempertahankan kerusi itu dengan meraih hanya 43.9 peratus undi

Dia hanya keluar Bera dua kali. Pertama ketika berkunjung ke Ayer Hitam, Johor dan Alor Gajah, Melaka bagi berkempen untuk Presiden MCA Wee Ka Siong dan Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan

Kali kedua adalah hari ini - di sebelah pagi, dia berada di Sarawak bagi berkempen untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum bertolak ke Putrajaya untuk bersama-sama Tengku Adnan Mansor

Dia juga akan berkempen untuk Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh dan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Kuala Selangor

Ini jauh berbeza dengan Najib ketika PRU 2018, di mana dia giat berkempen di seluruh negara dengan singgah di sekurang-kurangnya tujuh negeri sepanjang 10 hari pertama kempen

Najib yang ketika itu dihujani serangan ekoran skandal 1MDB mengambil stretegi menyerang dalam kempen PRU tersebut

Ismail Sabri pula dilihat disibukkan dengan isu calon perdana menteri, di mana dia berusaha meyakinkan orang ramai bahawa dia adalah calon bagi BN, bukannya Zahid seperti didakwa sesetengah pihak

Namun, perkembangan terbaru menguatkan lagi spekulasi Zahid cuba untuk memegang kuasa di Putrajaya

Semalam, dia mengaku menawarkan jawatan menteri luar kepada Anifah Aman jika BN menubuhkan kerajaan. Pelantikan menteri adalah di bawah bidang kuasa perdana menteri


Menjaga kubu sendiri
Seperti Ismail, Zahid juga menghabiskan banyak masa di kawasannya sendiri, iaitu Bagan Datuk

Pada PRU lalu, presiden Umno itu mempertahankan kerusi itu dengan meraih 51.4 peratus undi dalam pertembungan tiga penjuru

Namun pada PRU15 Zahid tidak lagi berdepan calon yang dianggap lemah. Kali ini, PH menghantar Shamsul Iskandar Md Akin - yang menewaskan bekas ketua menteri Melaka Mohd Ali Rustam pada PRU lalu - ke Bagan Datuk

Zahid hanya berkempen di luar Bagan Datuk untuk tiga hari, iaitu pada 9 hingga 11 November. Sepanjang tiga hari itu, dia ke Sabak Bernam dan Sungai Besar di Selangor, Tangga Batu dan Masjid Tanah di Melaka, dan Titiwangsa di Kuala Lumpur

Namun perlu dinyatakan ia bukanlah kaedah kempen Zahid yang benar-benar berbeza berbanding pada PRU lalu. Ketika itu, dia yang menjadi timbalan perdana menteri menghabiskan kebanyakan tempoh kempen di Bagan Datuk

Berdasarkan liputan media dan media sosial, pemimpin utama BN lain yang dilihat menghabiskan banyak masa di kawasan masing-masing setakat 10 hari kempen adalah Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan (Rembau) dan Presiden MIC SA Vigneswaran (Sungai Siput)

Sementara itu, Presiden MCA Wee Ka Siong - yang berdepan tekanan semasa berkempen di Ayer Hitam di saat LRT dilanda masalah di Kuala Lumpur - menjadi pemimpin BN yang paling giat

Dia telah berkempen untuk calon MCA di Johor, Kuala Lumpur, Pahang dan Melaka

Namun ia tetap tidak boleh dibandingkan dengan pemimpin PH seperti Anwar, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden Amanah Mohamad Sabu

Anwar yang merupakan calon perdana menteri PH telah pusing satu negara untuk meraih sokongan kepada PH

Satu-satunya kawasan yang belum disinggahnya setakat ini adalah Lembah Klang. Selain itu, dia merentas negeri hampir setiap hari dan pada masa sama masih mencuri masa untuk berkempen di Tambun, kawasan yang ditandinginya

Begitu juga dengan PN, apabila calon perdana menterinya Muhyiddin Yassin turut berkempen di serata negeri, iaitu Perak, Pahang, Perlis, Kedah dan Selangor, selain negerinya sendiri iaitu Johor

Kempen BN juga dilihat ketinggalan dari beberapa aspek lain

Pemerhatian Malaysiakini terhadap "perang bendera" mendapati walaupun BN yang menyebabkan PRU15 diadakan lebih awal, gabungan itu hanya mula menaikkan bendera dan sepanduk di banyak kawasan selepas dua atau tiga hari kempen bermula

Malaysiakini juga mendapati BN juga tidak menggunakan terlalu banyak bahan kempen, misalnya sepanduk untuk memaparkan calon, di kubu kuat PH

Pada Khamis lalu, Rafizi ketika berceramah di Ledang, Johor berkata ini kerana "panglima-panglima" setempat BN tidak ingin membazir wang jika hanya kekalahan menunggu mereka


Mood berbeza
Kesemua faktor ini jauh berbeza dengan keyakinan yang ditunjukkan BN sebelum Parlimen dibubarkan apabila mereka meraih kemenangan besar dalam PRN Johor dan Melaka

Namun, jika keputusan dua PRN itu disemak, BN hanya menang dengan undi popular kurang 50 peratus

Di Johor, data membayangkan walaupun ramai pengundi baru keluar mengundi, banyak penyokong PH yang tidak berbuat demikian

Di banyak kerusi, peratusan keluar mengundi juga jauh kurang berbanding PRU 2018

Namun, mood sekarang sangat berbeza

Pengundi di Johor memberitahu Malaysiakini bahawa rakan dan saudara mereka yang tinggal di negeri lain akan pulang untuk mengundi, begitu juga dengan mereka yang memang tinggal di situ tetapi tidak mengundi pada PRN lalu

Tinjauan melibatkan pengundi pertama kali berusia 18 hingga 30 tahun menunjukkan 93 peratus daripada 1,084 responden berkata mereka ingin mengundi

Tinjauan itu dibuat syarikat penyelidikan Vase.ai bagi pihak Malaysiakini

Dengan keadaan di Johor sebagai petanda, PH menjangka peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi pada PRU15 yang akan memberi kelebihan kepada mereka

Menggunakan syarikat analisis miliknya, Invoke untuk meramalkan keputusan PRU, Rafizi mendakwa kemungkinan paling tinggi pada masa ini adalah Parlimen tergantung

Dia juga menjangka PH menang paling banyak kerusi, diikuti BN dan kemudiannya PN

Namun, ia tetap bergantung kepada keadaan cuaca pada 19 November ini

Seperti peringatan yang telah diberikan sebelum Parlimen dibubarkan lagi, banyak negeri kini dilanda banjir lebat setiap hari

Banjir juga dilaporkan di banyak negeri. Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan terdapat 2,914 mangsa banjir di enam negeri yang perlu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari tadi

Pemimpin BN yang pernah menggesa PRU awal, setakat ini dilihat tidak melihat impak banjir terhadap PRU sebagai satu perkara yang besar, dengan Zahid berkata kerajaan sementara masih boleh mengendalikannya

Jika banjir melanda pada hari mengundi Sabtu ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menggantung pengundian

Keadaan cuaca sudah pun memberi kesan kepada kempen PH. Ceramah mega gabungan itu belum dapat mencapai jumlah kehadiran seramai pada 2018

Namun, ceramah-ceramah tersebut biasanya turut disiarkan secara langsung di media sosial - strategi yang kian lazim digunakan sejak PRU lalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/11/berjayakah-bn-strategy-pertahan-kubu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahiaddin Tidak Layak Jadi Pemimpin Di Negara Berbilang Kaum Seperti Malaysia

Mahiaddin Tidak Layak Jadi Pemimpin Di Negara Berbilang Kaum Seperti Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 138 hits
Tuduhan liar Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin yang mengaitkan PH dengan kumpulan Yahudi dan Kristian yang cuba mengambil alih Malaysia bukan saja menunjukkan keterdesakannya berikutan gabungan itu kian ditolak rakyat menjelang hari pengundia...
Isteri Di Gantung Tak Perlu Melatah Dan Terimalah Hakikat Umno Maran Dah Tak Perlukan Orang Seperti Kamu Lagi Cmk

Isteri Di Gantung Tak Perlu Melatah Dan Terimalah Hakikat Umno Maran Dah Tak Perlukan Orang Seperti Kamu Lagi Cmk

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 180 hits
MARAN Calon Perikatan Nasional bagi kerusia Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Muttalib digesa cermin diri dulu sebelum mendawa tidak wajar UMNO menggantung isterinya Pada Isnin dua Ketua Wanita UMNO Bahagian digantung sementara atas dakwaan ...
Anwar Nasihat Shahidan Usah Bertanding Kalau Bukan Calon Pm Seperti Beliau

Anwar Nasihat Shahidan Usah Bertanding Kalau Bukan Calon Pm Seperti Beliau

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 211 hits
Shahidan adalah Mursyidul Am yang baharu kata Anwar lagi DATUK Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Datuk Seri Shahidan Kassim tidak sepatutnya bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Presiden Pakatan Harapan ini berkata Shahidan sepatutnya...
Hiburan Nak Sangat Mati Kot Edit Foto Hitam Putih Seperti Ucapan Takziah Ryzal Duriankimchi Dikecam Netizen

Hiburan Nak Sangat Mati Kot Edit Foto Hitam Putih Seperti Ucapan Takziah Ryzal Duriankimchi Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 212 hits
Sekali lagi mencetuskan kontroversi Ryzal Ibrahim yang terkenal menerusi saluran Youtuber DurianKimchi bersama isterinya Maryam Younarae ada memuat naik foto yang didakwa tidak sensitif oleh sebilangan netizen di media sosial Dalam hantaran...
Potret Masjid Agung Syahrun Nur Di Tapanuli Selatan Megah Dan Mirip Seperti Istana

Potret Masjid Agung Syahrun Nur Di Tapanuli Selatan Megah Dan Mirip Seperti Istana

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 176 hits
Kumpulan potret megah Masjid Agung Syahrun Nur di Kabupaten Tapanuli Selatan Sumatra Utara Memiliki bangunan yang indah mirip seperti istana Simak ulasannya
6 Terbunuh 38 Lagi Cedera Serangan Bom Di Istanbul

6 Terbunuh 38 Lagi Cedera Serangan Bom Di Istanbul

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 91 hits
ISTANBUL 8211 Sekurang kurangnya enam terbunuh manakala 38 lagi tercedera dalam insiden letupan bom di Dataran Taksim Istanbul sebentar tadi Laporan agensi antarabangsa menyebut letupan tersebut berlaku pada pukul 4 30 petang ketika
Kapolri Pastikan Sudah Antisipasi Serangan Siber Di Semua Lokasi Ktt G20 Bali

Kapolri Pastikan Sudah Antisipasi Serangan Siber Di Semua Lokasi Ktt G20 Bali

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 127 hits
Kapolri Jenderal Listyo Sigit Prabowo menegaskan telah menyiapkan langkah antisipasi untuk mencegah terjadinya serangan siber di Konferensi Tingkat Tinggi G20 di Bali
Video Gibran Tak Pakai Emosi Tangkis Serangan Di Sosmed

Video Gibran Tak Pakai Emosi Tangkis Serangan Di Sosmed

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 195 hits
Wali Kota Solo Gibran Rakabuming Raka memanfaatkan media sosial untuk menampung keluhan dan masukan warga
Ketua B20 Seperti Spiderman Dunia Harus Kerja Sama Hadapi Tantangan

Ketua B20 Seperti Spiderman Dunia Harus Kerja Sama Hadapi Tantangan

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 147 hits
Ketua B20 Indonesia Shinta Widjaja Kamdani mengatakan saat ini semua negara menghadapi tantangan yang besar dari sebelumnya Oleh karena itu diperlukan sistem global yang lebih komprehensif dan kolaboratif
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri