Berita Gembira Untuk Wanita Anwar Pantas Buat Kerja


 
Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia mendapat kewarganegaraan.
Pindaan itu dijangka dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat semasa selepas memenuhi keperluan undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said dalam kenyataan bersama.
“Kesan daripada keputusan hari ini adalah anak yang lahir di luar negara sebelum atau selepas Hari Malaysia yang mana sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang menurut Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan,” kata mereka.
Bulan lepas, Azalina berkata, memo Jemaah Menteri yang mencadangkan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan ibu mewariskan kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara akan diserahkan tidak lama lagi.
Dalam kenyataan mereka, Saifuddin dan Azalina berkata, cadangan pindaan Perlembagaan itu adalah untuk menggantikan perkataan “bapanya” dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan “sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya”.
“(Ini) bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan Persekutuan,” kata mereka.
Mereka berkata, pindaan lain berkaitan kewarganegaraan akan dikaji dengan lebih terperinci oleh jawatankuasa yang ditubuhkan bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri setelah cadangan pindaan dimuktamadkan, dengan mengambil kira libat urus dengan semua pihak berkepentingan.
“Perkara ini sejajar dengan komitmen kerajaan perpaduan untuk mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki, menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di Malaysia,” kata mereka.
Tambah mereka, pindaan tersebut bertujuan “mengatasi kelemahan peruntukan kewarganegaraan yang timbul, menyelesaikan lambakan kes tertunggak bagi wanita terkesan yang memohon kewarganegaraan anak mereka melalui pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama dan
tidak munasabah”.
Selain itu, pindaan tersebut diharapkan dapat memberikan tafsiran yang jelas dan mengelakkan tafsiran berbeza dari mahkamah.
Ogos lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia tidak berhak mendapat kerakyatan automatik kerana Perlembagaan hanya memperuntukkan kewarganegaraan melalui bapa.
Dalam penghakiman 2-1 yang memihak kepada kerajaan, mahkamah memutuskan bahawa anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia boleh dinafikan kewarganegaraan kerana perkataan “bapa” dalam Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan berkaitannya dalam Jadual Kedua adalah “jelas dan tidak taksa”, dan tidak boleh ditafsirkan untuk merangkumi ibu.
Keputusan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada September 2021 bahawa kerajaan mesti memberikan kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia kerana perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua perlembagaan mesti bermakna dan merangkumi ibu.
Dalam membenarkan beberapa relief pengisytiharan yang diminta oleh NGO dan enam ibu bahawa peruntukan tertentu mengenai kewarganegaraan dalam Perlembagaan bersifat diskriminasi, hakim Akhtar Tahir berpendapat, ibu berhak untuk memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang dalam semua proses, sama seperti bapa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/berita-gembira-untuk-wanita-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Ke Ijn Anwar Tetap Kerja Cuti Umum

Selepas Ke Ijn Anwar Tetap Kerja Cuti Umum

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 240 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi tahap kesihatannya dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara pagi tadi Share on telegramPETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim be...
Sanggup Tolak Pencen Demi Gaji Yg Lagi Tinggi Wanita Ini Tak Menyesal Berhenti Kerja G0men Selesa Jadi B0dyguard

Sanggup Tolak Pencen Demi Gaji Yg Lagi Tinggi Wanita Ini Tak Menyesal Berhenti Kerja G0men Selesa Jadi B0dyguard

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 99 hits
REZEKI tak pernah salah alamat Begitulah kisahnya mengenai bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan
Anwar Vows To Facilitate Peace Talks In Restive Southern Thailand

Anwar Vows To Facilitate Peace Talks In Restive Southern Thailand

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 171 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim is on an official visit to Thailand where the conflict in southern Thailand is among the focus of discussions with Thai Prime Minister Prayuth Chan o cha BANGKOK Prime Minister Anwar Ibrahim pledged to do whatev...
Thailand Rolls Out The Red Carpet For Pm Anwar

Thailand Rolls Out The Red Carpet For Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 167 hits
Anwar accompanied by Prayuth inspects a guard of honour at the official welcome at the Government House in Bangkok on Feb 9 2023 BernamaBANGKOK Thailand rolled out the red carpet to welcome Malaysian Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Anwar Malaysia Lemah Hilang Arah Akibat Rasuah Tadbir Urus Buruk

Anwar Malaysia Lemah Hilang Arah Akibat Rasuah Tadbir Urus Buruk

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 222 hits
BernamaBANGKOK Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan Malaysia akan ditabir sebaiknya selaras konsep Madani dan bangkit daripada kelemahan akibat tadbir urus buruk rasuah dan penyalahgunaan kuasa Beliau berkata Malaysia mempunyai pel...
Fitnah Makin Berleluasa Anwar Mesti Segera Lantik Pemimpin Tegas Jadi Pengerusi Skmm

Fitnah Makin Berleluasa Anwar Mesti Segera Lantik Pemimpin Tegas Jadi Pengerusi Skmm

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 91 hits
Dari semasa ke semasa ada saja fitnah baru dilemparkan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya sekarang ini Dalam waktu sejak beberapa hari yang lalu sekurang kurangnya ada tiga fitnah besar yang memudaratkan telah berle...
Facebook Posts Falsely Accuse Anwar Of Appointing Wife To Fictitious Job

Facebook Posts Falsely Accuse Anwar Of Appointing Wife To Fictitious Job

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 179 hits
The Prime Minister s Office said Anwar Ibrahim had not appointed his wife Dr Wan Azizah Wan Ismail to any official role and had no plans to do so KUALA LUMPUR While Prime Minister Anwar Ibrahim was rocked by accusations of nepotism for appo...
Anwar S Boy Farhash Corporate Misadventure

Anwar S Boy Farhash Corporate Misadventure

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 194 hits
One month after Berjaya Group announced his former Political Secretary and PKR Perak Chief The official communique gave a glowing resume of Farhasy corporate experience education and related positions held but its a dime too many Those in t...
Wakil Rakyat Pkr Tuntut Anwar Tunai Janji Letak Sprm Bawah Parlimen

Wakil Rakyat Pkr Tuntut Anwar Tunai Janji Letak Sprm Bawah Parlimen

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 105 hits
freemalaysiatoday com February 10 2023 8 00 AMPETALING JAYA Seorang wakil rakyat PKR menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bawah bidang kuasa Parlimen seperti yang dijanjikan Pakatan Harapa...
Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Bimbang Tentang Keselamatan Anak Anda Ketika Naik Motorsikal Dapatkan Helmet Ltd J

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution

Private Hospitals Ready To Receive Cardiac Surgery Patients From Serdang Centre

Wanita Masih Hidup Ada Kubur Sendiri



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Drama Nuh Dan Nayla

Ita Medin Wai Setak Nyin Chord

Anneth Pandai Bicara Chord

Himpunan Soal Jawab Qurban Sempena Hari Raya Aidiladha

Hijau Biru Purple Mata Hitamku

What S Behind The Security Warnings For Pride Events