Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah


Setelah lama menanti akhirnya usaha nak buka kelas silat di sekolah rendah tercapai juga. Akhirnya dapat juga aku hantar anak belajar silat, paling penting semua berlaku dekat sekolah anak. Syukur Alhamdulillah, semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tak sangka hanya bermula dengan angan-angan dan akhirnya jadi kenyataan. Semestinya aku adalah antara orang paling teruja sebab aku bersama beberapa orang ibu bapa yang terlibat tubuhkan kelas dari awal lagi.

Jadi tujuan aku tulis artikel kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan harapan jadi rujukan untuk ibu bapa dekat luar sana yang nak buat dekat sekolah anak-anak korang pula. Oh ya, aku menulis berdasarkan kapasiti sewaktu aku jadi AJK PIBG dan juga syarat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan tahun semasa.

Paling penting walaupun ada orang kata kejayaan ni kecil je tapi aku anggap ini pencapaian besar dalam hidup aku. 




 

Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah Awal dulu masa aku aktif dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) & jadi AJK banyak kali juga berborak sesama ibu bapa yang teringin nak hantar anak masuk kelas silat. Tak lain tak bukan supaya anak-anak ni kenal jati diri, berdisiplin, dan ada keyakinan diri.

Di zaman serba mencabar ni aku nak didik anak bukan cemerlang akademik saja tapi juga kuat mental fizikal. Kalau ikutkan aku sendiri kenal silat dari kecil. Arwah abah guru silat tapi peliknya abah tidak pernah paksa aku belajar pun.

Masa belajar di Universiti baru aku belajar silat dan aktif berlatih silat olahraga. Ohoi setiap kali kenang balik kenangan tu aku jadi berkobar-kobar. Haruslah aku nak anak-anak ikut jejak langkah aku.

Niat aku supaya anak kekal cergas, tak lupa asal usul kita dan moga silat dapat corak keperibadian dia.




Peranan KSIB & Cabaran Nak Buka Kelas Silat Sebelum kami bawa cadangan kepada pihak sekolah, awal-awal tu risau juga kalau tak dapat sambutan. Tapi berbekalkan sokongan ibu bapa dan semangat anak-anak sendiri yang teruja nak belajar silat maka gigihkan diri cari guru silat yang bertauliah.

Bermula dengan mencari Persatuan Silat yang berdaftar kemudian mengatur pertemuan untuk perbincangan ke peringkat seterusnya. Mencabar sangat pada awalnya sebab ini kali pertama aku terlibat.

Cabaran nak buka kelas silat bermula bila nak mohon kebenaran untuk buat aktiviti di sekolah dan melibatkan murid. Waktu tu aku baru tahu yang peraturan untuk mohon kebenaran sentiasa ada perubahan.

Jadi nasihat aku, double triple semak dengan Jabatan Pendidikan masing-masing. Tak lain tak bukan peraturan lebih tegas demi memastikan tiada isu berbangkit dan keselamatan murid terjamin. Kita patuh saja pada peraturan untuk mudahkan kerja.





Proses Dan Dokumentasi yang diperlukan Semuanya bermula dengan sekolah kena keluarkan Surat Tawaran Mengajar kepada jurulatih / Persatuan. Lepas dapat surat Persatuan silat kena isi borang yang diambil dari Jabatan Pendidikan.

Jurulatih yang nak mengajar pula kena dapatkan permit mengajar. Ada dokumen yang perlu diberi seperti sijil pentauliahan dan wajib buat medical check-up. Permit pula kena perbaharui setiap tahun. Ada syarat-syarat lain juga perlu dipatuhi.

Perkongsian aku ni secara umum saja okay. Nak detail elok rujuk Jabatan Pendidikan masing-masing macam aku terangkan awal tadi. Lepas selesai semua, permit diluluskan dalam masa yang sama sekolah kena juga tunggu surat kebenaran rasmi dari Jabatan Pendidikan untuk mulakan kelas.

 

Hebahan di buat kepada murid dan borang penyertaan sekolah edarkan. Aku bersyukur sepanjang proses tu lancar je. Sambutan untuk kelas pertama Alhamdulillah menggalakkan. Bagi aku kejayaan buka kelas silat ni bukan kejayaan aku sorang tapi hasil kerjasama ibu bapa, guru dan sekolah yang nak lihat anak-anak cemerlang. Aku doakan kelas silat ni terus berkembang.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/05/berjaya-buka-kelas-silat-di-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Lagu Perpisahan Sekolah Yang Paling Sedih Dan Tak Pernah Lekang Oleh Waktu

12 Lagu Perpisahan Sekolah Yang Paling Sedih Dan Tak Pernah Lekang Oleh Waktu

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 120 hits
Menyelenggarakan acara perpisahan guru dan murid belum lengkap tanpa memutar sederet lagu perpisahan sekolah ini nih Dijamin bakal nangis sesenggukan karena bakal kangen serunya momen bareng temen
Cikgu Sekolah Di Negeri Sembilan Terpilih Sertai Kursus Tea Spring 2025 Di As Diiktiraf Antara Cikgu Terbaik Di Dunia

Cikgu Sekolah Di Negeri Sembilan Terpilih Sertai Kursus Tea Spring 2025 Di As Diiktiraf Antara Cikgu Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 121 hits
Baru baru ini seorang guru matematik tempatan telah terpilih antara 18 guru terbaik dunia bagi menyertai kursus Program Fulbright Teaching Excellence and Achievement Spring 2025 di Amerika Syarikat Memetik laporan Harian Metro guru Sekolah ...
Atas Alasan Bosan Seorang Lelaki Rempuh Tujuh Murid Sekolah Dengan Keretanya

Atas Alasan Bosan Seorang Lelaki Rempuh Tujuh Murid Sekolah Dengan Keretanya

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 121 hits
Suspek dakwa bosan sebelum rempuh tujuh murid sekolahAstro AwaniPihak berkuasa memeriksa kenderaan yang dipercayai merempuh sekumpulan murid sekolah rendah di Osaka APOSAKA Seorang lelaki ditahan selepas didakwa merempuh tujuh murid sekolah...
Jangan Biarkan Anak Anda Jadi Pembawa Atau Mangsa Kutu Di Sekolah

Jangan Biarkan Anak Anda Jadi Pembawa Atau Mangsa Kutu Di Sekolah

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 146 hits
Dalam dunia pendidikan yang semakin maju kita sering menumpukan perhatian kepada pencapaian akademik tetapi jarang memberi fokus kepada isu kesihatan asas yang boleh menggugat proses pembelajaran itu sendiri Salah satu daripadanya ialah mas...
Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 171 hits
Orang ramai dilihat memakai pelitup muka untuk melindungi diri mereka daripada Covid 19 dan pencemaran udara di Bangkok Thailand Thailand Catat Lebih 41 000 Kes Covid 19 Dijangka Akan Meningkat Pada Musim Hujan BANGKOK Jabatan Kawalan Penya...
Kelas Mengaji Dan Tawjid Online

Kelas Mengaji Dan Tawjid Online

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ni dua hero kecil ni dah mula kelas pertama mereka Kami masukkan mereka kelas mengaji dan belajar tajwid secara online Walau di kelas KAFA dah belajar tajwid tapi kalau one to one lebih berkesan insya Alla...
Silat Warisan Kita Mendidik Anak Menjadi Pejuang Hidup Sejati

Silat Warisan Kita Mendidik Anak Menjadi Pejuang Hidup Sejati

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 152 hits
Dalam dunia hari ini yang penuh dengan cabaran teknologi dan gaya hidup pantas ramai ibu bapa tertanya tanya Bagaimana mahu membentuk anak anak yang berdisiplin kuat semangat dan mencintai bangsa mereka Jawapannya mungkin terletak pada sesu...
Rupanya Makanan Anak Ke Sekolah Boleh Pengaruhi Otak Emosi Mereka Ini Panduan Lengkapnya

Rupanya Makanan Anak Ke Sekolah Boleh Pengaruhi Otak Emosi Mereka Ini Panduan Lengkapnya

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 157 hits
Pemakanan yang seimbang merupakan asas kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Dalam konteks pembelajaran di sekolah diet yang betul bukan sekadar membekalkan tenaga fizikal tetapi juga menyumbang kepada keupayaan mental dan emosi y...
Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Baju Raya Haji 2025

Kurma Muda

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

Anwar Warns Against New Geopolitical Orthodoxy Reaffirms Asean Centrality

Has Malaysia Ever Seen Ministers Resign When They Lose Support