Beri Penyerang Brazil Sedikit Masa Untuk Membuktikan Dirinya Kim Swee
Beri ruang Neto Pessoa perbaiki permainan: Kim Swee
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Kim Swee: “Saya Tahu Ramai Kecewa Dengan Neto Pessoa”
PENYERANG import dari Brazil iaitu Neto Pessoa perlu diberi ruang untuk memperbaiki permainan, terutama daripada segi penyudah bagi memastikan penyerang berusia 27 itu mampu beraksi cemerlang secara konsisten untuk Sabah FC musim ini.
Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memahami penyokong Sabah kecewa, apabila Pessoa dan pasukan itu gagal memanfaatkan deretan peluang sehingga tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Super malam tadi, namun ‘The Rhinos’ perlu terus fokus meningkatkan prestasi mereka.
"Ini baru perlawanan pertama, Neto (Pessoa) dalam perlawanan persahabatan mampu jaringkan gol, saya tahu ramai yang kecewa terutama sepakan penalti beliau, tetapi bagi peluang kepada beliau dua tiga perlawanan lagi untuk buktikan, dan saya percaya beliau mampu jadi penjaring pasukan kita.
"Sudah tentu ini keputusan mengecewakan, tetapi kita harus siap sedia kembali dalam masa empat hari lagi sebelum bermain dengan PJ City FC,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan Liga Super di Stadium Likas di sini, malam Jumaat.
Kim Swee berkata, masih terlalu awal untuk menilai pemain yang akan diturunkan menentang PJ City dalam perlawanan Liga Super pada Rabu (9 Mac) ini, dan faktor seperti kecergasan, kecederaan, dan corak permainan perlu dinilai, sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
Dalam perlawanan malam tadi Sabah mendapat peluang terbaik untuk mencipta gol apabila pengadil Zulkarnain Zakaria menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-47, selepas Pessoa dikasari penjaga gawang Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dalam kotak penalti, namun sepakan Pessoa diselamatkan Ahmad Syihan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan K Devan memberi pujian kepada penjaga gol Ahmad Syihan yang beraksi cemerlang malam tadi, menyelamatkan deretan percubaan pemain Sabah FC termasuk sepakan penalti.
"Kemenangan tiga mata yang kita tidak sangka, dapat satu mata pun sebenarnya kita puas hati...kita bernasib baik malam ini tetapi pujian harus diberikan kepada pasukan saya yang mampu bertahan dengan baik sepanjang 90 minit, dan komitmen serta kerja keras pemain perlu dipuji,” katanya.
SOURCE: SH
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2022/03/beri-penyerang-brazil-sedikit-masa.html