Berhati Hati Inilah 3 Dosa Yang Disegerakan Balasannya Di Dunia Rileks Media
Lumrah kita sebagai manusia yang dijadikan tidak pernah terlepas dari segala salah dan berbuat dosa dalam kehidupan seharian. Setiap daripada kita pasti pernah melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar.
Walau sebesar mana sekalipun dosa kita, Allah S.W.T itu adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yang sentiasa menerima taubat hambanya yang bertaubat dengan sepenuh-penuh taubat.
Jika tidak bertaubat, dosa ini akan menjadi beban di akhirat kelak. Namun terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan dibalas dengan segera oleh Allah S.W.T terhadap pelakunya. Kami ingin berkongsi 3 dosa yang mendapat balasan segera di dunia.
1. Berzi na
Zi na adalah antara perbuatan dalam kategori dosa besar yang sangat diben ci Allah. Pelaku zi na akan menjadi keta gih dan mudah terang sang membuatkan mereka tidak takut lebih-lebih lagi jika kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak ha mil serta tidak ditang kap ba sah.
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Dua keja hatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zi na dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Menurut hukum hudud, mereka yang melakukan zi na akan dikenakan hukuman mengikut status perkahwinan termasuklah huku man re jam dengan batu sampai ma ti bagi mereka yang sudah bernikah. Hukuman ini adalah bagi membersihkan dosa zi na mereka. Antara sabda Rasulullah S.A.W mengenai zi na adalah :
1. “Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam neraka adalah mulut dan kema luan.”
2. “Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkah win berzi na, orang yang membu nuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpe cah daripada jemaah orang-orang Islam”
3. “Barangsiapa berzi na ataupun minum arak, Allah S.A.W cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya.”
Malah perbuatan yang membawa kepada zi na juga dila rang, seperti dalam firman Allah S.W.T :
“Jangan kamu hampiri perbuatan zi na kerana ia adalah keja hatan yang sangat ke ji dan seja hat-ja hat jalan.” (Surah Al-Isra’ ayat 32)
Allah S.W.T akan membalas dosa zi na di dunia dengan menghilangkan keceriaan pada wajah, pendek umur, menutup pintu rezeki bagi mereka yang terus berzi na dan tidak bertaubat, serta dijang kiti penya kit kela min dan penya kit yang masih belum ditemui pena warnya, 41DS.
2. Derhaka Kepada Ibu Bapa
Sebagai anak, kita diwajibkan untuk menghormati dan berlaku baik terhadap ibu bapa, walaupun seteruk mana ibu bapa kita. Ini kerana jasa dan pengor banan tidak akan pernah terbalas oleh kita.
Seperti dalam firman Allah yang bermaksud:
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15).
Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
”Setiap dosa-dosa, Allah S.W.T mengakhirkan (balasannya), sebagaimana yang Dia kehendaki dari dosa-dosa itu hingga hari kiamat, kecuali derhaka kepada kedua orang tuanya, sesungguhnya Allah menyegerakan (balasan) nya bagi pelaku-nya di waktu hidup di dunia sebelum mening gal.” (Riwayat At Thabarani & Al Hakim, disahihkan oleh Al Hakim & As Suyuthi)
Perbuatan derhaka terhadap ibu bapa adalah perkara yang sangat dimurkai Allah, dan akan mendapat balasan yang sangat pe rit di akhirat. Namun dosa ini juga akan dibalas Allah ketika di dunia.
Lebih buruk lagi, jika ibu bapa yang dianiayai itu mengadu keza liman anak kepada Allah S.W.T, balasan lebih disegerakan kerana doa ibu bapa tadi sangat mustajab dan menembusi langit serta didoakan oleh malaikat-malaikat supaya Allah mengabulkannya.
Dalam sabda Rasulullah S.A.W :
“Tiga doa yang tidak tertolak : doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang terdzalimi” . (HR Baihaqi)
Antara balasan di dunia adalah hidup tidak tenang dan tenteram, kemelut dan masalah rumahtangga, dan sentiasa berasa tak cukup serta disempitkan rezeki oleh Allah S.W.T
3. Tidak Amanah Dalam Perniagaan
Dalam perniagaan terdapat dosa yang langsung dibalas ketika masih di dunia iaitu meni pu dalam timbangan. Kecurangan yang umum dilakukan adalah dengan mengurangi jumlah timbangan.
Perbuatan ini akan langsung disegerakan balasannya di dunia. Balasan yang akan diterima adalah musim suram yang berpanjangan, ketidakbahagiaan hidup dan juga dizalimi oleh sesama peniaga.
Rasulullah SAW bersabda;
” Barangsiapa menjadikan akhir zaman sebagai orientasi hidupnya, maka Allah akan jadikan kekayaan dalam hatinya, Allah himpun kekuatannya dan dunia akan menghampirinya meski dia tidak menginginkannya. Dan sebaliknya barang siapa menjadikan dunia sebagai cita-citanya, Allah jadikan kefakiran ada di depan matanya, Allah cerai beraikan urusannya dan dunia tidak menghampirinya kecuali apa yang sudah Allah takdirkan untuknya.” (HR Tirmidzi)
Ustaz Amin – 3 Dosa Allah Balas Di Dunia
Source link
The post Berhati-Hati, Inilah 3 Dosa Yang Disegerakan Balasannya Di Dunia – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rilekslah.my/berhati-hati-inilah-3-dosa-yang-disegerakan-balasannya-di-dunia-rileks-media/