Berita Gembira Sempena Puasa Hari Kelima Zahid Hamidi Akhirnya Dapat Semula Passport Antarabngsa
Ahmad Zahid Hamidi dibenar mendapatkan semula passportnya bagi membolehkan beliau melakukan perjalanan antarabangsa untuk menghadiri sebarang majlis rasmi.
Panel tiga orang hakim yang dipengerusikan oleh Hanipah Farikullah sebulat suara membenarkan permohonan baru yang dibuat Timbalan Perdana Menteri itu.
Dua lagi hakim yang bersidang untuk mendengar permohonan tersebut ialah Ahmad Zaidi Ibrahim dan Lim Chong Fong.
Keputusan memberi kebenaran itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob berkata dia diarahkan untuk tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan dibuat Ahmad Zahid itu.
Memperolehi semua passport untuk ke luar negara bagi Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes mahkamah sebagaimana diputuskan mahkamah hari ini bolehlah dianggap sebagai berita gembira baginya sempena hari kelima umat Islam berpuasa berpuasa.
Kalau tertemu pula Malam Lailatul Qadar selepas ini, pastilah berganda-ganda lagi kegembiraan yang bakal dinikmatinya.
Aminnnnn…
Cuma, satu persoalan yang timbul di sini, siapa yang memberi arahan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob agar tidak mengemukakan bantahan?
Adakah arahan datang daripada Peguam Negara?
Dan jika arahan datang daripada Peguam Negara, siapa pula yang memberi arahan kepada Peguam Negara?
Sebelum ini pada 3 Februari lalu, permohonan Zahid Hamidi untuk mendapatkan passport peribadi secara kekal bagi kemudahan menjalankan tugas telah ditolak oleh mahkamah.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan dokumen peribadi Presiden UMNO itu dikeluarkan sementara bagi membolehkan beliau membuat permohonan untuk mendapatkan pasport diplomatik.
Collin Lawrence memberitahu, keputusan itu adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh di mahkamah.
“Prosiding mahkamah adalah sama bagi semua tertuduh, tidak kira apa status mereka.
“Maka dengan ini mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan tertuduh untuk mendapatkan pasport peribadi secara kekal,” kata beliau.
Berikutan itu, Zahid Hamidi telah mengemukakan rayuan yang keputusannya diumumkan hari ini.
Pasport Ahmad Zahid sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan RM2 jutanya dalam perbicaraan kes rasuah Yayasan Akalbudi yang sedang berjalan. – ShahbudinHusin 27/03/2023.
Berita penuh Zahid Hamidi dapat semua passporti di sini –
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/03/berita-gembira-sempena-puasa-hari.html