Berjaya Daftar Khairat Kematian
Selamat Daftar Khairat Kematian
Lama sungguh aku tangguh urusan pendaftaran khairat kematian untuk aku satu keluarga. Korang dah register? Biasanya dekat kampung lebih mudah kan sebab kenal antara satu sama lain dan orang masjid la selalunya akan ingatkan tentang khairat kematian. Kalau dekat Felda (rumah mak aku sekarang) ketua blok akan ingatkan ahli tentang ni. Penduduk automatik wajib bayar.
Ceritanya begini, tahun keempat duduk di rumah sekarang ni baru aku berkesempatan untuk daftar sebagai ahli di Persatuan Khairat Kematian Orang-Orang Islam di Taman Melati. Bila difikirkan semula rasa bersalah sebab lambatkan pendaftaran. Alhamdulillah umur masih panjang.
Daftar khairat kematian bukanlah bermaksud aku ready nak mati, amalan belum banyak woi tetapi sekurang-kurangnya bila berlaku kematian dah ada pihak berwajib nak bantu uruskan jenazah kita. In sha Allah. Ada juga yang dah tinggalkan wasiat untuk dikebumikan dimana kan.
Cara ringkas solat Jenazah perlu tahu – Baca Sini
Kebumi Di Mana Selepas Meninggal?
Aku pernah berborak dengan suami tentang nak ditanam di mana kalau salah seorang dari kami meninggal dahulu, yang aku ingat jawapan kami masih kabur-kabur. Bayangkan kalau aku meninggal di usia sekarang? Ok jom bayangkan. Jadi untuk mudahkan urusan aku daftarkan dulu khairat kematian di tempat tinggal terkini.
Bagi aku dekat mana aku ditanam tu biarlah dekat dengan suami dan anak-anak. Kalau aku meninggal dahulu sebelum mak, aku harap aku ditanam dekat dengan arwah abah. Nanti sekali jalan la orang boleh ziarah kubur aku terutama hari Raya.
Boleh beli Kit Kifayah Kit Pengurusan Jenazah dari Pos Malaysia dekat SINI
Aku tahu kalau nak doa tak perlu pergi ke kubur pun. Cukup doa selepas solat cuma aku harap kubur aku nanti ada ramai yang datang ziarah. Rindu arwah abah. Tahun ni genap 10 tahun arwah abah menghadap Ilahi. Moga arwah di masukkan ke syurga tanpa hisab. Aamiin.
Kenapa perlu Daftar Khairat Kematian?
Mendaftar sebagai ahli Persatuan Khairat Kematian bermaksud aku perlu membayar wang yuran ahli setiap tahun sebanyak RM50 dan keluarga aku layak menerima bantuan daripada Persatuan apabila berlaku kematian ahli keluarga.
Jumlah bantuan kewangan bergantung kepada persetujuan ahli-ahli dalam masyarakat. Contoh kematian ahli (suami) atau isteri dapat bantuan RM1,200 manakala kematian anak yang berdaftar ialah RM400. Wang bantuan belanja pengebumian juga diberikan. Kena semak dengan persatuan masing-masing kalau nak tahu lebih. Jumlah bantuan pun semestinya berbeza.
Pernah dengar kan kes jenazah terpaksa ditanggguhkan urusan pengebumian hanya kerana tiada duit nak bayar urusan pengebumian. Kita elak la sebelum perkara-perkara tu terjadi. Biar urusan terakhir kita di dunia ni mudah dan seronok berjumpa Pencipta kita.
Aku kagum dengan persediaan orang Cina bila sentuh bab pengebumian. Serius banyak duit digunakan bila mereka mati dan dengan kepercayaan mereka memang dah siapkan duit sebab nak mati dengan mewah. Agama & kepercayaan mereka kita hormati.
Jenis-jenis khairat kematian ni banyak. Aku pernah kongsi 8 jenis khairat kematian di artikel ni
yang amat berguna untuk waris yang masih hidup. Sebolehnya kita bersedia menghadapi hari penting kita nanti. In sha Allah. Kena tahu dan tolong sebarkan. Mari lah kita sediakan diri bertemu Pencipta wahai bakal jenazah semua.
Kesimpulan
Aku harap perkongsian kali ini sedikit sebanyak memberi informasi dan membantu meningkat kefahaman kita semua. Apa aku tulis dalam entri kali adalah sekadar mengingatkan diri sendiri juga. Aku dah terangkan kenapa perlu daftar khairat kematian, jenis-jenis khairat kematian, panduan ringkas solat jenazah dan boleh dapatkan set pengurusan jenzah dari cawnagan Pos Malayisa terdekat anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/06/berjaya-daftar-khairat-kematian.html