Bergaduh Dengan Semua Pm Semoga Tun M Mendapat Hidayah


Habis diserang habis-habisan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Habis semua orang salah.

Naratif yang sama dibawa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya di Yayasan Kepimpinan Perdana Menteri sebentar tadi – topiknya kita semua maklum.

Kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil-wakil PKR bagaimanapun tidak muncul bersama Pengerusi BERSATU itu.

Yang ada hanya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan), Datuk Seri Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP) serta Datuk Seri Mukhriz.

Hakikatnya, itula juga Dr. Mahathir hari ini.


Perdana Menteri yang lain semuanya serba tak kena di mata beliau. Dulu Dr Mahathir bergaduh dengan dua orang bekas Perdana Menteri sekali gus pada 1987 (Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn).

Tun Abdullah Ahmad Badawi (PM ke-5), Datuk Seri Najib Tun Razak (PM ke-6) dan terbaharu, Muhyiddin tidak terlepas dari `cengkaman’ Dr. Mahathir.

Hanya seorang sahaja Perdana Menteri yang tidak `diganggu’ oleh Dr Mahathir iaitu PM ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak.


Bekas timbalan beliau dari 1981 hingga 1986, Tun Musa Hitam mencatatkan dalam memoirnya, ‘Frankly Speaking’ pada 2016 bahawa Kabinet waktu itu menggelar Dr. Mahathir sebagai ‘Tok Bomoh’.

“Sebagai contoh, beliau menggelar seorang menteri kabinet ‘Mat Bulat’. Ini adalah panggilan yang tidak sesuai yang menunjukkan bahawa menteri itu tidak disenangi oleh Perdana Menteri (Dr. Mahathir).

“Malah, saya hampir pasti bahawa beliau mempunyai gelaran untuk setiap daripada kami dalam kabinet. Sesetengah kami bercadang bertindakbalas. Oleh itu, kami memberinya nama ‘tok bomoh’,” kata Musa dalam bukunya.

Musa yang kini berusia 86 tahun menyifatkan Dr. Mahathir sebagai pemimpin politik yang pintar dan mampu mengeksploitasikan emosi sehingga menyebabkan orang Melayu berfikir beliau memperjuangkan nasib mereka.

“Saya fikir itu sebabnya beliau sering berkata, orang Melayu bodoh. Kemahiran politiknya menakjubkan,” katanya.



Bagi Musa, Perdana Menteri ke­empat itu mengambil strategi menyerang bagi mengelakkan orang lain mendedahkan salah lakunya.

Ujar Musa, Dr. Mahathir boleh mencetuskan gelora, namun tetap yakin beliau tidak akan menderita ekoran tindakannya itu, sebalik­nya terus memiliki keyakinan tinggi dapat menguasai keadaan.

Pemblog, tambahnya, mungkin berkata terhadap Dr. Mahathir, “Hey, bagaimana dengan keadaan ketika anda menyelamatkan anak anda menggunakan duit Petronas?” Tetapi adakah itu menakutkan beliau? Sama sekali tidak,” kata Musa lagi.

Dr. Mahathir didakwa telah menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat perkapalan milik anaknya ketika krisis kewangan pada akhir 1990-an.

Musa meletak jawatan pada Februari 1986. Katanya, beliau mengambil masa lama untuk melepaskan jawatannya selepas berkonfrontasi dengan Dr. Mahathir kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara.

Ia termasuk memberi penjelasan penuh kepada orang ramai berhubung peristiwa Memali, menyediakan kertas putih berhubung perkara itu dan lawatan tertangguh perdana menteri ke kawasan Parlimen Kota Tinggi.

Dr. Mahathir yang bersikap kritis terhadap memoir Musa itu bagaimanapun membalasnya:
“Kegagalan pertama saya adalah Musa Hitam sendiri. Dia tidak sabar menunggu saya untuk bersara.

“Oleh itu, dia letak jawatan selepas lima tahun bersama sebagai timbalan saya di dalam kerajaan yang budak-budaknya namakan sebagai kerajaan MM,” tulis Dr. Mahathir dalam blognya pada 25 Februari 2016.

Ada pihak berkata. Ya, Mahathir semacam seorang yang terpilih dan seorang pemimpin yang unik lagi disegani.

Tetapi pada usia 94 tahun beliau seharusnya bersedia untuk berehat.

Sesungguhnya Allah menentukan siapa yang beroleh kuasa memerintah. Rekod dunia Perdana Menteri tertua sudah dipecahkan oleh Dr Mahathir.

Rekod negara sendiri apatah lagi. Puncak sudah didaki, lurah sudah dituruni.

Cuma yang tinggal untuk dicapai ialah hasrat rakyat untuk hidup dalam kemampuan dan kesejahteraan di bawah Muhyiddin, Perdana Menteri kelapan.

Berilah ruang Tun! Semoga Tun mendapat hidayah. – SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/bergaduh-dengan-semua-pm-semoga-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berseri Mummy Ni Dah Nampak Baby Bump Fazura Semua Doa Semoga Dipermudahkan

Berseri Mummy Ni Dah Nampak Baby Bump Fazura Semua Doa Semoga Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 385 hits
Siapa tak kenal dengan pasangan selebriti yang menjadi kegilaan ramai di Malaysia ini iaitu Fattah Amin dan Fazura Berkenalan di set penggambaran 8216 Hero Seorang Cinderella 8217 tak sangka ianya membawa sehingga ke gerbang perkahwinan Sej...
Semoga Semua Rakyat Malaysia Dilindungi Daripada Covid 19 Pm

Semoga Semua Rakyat Malaysia Dilindungi Daripada Covid 19 Pm

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan semua rakyat Malaysia dilindungi daripada COVID 19 dan diberi kekuatan kecekalan serta kesabaran dalam menghadapi dugaan mencabar itu Perdana Menteri menzahirkan perkara itu dalam satu kenyata...
Tun M Tetap Mahu Meletak Jawatan Ydpa

Tun M Tetap Mahu Meletak Jawatan Ydpa

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 233 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sedih atas peletakan jawatan Perdana Menteri ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad Baginda yang berkenan bertemu Tun Mahathir ke...
Anwar Ibrahim Tak Hadir Sidang Media Ph Dengan Tun M Warisan

Anwar Ibrahim Tak Hadir Sidang Media Ph Dengan Tun M Warisan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 317 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir pada sidang media Pakatan Harapan bersama pemimpin Bersatu yang masih setia terhadap pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Warisan Malah tidak ada seorang pun wakil PKR yang hadir pada sidang media yang...
Dr Zakir Naik Didenda 300 000 Di Britian Tahniah Tun M Pernah Membela Beliau

Dr Zakir Naik Didenda 300 000 Di Britian Tahniah Tun M Pernah Membela Beliau

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 510 hits
Poster Peace TV dengan gambar Dr Zakir Naik yang dimuat naik ke laman web rangkaian televisyen itu Stesen TV Zakir Naik didenda kerana ucapan benci di UKPETALING JAYA Dua stesen TV milik pendakwah kontroversi Zakir Naik telah didenda 300 00...
Yang Di Pertuan Agong Cuba Pujuk Tun M Jangan Letak Jawatan Tapi

Yang Di Pertuan Agong Cuba Pujuk Tun M Jangan Letak Jawatan Tapi

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 373 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah cuba dipujuk oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah untuk tidak meletakkan jawatan ketika pergolaka...
Officially Tun Dr Mahathir Is Out Of Bersatu Leadership

Officially Tun Dr Mahathir Is Out Of Bersatu Leadership

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 620 hits
Finally the Registrar of Societies confirms thru a letter dated 5 May 2020 that Tun Dr Mahathir Mohamad had resigned as Chairman of Bersatu That means Tun Dr Mahathir has no powers to dictate any terms on behalf of the party It looks like i...
Tun M Jelaskan Usul Undi Tak Percaya Kerana Muhyiddin Kerjasama Dengan Najib

Tun M Jelaskan Usul Undi Tak Percaya Kerana Muhyiddin Kerjasama Dengan Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 337 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri adalah kerana Tan Sri Muhyiddin Y...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse