Beri Kepada Samsuri Muhyiddin Perlu Berundur Pengerusi Pn




Kemenangan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman kelmarin sewajarnya memberi lonjakan semangat kepada pemimpin Pas untuk mendesak pengunduran Muhyiddin Yassin dari kedudukan Pengerusi Perikatan Nasional.
Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, Muhyiddin seharusnya berjiwa besar dengan memberi laluan kepada Samsuri setelah beliau mengisytiharkan Menteri Besar Terengganu itu sebagai calon Perdana Menteri PN sekiranya menang di PRK Kemaman.
“Kalau dah diumum sebagai calon PM, sewajarnya hari ini Muhyiddin Yassin berjiwa besar memberikan jawatan pengerusi PN itu kepada Samsuri.
“Saya rasa sewajarnya Samsuri menggalas tanggungjawab Pengerusi PN (lanjutan daripada calon PM). Dari 74 Ahli Parlimen PN B48 adalah Ahli Parlimen Pas, hanya 26 Ahli Parlimen dari Bersatu. Jadi sewajarnya Muhyiddin menyedari Bersatu menang pun menumpang kekuatan Pas. Wajar Pas diberi mandat, calon PM ambil alih Pengerusi PN,” katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.
Bagaimanapun, Lokman berkata, beliau tidak menolak bahawa penyokong Pas akan tertipu sekali lagi sebagaimana mereka pernah diperbodoh oleh pemimpin Bersatu kononnya PN akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada selepas Hari Raya Aidilfitri, selepas pilihanraya 6 negeri dan terbaharu selepas bulan Oktober 2023.
“Namun percayalah Muhyiddin tidak akan menyerahkan kerusi Pengerusi PN. Apa yang dia buat sebelum PRK hanyalah menipu rakyat negeri Terengganu, khususnya di Kemaman.
“Saya rasa orang Pas akan kecewa sekali lagi. Mereka telah kecewa, janji nak tawan 6 negeri, gagal. Mereka ambil alih parlimen Pulai gagal, mereka yakin DUN Pelangai akan menang besar kerana majoriti orang Melayu, itu pun gagal,” katanya.
Mengulas kekalahan calon BN di Kemaman pula, Lokman berkata hal itu telah diduga kerana Pas memperalatkan agama untuk memastikan calon mereka beroleh kemenangan.
“Saya percaya 2/3 yang beri undi kepada Pas percaya masuk Pas ialah masuk Islam.
“Politik 3R dimainkan Pas juga memberi kesan kepada sokongan BN. Mereka menguar uar kononnya undi BN, undi kerjasama dengan DAP akan hancur orang Melayu dan Islam.
“Ramai terpedaya, khusus di pantai timur termakan benda ini,” katanya.
Walau bagaimanapun, Lokman mengakui faktor pengundi BN yang tidak pulang mengundi mendorong kekalahan yang lebih buruk berbanding Pilihan Raya Umum 2022 lalu kerana seharusnya BN mendapat sekitar 37,000 undi bukan di bawah 28,000 undi.
The post Beri kepada Samsuri, Muhyiddin perlu berundur Pengerusi PN first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36896?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=beri-kepada-samsuri-muhyiddin-perlu-berundur-pengerusi-pn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsuri Calon Pm Dari Pn Muhyiddin Tak Nafikan

Samsuri Calon Pm Dari Pn Muhyiddin Tak Nafikan

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 133 hits
N Faizal GhazaliPengerusi PN Muhyiddin Yassin tidak menafikan pencalonan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon mereka dalam PRK ini adalah langkah mengetengahkan menteri besar terbabit sebagai calon perdana menteri masa depan Katanya ia merup...
Mahiaddin Perlu Lepaskan Jawatan Pengerusi Pn Kepada Samsuri

Mahiaddin Perlu Lepaskan Jawatan Pengerusi Pn Kepada Samsuri

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 168 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF nbsp Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu melepaskan jawatannya kepada Ahli Parlimen Kemaman yang baharu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Cadangan itu disuarakan oleh Ahli Majlis Kerja T...
Dipujuk Isteri Muhyiddin Buat Pusingan U Tak Berundur

Dipujuk Isteri Muhyiddin Buat Pusingan U Tak Berundur

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 287 hits
Nora Mahpar dan Faiz ZainuddinSHAH ALAM Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membuat pusingan U dengan mengumumkan akan terus mempertahankan jawatannya untuk satu penggal lagi Keputusan itu menyusul sehari selepas beliau mengumumkan tidak akan...
Muhyiddin Bakal Rampas Semula Kerusi Ketua Pembangkang Dari Hamzah Zainudin

Muhyiddin Bakal Rampas Semula Kerusi Ketua Pembangkang Dari Hamzah Zainudin

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 223 hits
Bagi sesiapa yang pernah berjumpa dengan Mahiaddin Md Yasin mereka pasti sedar topik pengalamannya selama lebih 40 tahun dalam politik Adalah antara tajuk perbualan yang jarang tidak disentuhnya Presiden Bersatu itu ternampak amat berbangga...
Anwar Sedia Buktikan Di Mahkamah Muhyiddin Tak Hapus Hutang Peneroka Felda

Anwar Sedia Buktikan Di Mahkamah Muhyiddin Tak Hapus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 170 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia untuk membuktikan di mahkamah dakwaannya bahawa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tidak mengambil langkah untuk menyelesaikan pelupusan hutang RM8 3 bilion untuk peneroka Felda Bagaimanapun Muhyid...
Pm Ready To Prove Allegation Against Muhyiddin Over Felda Debt Waiver

Pm Ready To Prove Allegation Against Muhyiddin Over Felda Debt Waiver

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 204 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim is ready to prove in court his allegation that former premier Muhyiddin Yassin did not take steps to complete the RM8 3 billion debt write off for Felda settlers However the Pagoh MP reiterated that he had as th...
Muhyiddin Pulls A Mahathir Crying Drama

Muhyiddin Pulls A Mahathir Crying Drama

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 263 hits
Desperate Muhyiddin tries to pull a Mahathir crying drama to cling to power Muhyiddin Yassin whose given name is Mahiaddin Yasin but was too ashamed to use it announced on Friday that he would step down as president of his party Bersatu or ...
Commentary Malaysia Opposition Leader Muhyiddin Pulls Off Shrewd Political Move With 24 Hour Resignation

Commentary Malaysia Opposition Leader Muhyiddin Pulls Off Shrewd Political Move With 24 Hour Resignation

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 221 hits
There are several possible reasons why Muhyiddin Yassin changed his mind a day after vowing to step down as Bersatu party president But the best answer might not be the most obvious one says James Chin Asian Studies professor at University ...
Don T Use Your Wife To Justify U Turn Guan Eng Tells Muhyiddin

Don T Use Your Wife To Justify U Turn Guan Eng Tells Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 199 hits
DAP chairperson Lim Guan Eng took a swipe at Bersatu president Muhyiddin Yassin over the latter flip flopping on his retirement plans In particular Lim chided Muhyiddin for citing the latter s wife in justifying a U turn on his decision not...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok