Bergambar Di Pantai Beserah Kuantan
Assalamualaikum
Hai,cuti sekolah ni kami tak kemana-mana.Ada sahaja menghalang,tetapi Ina tak pernah salahkan takdir.Ehhh! Ada baiknya juga bila kami tidak berHOLIDAY.Sebabnya,sangat perlukan banyak wang untuk sesi persekolahan pada bulan hadapan.Hihihihi..Takpelah,mungkin tahun depan..Tahun Baru Cina pula bercuti.
Okaylah,sebenarnya kan.Kami anak beranak ni,jika terlalu bosan sangat duduk di rumah.Maka,ke pantailah kami ini.Hihihi.Jarak yang tak jauh mana pun.Boleh pilih,nak ke pantai yang jauh ke atau yang belakang rumah.Ahaks!! Yup,itulah antara kelebihan menetap di perumahan PELINDUNG ni tau.Hihihihi..
Serius,memang tak tipu.Ada lebih kurang 5 buah pantai di Kuantan ni.Sebelum ni kami ke Pantai Batu Hitam jer.Paling jauh sedikit adalah pantai Cherating.Itu adalah dalam setengah jam,baru kami sampai.Tetapi jika Ina yang drive sendiri,tak tahulah berapa pula ambil masa nak di ambil.Ahaks!! Cherating memang cantik sangat pantai dia,tetapi banyak kawasan pantai yang telah jadi private dah.Huhuhu..Sekitar Cherating jerlah. Agak lama dah tak kesana nihh.
tudiaaaa..sakan bergelek ke apa ni?
Ahaks! Untuk gambar diatas ni kan. Pantang betul mama keluarkan kamera Sony,terus dia buat style begitu.Ala-ala shooting video klip lagu hindustan tu.Hahahaaha.. mama pun tergelak tengok awak tu. Furqan okay jer duduk di sebelah tu ha.Sara yang Over tauuu..
Walhal,kerap jer pergi ke pantai ni haa.Panas terik time ni tau,dalam jam 3 petang.Memang betul-betul panas.Cantik sangat view kat pantai ni tau.Dengan angin yang kencang.. sehinggakan kain lampin furqan tu pun di tiup angin.Hahaha… Hilang terus mood Sara nak bergelek sakan dengan kain lampin tuu haa.
Haaa..tudiaa Sara dengan kain lampin adiknya.Beberapa saat dia berseronok berpusing pusing..,terus terbang kain lampin dibawa angin.HIhihi.. Gedik sangat kan? Kain pun larii dah.Ahaks!!
Pantai Beserah,Kuantan
Antara tempat waktu zaman remaja ina menenangkan diri.Hihihi..Disinilah.. Pantai Beserah.Iaitu tempat para nelayan menaikkan ikan segar.Tengok lah bot tu,ini sudah petang.Jadinya,ada nelayan yang masih belum lagi pulang ke darat.Kebiasaannya,waktu petang jam 6 nelayan pulang dengan membawa hasil tangkapan mereka.Itu pun bergantung atas rezeki masing-masing.Tetapi musim tengkujuh ni,agak sukar lah memperolehi ikan yang banyak.
Opss! Sorry tau korang yang membaca entri ini.Ina seganlah nak terjah ke bot tersebut.HIhihihi..nak zoom pun.Ada ramai sebenarnya kat depan tu tau.Walaupun Ina ni sudah berkahwin,sifat pemalu dengan lelaki tetap ada didalam diri.Ahaks!!!
The post Bergambar di Pantai Beserah,Kuantan appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurimanqhaisara.com/pantai-beserah/