Beri Masa Kerajaan Selesai Isu Lambakan Doktor Kontrak




 Mogok dirancang kumpulan doktor kontrak hanya akan memberi impak negatif kepada sistem kesihatan secara keseluruhan, kata seorang pakar perubatan.

Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid yang merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Polisi, Ekonomi dan Pengurusan Kesihatan) berkata, negara masih memerlukan masa bagi merencanakan transformasi kesihatan secara menyeluruh termasuk dalam hal membela nasib doktor kontrak.

Kerajaan tegasnya perlu diberi masa untuk menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

"Kita tahu bahawa sejak daripada beberapa tahun lepas sudah ada desakan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menangani masalah pelantikan doktor-doktor yang terlatih tidak mengikut acuan ataupun sektor lain yang dikendalikan oleh JPA.
Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid
"Sistem kesihatan belum lagi menjalani reformasi yang dirancangkan dengan terperinci. Saya yakin kerajaan yang ada sekarang begitu serius menangani masalah ini.

"Pada masa yang sama kerajaan melihat kepada suatu bentuk reformasi yang lebih luas di mana mereka akan menyediakan prasarana kesihatan yang lebih baik dan juga sumber kewangan yang lebih kukuh bagi memberikan ruang kepada kerajaan melantik (doktor kontrak).

"Kita tahu bukan satu perkara yang mudah untuk memperbaiki sistem kesihatan dan ia memerlukan tindakan yang komprehensif, yang dirancang dengan baik supaya kita tidak menghadapi masalah pada masa hadapan," katanya.

Dr Syed Mohamed Aljunid berkata begitu ketika muncul sebagai tetamu program Fokus Minggu Depan terbitan Astro Awani.

Khabar angin sebelum ini menyatakan lebih 8,000 doktor kontrak mahu mengadakan mogok bermula 3-5 April ini dengan bertindak mengambil cuti kecemasan atau cuti sakit.

Kumpulan dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia berkata, 3,000 doktor kontak akan meletakkan jawatan mereka bermula 1 April sebagai membantah membantah “sistem tidak adil dan gaji rendah” dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Tertinggi untuk mencari jalan menyelesaikan isu perjawatan berkenaan.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menyelesaikan isu tersebut tetapi meminta kerajaan diberi masa munasabah untuk mengotakannya.

Dalam pada itu, Dr Syed Mohamed Aljunid berkata, pihak yang terlibat harus faham bahawa sistem kesihatan negara memerlukan sumber kewangan yang tinggi untuk membiayai gaji dan pencen.

Justeru beliau berharap pihak berkenaan akan berfikir dengan lebih rasional sebelum mengambil bahagian dalam mogok yang mahu diadakan.

"Pada masa sekarang kita cuma membelanjakan tak sampai pun lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar jadi ini menyebabkan jumlah yang diperlukan untuk membiayai gaji dan sebagainya termasuk pencen itu terhad.

"Kita juga tahu sekarang juga kita mempunyai lambakan doktor dalam negara sejak tahun 2020, di mana kita sudah pun mencapai ratio doktor ke populasi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang menyarankan satu doktor ke 500 pesakit, kita sudah mencapai di bawah 500," jelasnya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/beri-masa-kerajaan-selesai-isu-lambakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Permohonan Pengampunan Ke Atas Najib Bukan Pendirian Kerajaan Loke

Isu Permohonan Pengampunan Ke Atas Najib Bukan Pendirian Kerajaan Loke

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 313 hits
Isu permohonan pengampunan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan pendirian kerajaan sebaliknya pendirian UMNO sebagai parti politik Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata isu terbabit juga tidak pernah dibincangkan d...
Khairul Aming Jawap Teguran Doktor Isu Minyak Masak Lehib Cuma Kalau Ubah Resipi Jadi Tak Sedap

Khairul Aming Jawap Teguran Doktor Isu Minyak Masak Lehib Cuma Kalau Ubah Resipi Jadi Tak Sedap

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 269 hits
Pempengaruh media sosial Khairul Aming tampil menjelaskan mengenai isu penggunaan minyak masak berlebihan dalam masakannya selepas ditegur oleh Pakar Perubatan Dr Rafidah Abdullah baru baru ini Menerusi satu perkongsian video di laman Twitt...
Mass Resignations May Not Take Place On April 1 But Later In The Month Says Mogok Doktor Kontrak

Mass Resignations May Not Take Place On April 1 But Later In The Month Says Mogok Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 337 hits
PETALING JAYA Mogok Doktor Malaysia the movement which has threatened a nationwide strike has now claimed that it is expecting some 3 000 contract doctors to leave the Health Ministry in the coming days and not necessarily on April 1 3 000 ...
Isu Wanita Pas Masuk Tv Menteri Kena Pro Aktif Siasat Singkir Yang Habis Kontrak Sebab Itu Deep State Masih Berjalan

Isu Wanita Pas Masuk Tv Menteri Kena Pro Aktif Siasat Singkir Yang Habis Kontrak Sebab Itu Deep State Masih Berjalan

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 268 hits
Apabila lihat status kalian di media sosial ramai yg kata elok bg si Lokman Adam ja mengepalai Jkom tu Kemudian marah ke Fahmi Fadzil Ini nak beritahu J Kom itu di kepalai oleh sdra Prof Agus manakala Kementerian Komunikasi Digital itu sdra...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia