Berita Fitnah Kdn Digesa Ambil Tindakan Terhadap Malaysiakini




Naib Ketua Pemuda UMNO negeri Selangor Amin Mohd Shukor membidas portal Malaysiakini yang menyiarkan berita palsu (artikel berkaitan telah dipadam) dikala negara sedang tertekan memerangi pandemik COVID-19.
Justeru beliau mendesak agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap portal berkenaan mandangkan ini bukan kali pertama portal terbabit menyiarkan berita fitnah.
“Dalam keadaan kerajaan dan rakyat sedang berusaha keras memerangi gejala fitnah yang semakin berleluasa, terang-terangan masih ada lagi entiti yang sengaja bertindak menghuru-harakan keadaan dan mensensasikan sesuatu yang tidak tepat.
“Semalam Malaysiakini melaporkan sesuatu yang sensasi tanpa usul periksa. Maklumbalas dari pihak UPSI juga amat berbeza, dan dari segi moral dan kesan akibatnya amat memudaratkan keharmonian Malaysia.
“Persoalan saya, kenapa sehingga kini KDN masih tidak berani mengambil tindakan kepada pihak Malaysiakini yang kita tahu inilah antara agen dan medium pemecah-belah keharmonian Malaysia,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tambah Amin, apa yang dilakukan oleh Malaysiakini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
“Jika ingin dikatakan ini berkenaan kebebasan berkarya dan bersuara… maaf, kebebasan bukan bermakna tiada batasan dan boleh menyebarkan fitnah.
“KDN harus lebih bertegas agar ini akan menjadi pengajaran kepada pihak lain. Bebas bukan bermaksud tiada undang-undang yang harus dipatuhi,” tegas beliau.
Sementara itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, menafikan dakwaan yang tular kononnya sekumpulan pelajar UPSI mengadakan persembahan sewaktu lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad ke universiti itu.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pada peringkat awal pihaknya ada merancang persembahan daripada pelajar, namun ia dibatalkan atas nasihat Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
“Maka hanya empat orang sahaja terdiri daripada kalangan pengurusan tertinggi dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar bertemu Noraini di Pusat Pelajar, UPSI, selain empat pegawai KPT turut mengiringi lawatan tersebut.
“Tidak berlaku sebarang persembahan seperti yang ditularkan bahawa lebih 20 pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan hadir pada satu majlis,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook UPSI.
Justeru, Mohammad Shatar berkata Presiden Persatuan Akademik UPSI, Prof Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah dan Presiden Kesatuan Pegawai Am UPSI, Saiful Lizan Mohd Lajis telah membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan tersebut. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/06/berita-fitnah-kdn-digesa-ambil-tindakan-terhadap-malaysiakini/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=berita-fitnah-kdn-digesa-ambil-tindakan-terhadap-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Akhirnya Fitnah Terhadap Arab Saudi Dalam Urusan Haji Dan Umrah Terjawab

Covid 19 Akhirnya Fitnah Terhadap Arab Saudi Dalam Urusan Haji Dan Umrah Terjawab

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 315 hits
Oleh Anasz 1 Jika kita mengikuti perkembangan dunia terutama sekali yang melibatkan pengurusan haji dan umrah antara isu yang tidak akan dilepaskan oleh pembenci negara tauhid ini adalah pengurusan haji dan umrah oleh kerajaan Arab Saudi 2 ...
Surat Berunsur Fitnah Hadi Apa Tindakan Amanah

Surat Berunsur Fitnah Hadi Apa Tindakan Amanah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 185 hits
Sementara itu Parti Amanah Negara pula berorientasikan Islam liberal sekular yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP Tujuannya bagi menyaingi populariti PAS bagi memecahkan kesatuan mereka dalam Islam Hadi berkata Berlaku usa...
Arak Pemuda Lapor Polis Fitnah Terhadap Pas

Arak Pemuda Lapor Polis Fitnah Terhadap Pas

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 246 hits
HARAKAHDAILYKAMPAR Dewan Pemuda Kawasan Kampar telah membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang dianggap membuat kenyataan jelik terhadap Presiden PAS di Balai Polis Malim Nawar di sini hari ini Laporan polis itu dib...
Panas Kini Terbukti Segala Fitnah Terhadap Mujahid Tidak Benar

Panas Kini Terbukti Segala Fitnah Terhadap Mujahid Tidak Benar

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 209 hits
BICARA SANTAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSAMA YB DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF
Covid 19 Tindakan Kejam Lsrael Terhadap Klinik Palestin Ni Buat Dunia Geram

Covid 19 Tindakan Kejam Lsrael Terhadap Klinik Palestin Ni Buat Dunia Geram

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 149 hits
Sebelum ni lsrael dok merayu negara Islam bantu dia lawan Covid 19 Pada masa sama dia buat tindakan kejam terhadap klinik Covid 19 di Palestin buat dunia kejam Mengejutkan Ada gambar2 Baca selanjutnya Covid 19 Tindakan Kejam lsrael Terhadap...
Kontroversi Tindakan Terhadap Fuziah Overzealous Kata Peguam

Kontroversi Tindakan Terhadap Fuziah Overzealous Kata Peguam

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 324 hits
Peguam beliau Ahmad Nizam Abdul Hamid berkata Fuziah sudah membuat turun video itu secara sukarela beberapa jam selepas ia dimuatnaik sebaik sahaja menyedari ia video lama Pihak kerajaan tidak perlu memperbesarkan isu kesilapan ahli parlime...
Uitm Nafi Keluarkan Arahan Bakal Ambil Tindakan Terhadap Pelajar Yang Sertai Petisyen Perletakan Jawatan Vivy Yusof

Uitm Nafi Keluarkan Arahan Bakal Ambil Tindakan Terhadap Pelajar Yang Sertai Petisyen Perletakan Jawatan Vivy Yusof

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 304 hits
Unit Integriti Universiti Teknologi Mara nafi mengeluarkan arahan bahawa pihak mereka bakal ambil tindakan terhadap pelajar yang menyertai petisyen tandatangan bagi perletakan jawatan Vivy Yusof Penafian Unit Integriti UiTM tidak pernah men...
Lelaki Baru Balik Umrah Positif Covid 19 Ini Tindakan Tegas Kerajaan Indonesia

Lelaki Baru Balik Umrah Positif Covid 19 Ini Tindakan Tegas Kerajaan Indonesia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 203 hits
Seorang lelaki Febuari lepas baru pulang dari umrah dan disambut meriah oleh penduduk kampung Ini tindakan tegas kerajaan Indonesia Tak sangka Lelaki Baru Balik Umrah Positif Covid 19 Ini Tindakan Tegas Kerajaan Indonesia
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran