Berhentilah Jadi Munafik Mahathir




1. Buat kesekian kalinya pemimpin Melayu menganjurkan Kongres lagi.(Walaupun mereka akan berdalih penganjur adalah IPT ,kita tahu siapa dibelakangnya)2. Memalukan. Setelah lebih 50 tahun merdeka dan sepanjang masa itu PM dan pemimpin2 utama politik dan kerajaan adalah semuanya Melayu, hari ini Melayu berkongres untuk mempertahan maruah Melayu.3. Allah swt beri kita kuasa untuk kita jadi kuat dan adil. Kuasa memimpin ini bukan hanya untuk bangsa kita tetapi semuanya yang dibawah pemerintahan kita. Agar syiar Islam itu sampai kepada seluruh Alam. Pelajarilah dari Nabi Sulaiman AS yang diberikan kuasa dan kekuatan dan mengunakan kuasanya menjaga bukan sahaja seluruh bangsa manusia tetapi seluruh makhluk termasuk semut makhluk paling kerdil.4. Pemimpin Melayu bila diberi kuasa hanya jaga anak bini dan kroni. Bangsanya sendiri pun tidak diberikan keadilan. Buktinya jelas. Lihatlah yang diatas pentas kongres itu nanti majoritinya jutawan, anak2nya jutawan, rumah dan kereta paling besar dan mewah di kota2 besar dunia semuanya ada diatas pentas itu.5. Yang melarat adalah bangsa Melayu yang dibawah pentas. Yang diluar dewan lebih ramai yang melarat dan lebih parah sengsara mereka. Hakikatnya bukan rakyat Melayu sahaja. Rakyat Cina, India, Sikh, Kadazan, Iban semuanya ada yang sengsara dan melarat kerana ekonomi semakin mencengkam. Semua mereka wajib dibela oleh pemimpin negara. Tetapi tidak.6. Maka berhentilah jadi munafik dan hipokrit wahai pemimpin2 negara. Khusus buat Tun Dr Mahathir Mohamed yang Allah telah beri kuasa paling panjang dan lama, berhentilah. Tun telah gagal. Kongres ini adalah manisfestasi sebuah kegagalan.7. Kalau masih tidak mahu berhenti, setidak2 nya lakukanlah pembetulan dengan jujur, ikhlas demi rakyatmu yang susah. Ingat pesan Saidina Abu Bakar, ‘yang paling dekat denganku adalah yang paling lemah dikalangan ku’.8. Atau sekurang2nya lakukanlah 2 perkara ini :i) Buanglah kalangan menteri-menteri yang diberi kuasa kali ini tetapi melakukan perangai serupa seperti mana menteri2 yang diberi kuasa dahulu. Hanya sibuk mengumpul harta buat anak pinak dan kroni sahaja. Bermewah dan menikmati kuasa disaat rakyat bergelut dengan seribu kepayahan.ii) Sesuai dengan nama kongres maruah. Buanglah menteri yang paling tiada maruah dikalangan kamu. Yang terang melakukan perbuatan tidak bermaruah. Ditayang seluruh dunia. Dicabar untuk didakwa. Diam seribu bahasa. Terus jadi menteri. Dilindungi oleh PM. Tiada maruah.9. Saya yakin PM tidak akan lakukan semua pembetulan ini. Kerana kongres ini bukan untuk bangsa Melayu. Bangsa Melayu tidak perlu kongres ini kerana maruah bangsa tetap utuh. Yang hilang maruah dan perlukan kongres ini untuk menjaga kepentingan mereka adalah PM dan pemimpin2 Melayu yang terus menjadi munafik dan hipokrit, terus bermain kuasa, kaya raya anak pinak dan kroni mereka.10. Menjijikkan. Memang tepat namanya kongres maruah tetapi bukan maruah Melayu, maruah pemimpin2 Melayu yang sudah hilang maruah. Nama yang betul dan sewajarnya ialah KONGRES MARUAH PEMIMPIN MELAYU.Selamat berkongres.(Dengan pembetulan nama kongres)Mohamad Ezam Mohd Nor2 Oktober 2019, 3 Safar 1441H.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/berhentilah-jadi-munafik-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Beberapa Kenyataan Daripada Tun Mahathir Dalam United Nations General Assembly Ke 74

Baca Beberapa Kenyataan Daripada Tun Mahathir Dalam United Nations General Assembly Ke 74

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 226 hits
Saya yakin ramai antara kita yang sama sama menonton ucapan YAB Perdana Menteri kita di United Nations General Assembly New York awal pagi semalam waktu Malaysia Saya tuliskan sedikit catatan yang saya dapat dari ucapan beliau yang kini tul...
Erdo An Mahathir Imran Khan S Effort To Clean Up Islam S Image

Erdo An Mahathir Imran Khan S Effort To Clean Up Islam S Image

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 311 hits
Salleh Said1 On September 25th Pakistan s President Imran Khan tweeted President Erdogan PM Mahathir and myself had a meeting today in which we decided our three countries would jointly start an English language channel dedicated to confron...
Bukan Hanya Melayu Yang Lupa Mahathir Lupa Juga

Bukan Hanya Melayu Yang Lupa Mahathir Lupa Juga

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 472 hits
Syed Husin Ali kata dia tidak percaya kepada Dr Mahathir nak serahkan jawatan PM kepada Anwar seprrti dikondensuskan Katanya Dr Mahathir buat keputusan lain daripada yang dibincangkan Dia tidak boleh dipercayai dia akan buat lain dari keput...
Tun Mahathir Janji Letak Jawatan Sebelum Pru 15 Pulak

Tun Mahathir Janji Letak Jawatan Sebelum Pru 15 Pulak

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 347 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada 27 Sept 2019 beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum akan datang Saya berjanji bahawa saya akan meletak jawatan sebelum pilihan raya akan datang dan memberi laluan k...
The Malay States Have Been China S Neighbour For 2 000 Years Says Dr Mahathir

The Malay States Have Been China S Neighbour For 2 000 Years Says Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 373 hits
Malaysia does not want to take a confrontational stance towards China over the disputed South China Sea and Beijing s alleged mistreatment of its minority Uighur Muslims Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said in an interview published ...
What Do Mahathir S Pribumi People Think Of Ally Dap

What Do Mahathir S Pribumi People Think Of Ally Dap

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 319 hits
The Sarawak alliance led by Abang Johari Openg is now buddying up to PAS Johari is a Malay Muslim Will we witness a similar high fiving between native Sarawak leaders and DAP anytime soon Or would DAP be nudged even further to the fringe an...
Bersiap Untuk Perubahan Iklim Bukan Perang Dr Mahathir

Bersiap Untuk Perubahan Iklim Bukan Perang Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 237 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata komuniti antarabangsa perlu memberi perhatian terhadap fenomena perubahan iklim dan bencana alam yang banyak dipengaruhi oleh aktiviti manusia daripada membuat persediaan untuk berperang Kita perlu membuat persed...
Malaysia Turki Pakistan Terajui Usaha Perjelas Islam Kata Dr Mahathir

Malaysia Turki Pakistan Terajui Usaha Perjelas Islam Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 206 hits
Malaysia Turki Pakistan terajui usaha perjelas Islam kata Dr Mahathir Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 29 Sep
Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Kelantan Trekking Ke Air Terjun Mawar Mawo Di Jeli


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Komuniti Anjuran Perpustakaan Pahang Mengkarak

Your Account Update

Apa Itu Myborderpass Cara Daftar Myborderpass Dan Cara Guna Myborderpass

Biskut Bunga Cina Guna 3 Bahan Je

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

Jin Merasuk Tubuh Manusia Boleh Tak Ada Hadis Sahih Tak