Berita Kurang Baik Penyimpan Kertas
https://www.ft.com/content/3a4748f7-f47e-4891-95be-377561666b48
6 Tips Memahami Naik Turun Harga Emas
Sejarah harga emas adalah sentiasa menaik.
Untuk memudahkan sahabat fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6 tips penting.
Walaupun mungkin kita tak faham analisis teknikal harga emas (yang agak rumit), insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal naik turun harga emas ni.
Tips #1: Bila Harga Memucak Tinggi – Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.
Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas.
Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!
Tips #2: Faktor Turun Naik Mendadak – Naik turun harga emas secara mendadak banyak dipengaruhi oleh faktor ‘fundamental’ yang biasanya diluar jangkaan sesiapa pun. Iaitu seperti bencana alam, wabak penyakit, kegawatan ekonomi, kenaikan harga minyak, peperangan, ketidak stabilan sesuatu negara seperti di Timur Tengah, inflasi dsb.
Faktor yang telah dijangkakan juga mempengaruhi harga emas seperti nilai US dolar (Matawang US) yang menyusut dan krisis hutang di Eropah dan US. Individu dan bank-bank pusat akan beli emas untuk selamatkan kekayaan mereka bila mereka rasa dunia tak selamat, dan harga emas akan melonjak. Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai ‘insurans’ masa depan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan tukarkan 10% kekayaan kita kepada emas. Tapi, atas keyakinan saya sendiri, saya tukarkan sebahagian besar simpanan saya kepada emas.
Tips #3: Emas Terus Naik Jangka Panjang – Mengikut indikator yang ada pada masa sekarang, trend harga emas akan terus naik dalam jangka panjang. Mungkin 10 tahun lagi.
Krisis hutang di US dan penyusutan nilai dollar belum nampak jalan keluarnya lagi. Michael Maloney, pakar pelaburan emas & perak menjangkakan krisis ini akan membawa kepada hiperinsflasi dan keruntuhan sistem matawang kertas yang menyebabkan duit kertas tak bernilai lagi. Jangan teragak-agak membeli emas selagi harga emas belum cecah USD5,000 seauns. Harga tertinggi setakat 2020 baru sahaja USD2022.
Tips #4: Harga Turun Jangka Pendek Adalah Biasa – Harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang.
Memang tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun. So, jangan risau kalau harga emas turun, terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas.
Tips #5: Mengukur Potensi Kenaikan Harga – Lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi ia akan naik balik. Ini disebabkan kita masih dalam trend harga menaik (bull market).
Kalau anda orang baru, try check dengan dealer emas berapa harga emas tertinggi sebelum ini. Lagi rendah harga emas semasa berbanding harga tertinggi sebelum ini, jangan fikir panjang. Beli jer. Tapi kalau anda baru pertama kali membeli, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least 1 Dinar @ 1 Gla 1x10
Tips #6: Waktu Terbaik Memborong Emas – Bila harga emas jatuh banyak, itu masanya untuk memborong emas sebanyak mungkin. Bukannya tunggu sebab takut harga turun lagi dan tak naik-naik dah. Harga emas mesti naik balik kalau kita faham isu besar yang hampir pasti akan berlaku pada sistem kewangan sekarang – keruntuhan sistem wang kertas (fiat).
Berdasarkan banyak indikator yang ada, Michael Meloney (pakar sejarah matawang) meramalkan akan berlaku keruntuhan sistem matawang dunia.
Jika ianya berlaku, orang paling selamat ialah mereka yang simpan emas dan perak.
Kalau anda faham isu penyusutan nilai US Dollar, krisis hutang US dan negara Eropah, anda akan lebih takut untuk menyimpan duit kertas berbanding membeli emas pada harga tinggi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kluangmanexpress.blogspot.com/2022/03/berita-kurang-baik.html