Beri Umno Jawatan Tpm Jika Mahu Selamatkan Kerajaan Pn



(Malaysiakini) – Kemelut antara Umno dan Bersatu ibarat retak menanti belah. Melihat situasi terkini, nampaknya sukar untuk merapatkan kembali hubungan dua parti itu.
Umno sebuah parti yang puluhan tahun mendominasi kerajaan sebagai “abang besar”. Manakala Bersatu parti serpihannya yang kini memiliki kuasa dan cuba menjadi pencatur.
Tidak nampak keikhlasan dalam kerjasama dua parti ini walaupun pada peringkat awalnya tampak cantik ketika kedua-duanya sepakat mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Umno memiliki jumlah kerusi terbesar dalam Perikatan Nasional (PN) dan sudah pasti ingin kembali berkuasa. Bersatu pula ingin mengekalkan penguasaannya walaupun menjadi minoriti dalam kerajaan.
Ada asasnya untuk Umno marahkan Bersatu dalam isu kerjasama ini. Mana tidaknya, walaupun Umno menjadi parti dominan, mereka tidak diberikan jawatan penting dalam kerajaan.
Sedangkan Umno adalah talian hayat utama kerajaan PN yang membawa kepada pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri. Tanpa sokongan Umno, mustahil untuk kerajaan ini dibentuk.
Lebih menyakitkan hati orang-orang Umno, Bersatu dikatakan cuba “mencuri” ahli mereka seperti yang didakwa ketua pemudanya Asyraf Wajdi Dusuki.
Sudah beberapa kali Umno “menjentik” Bersatu supaya ikhlas dalam menjalinkan kerjasama politik.
Namun tiada sebarang tindakan drastik diambil bagi menyelamatkan kerajaan kini. Jawatan timbalan perdana menteri tetap tidak diberikan kepada Umno meskipun itu yang dikatakan dituntut parti itu.
Kenapa begitu susah untuk Muhyiddin memberi jawatan itu kepada Umno? Ia memang wajar sebagai parti paling besar dalam PN.
Menjadi tanda tanya mengapa Muhyiddin takut untuk memberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Umno jika itu mampu menyelamatkan kerajaannya.
Apakah Muhyiddin lebih menjaga hati dua individu yang didakwa menjadi pencatur dalam kerajaan hari ini?
Muhyiddin boleh menyelamatkan kerajaannya jika dia berjiwa besar dan memberi jawatan berkenaan kepada Umno. Lagipun dia dan ramai lagi dalam Bersatu puluhan tahun bernaung di bawah Umno.
Tindakan Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub menarik sokongan pada PN semalam juga wajar dipandang serius oleh Muhyiddin. Ia manifestasi kemarahan Ahli Parlimen Machang itu terhadap kerajaan.
Jika ada seorang dua lagi ahli Parlimen BN menarik sokongan mereka, tumbanglah kerajaan PN pimpinan Muhyiddin. Keikhlasan politik dituntut jika Bersatu mahu terus kekal menerajui kerajaan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/10/beri-umno-jawatan-tpm-jika-mahu-selamatkan-kerajaan-pn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Jawatan Dalam Kerajaan Jika Umno Berprinsip Kata Guan Eng

Letak Jawatan Dalam Kerajaan Jika Umno Berprinsip Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 389 hits
malaysiakini comDiterbitkan 8 Jan 2021 2 57 pmLim Guan EngUmno kini dilihat berperanan seperti pembangkang kata Lim Guan Eng namun parti itu tetap tidak akan dilihat berprinsip selagi kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional Menurut setiau...
Presiden Umno Arah Mp Letak Semua Jawatan Dalam Kerajaan

Presiden Umno Arah Mp Letak Semua Jawatan Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 382 hits
Hamdan TahaPresiden umno dah minta mp mereka letak jawatan dlm jawatan kerajaanIni membuka ruang baru pemilihan perdana menteri baru Kita tunggu
Demi Pertahankan Kerajaan Tebuk Atap Pas Rela Jadi Batu Api Laga Lagakan Pemimpin Umno

Demi Pertahankan Kerajaan Tebuk Atap Pas Rela Jadi Batu Api Laga Lagakan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 362 hits
Simpati dengan Umno Mereka tahu Umno telah lama dibuli oleh Bersatu dalam kerajaan tebuk atap PN Umno cuba acah2 gertak takutkan Muhyiddin kononnya Umno akan tarik diri dari kerajaan PN malangnya Muhyiddin tahu bagaimana nak ubat mereka Seb...
Tok Mat Hassan Tolong Selamatkan Umno

Tok Mat Hassan Tolong Selamatkan Umno

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 537 hits
S O S NI BUKAN JENAKA POLITIK TAPI IA SUATU KENYATAAN ATAS PANDANGAN RAKYATSELAMA INI APABILA BERLAKU KEKECOHAN DI DALAM POLITIK OLEH UMNO DAN BERSATU TOK MAT HASSAN MEMBISU SUDAH SAMPAI MASANYA TOK MAT HASSAN MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN UMN...
Pas Umno Dikecam Netizen Guna Jentera Kerajaan Sampaikan Bantuan Parti

Pas Umno Dikecam Netizen Guna Jentera Kerajaan Sampaikan Bantuan Parti

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 654 hits
January 8 2021 Tindakan Pas dan Umno menggunakan jentera kerajaan untuk mengedarkan bantuan atas nama mereka dikecam oleh netizen dan orang ramai Bagi mereka tindakan ini tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan jentera kerajaan secara te...
Terkini Majoriti Mt Umno Tak Setuju Keluar Kerajaan Kata Sumber

Terkini Majoriti Mt Umno Tak Setuju Keluar Kerajaan Kata Sumber

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 456 hits
themalaysialife comMajlis Kerja Tertinggi UMNO dikatakan menolak cadangan supaya Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional dan meletak jawatan kabinet bagi membubarkan Parlimen MKT sebaliknya mahu cadangan...
Bukan Salah Umno Menuntut Dalam Kerajaan Pn Nik Abduh

Bukan Salah Umno Menuntut Dalam Kerajaan Pn Nik Abduh

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 334 hits
BUKAN satu kesalahan untuk parti UMNO membuat sebarangan tuntutan terhadap Kerajaan Pakatan Nasional Juga bukan satu kesalahan sekiranya Pas atau Bersatu turut membuat tuntutan atau mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional Ahli Parlimen P...
Lantik Tpm Dari Umno Tanda Komitmen Bersatu Jaga Gabungan Pn

Lantik Tpm Dari Umno Tanda Komitmen Bersatu Jaga Gabungan Pn

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 360 hits
UMNO tidak boleh selama lamanya dijadikan arah menuding jari sebagai parti yang boleh menyebabkan kerajaan terus goyah dan hilang sokongan Justeru Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu terus menunjukkan komitmen sebagai parti yang mempunyai ...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Telah Menyelesaikan 98 Peratus Urusan Pemilikan Tanah Peneroka Felda Di Negeri Ini

The Audi Gt50 Concept Marks 50 Years Since The First Audi 5 Cylinder Engine Was Made

Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan