Beri Ph 5 Tahun Lakukan Perubahan Jika Tiada Tukar Kerajaan Rafidah Aziz



Rakyat seharusnya memberikan ruang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), pimpinan Dr Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya lima tahun untuk membuktikan kebolehan membawa perubahan, kata Rafidah Aziz.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, masih terlalu awal untuk rakyat melakukan penilaian terhadap pentadbiran PH memandangkan masih banyak perkara yang perlu dibaik pulih.

“Semuanya di tangan kita, jangan buat ugutan bahawa jika kerajaan tidak buat sebarang perubahan, maka akan ubah kerajaan, berkuasanya anda.

“Anda ingat senang mentadbir seperti mana tukar baju sahaja. Tolonglah, berikanlah masa lima tahun, jika selepas lima tahun tidak ada sebarang perubahan yang dilihat, anda berhak buat perubahan.

“Tetapi kerajaan ini tidak sampai dua tahun. Ia tidak adil, anda berikan tempoh lima tahun tetapi hanya lihat kad laporan sepanjang dua tahun sahaja. Adakah itu adil,” kata beliau dalam program “Get Up Close and Personal With Rafidah Aziz” di sini, malam tadi.

Menurut Rafidah, pada ketika Putrajaya merangka dasar lebih baik untuk rakyat, mereka juga seharusnya mengamalkan nilai murni dan menolak amalan politik yang dilihat boleh meruntuhkan perpaduan.

“Tolonglah tolak mana-mana amalan eksremisme atau amalan politik yang berunsur bangsa dan agama, jika tidak menolaknya, maka negara akan menderita.

“Terlalu ramai gunakan agama sebagai gadaian politik sehingga mereka tidak melihat realiti yang berlaku. Tidak ada sebab untuk kita berpecah hanya kerana sebab agama,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, Rafidah berkata situasi berlaku pada hari ini sebagai perkara “gila” memandangkan ketika zaman remajanya, beliau tidak menilai individu berdasarkan bangsa atau agama seseorang, sebaliknya bersahabat dengan semua individu.

“Kenapalah kita tidak boleh kembalikan perpaduan dahulu kepada masyarakat hari ini, khususnya golongan muda. Sistem nilai kita benar-benar sudah berubah,” katanya.

Rafidah yang juga Pengerusi AirAsia X Berhad berkata, bangsa dan agama tidak seharusnya dieksploitasi dan digunakan secara meluas dalam pentas politik demi memenuhi agenda politik dan matlamat peribadi.

“Tidak seharusnya ia (isu agama dan bangsa) dibenarkan untuk membuatkan kita berpisah dan berpuak-puak,” katanya.

Katanya lagi, Malaysia memerlukan pemimpin mengutamakan kepentingan negara dan rakyat berbanding keutamaannya sendiri.

“Masalah kita berpunca dengan terlalu ramai yang mengetuai dan tidak lakukan apa yang mereka sepatutnya lakukan, ia termasuk mereka yang mahu menjadi pemimpin.

“Pemimpin seharusnya mereka yang dipilih rakyat kerana mempunyai kualiti sebagai pemimpin, bukannya memaksa supaya diberikan kekosongan. Saya tidak ada cita-cita politik pada ketika ini.

“Tetapi saya hanya mahu ingatkan supaya tidak berebut untuk menjadi pemimpin. Bukan semua orang perlu memandu, ada yang boleh membantu di sebelah,” katanya, namun tidak menamakan mana-mana individu lapor Free Malaysia Today



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/beri-ph-5-tahun-lakukan-perubahan-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dihukum Penjara 40 Tahun 24 Sebatan Lakukan Sumbang Mahram Terhadap Anak

Dihukum Penjara 40 Tahun 24 Sebatan Lakukan Sumbang Mahram Terhadap Anak

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 378 hits
Kuala Terengganu Perbuatan keji seorang pemandu lori yang melakukan sumbang mahram seks luar tabii dan merakam video pornografi terhadap anaknya yang berusia 11 tahun terbalas apabila dihukum penjara 40 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkam...
Give Harapan Full Term If Unhappy Change Says Rafidah Aziz

Give Harapan Full Term If Unhappy Change Says Rafidah Aziz

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 268 hits
Voters have the right to change the government but they must first give Pakatan Harapan the full five year term to prove its mettle former Umno veteran Rafidah Aziz says Give them five years and if there is no visible change then you have t...
Kerajaan Rancang Bina Kereta Terbang Kedua Jangka Siap Tahun Depan

Kerajaan Rancang Bina Kereta Terbang Kedua Jangka Siap Tahun Depan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 448 hits
KERETA terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga tahun depan kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof Beliau berkat...
Tiada Tarikh Jelas Tukar Pm Jejas Pelaburan Kata Kj

Tiada Tarikh Jelas Tukar Pm Jejas Pelaburan Kata Kj

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 238 hits
PARLIMEN Ketiadaan jangka masa khusus untuk Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim menimbulkan keraguan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing kata Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar ...
Mb S Gor Didakwa Tukar Kem Dalam Kemelut Senyum Anwar Dr M

Mb S Gor Didakwa Tukar Kem Dalam Kemelut Senyum Anwar Dr M

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 238 hits
MB Selangor Didakwa Tukar Kem Kini Memihak Kepada AnwarKUALA LUMPUR Setelah satu pertemuan dibuat oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu Amiruddin didakwa telah beralih arah ...
Servis Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom

Servis Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 334 hits
AssalamualaikumAlhamdulillah selesai update domain list yang ada dalam pegangan Kena hantar reminder kepada client yang domainnya dah nak mati dan perlu renew Makanya sekarang saya nak buka tawaran servis menukar domain blogspot korang kepa...
Oneplus Care Dilancarkan Di India Program Jaminan Tukar Beli Oneplus Tersendiri

Oneplus Care Dilancarkan Di India Program Jaminan Tukar Beli Oneplus Tersendiri

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 250 hits
Terkini OnePlus telah melancarkan OnePlus Care Ia adalah program jaminan peranti OnePlus serba baharu khusus untuk India Tetapi apakah perbezaan dengan jaminan yang OnePlus yang sedia ada dengan OnePlus Care Ia adalah seakan program yang di...
Tukar Valve Cover Gasket Vios Di Servis Center

Tukar Valve Cover Gasket Vios Di Servis Center

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 866 hits
Busy punya pasal lepas dua bulan baru berpeluang untuk buat appointment dengan Toyota untuk tukar valve cover gasket vios Kalau korang ada baca entri aku servis vios pada mileage 230 000km dan juga entri aku tukar motor radiator fan vios ya...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Korban Pak Tam

Tob Tobi Tob Asal Usul Lirik Arab Maksud

Kebakaran Putra Heights Kerja Sedut Air Dari Kawah Di Ground Zero Diteruskan