Bergadai Nyawa Untuk Mempertahankan Perlembagaan
TAKBIRRRRR !HAAA, BARU NAMPAK UMNO JADI JANTAN ! JANGAN NAK CUBA UBAH-UBAH PERLEMBAGAAN, NAMPAKNYA SUDAH ADA KAUM YANG CUBA USIK HAK ISTIMEWA MELAYU DAN AGAMA ISLAM.
LANGKAH MAYAT AHLI UMNO DULU ! YANG SANGGUP MAYAT MEREKA DIPERGUNAKAN SYAITAN, PI BERAMBUS, BERSAMA ORANG YANG MENYERTAI P.HARAPAN.
KALAU SUDAH MULA NAK MAIN MAYAT-MAYAT, MAKA RAKYAT NAK TENGOK TINDAKAN, BUKAN OMONG-OMONG KOSONG.
SE ELOKNYA BERSIHKAN DAHULU DURI-DURI DALAM UMNO, YANG SELALU BUAT OLAH MELEMAHKAN SEMANGAT PARTI.
SEMENTARA ITU:
Himpunan bantah ICERD esok
Noradila Mahamad
3 November 2018 AddThis Sharing Buttons
Muhammad Khalil Abdul Hadi (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Pemuda Pas mengajak seluruh rakyat hadir ke Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan diadakan esok (Ahad) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan.
Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, himpunan itu perlu supaya kerajaan tidak mengambil ringan suatu ratifikasi yang akan memberi kesan besar terhadap hak Melayu yang dilindungi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, kerajaan perlu sedar posisi dan kuasa sebagai menteri bukanlah lesen untuk melaksanakan pendapat dan kecenderungan peribadi tanpa merujuk apakah kehendak sebenar majoriti rakyat di dalam negara.
“Polemik isu ratifikasi ICERD bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy menyatakan kerajaan komited meratifikasi ICERD yang selaras dengan manifesto PH dan kenyataan ini disambut pula Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengatakan golongan yang menentang ICERD hanyalah adu domba dan fitnah.
“Terkini, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah pula menyifatkan golongan yang menentang ICERD sebagai tidak faham perlembagaan. Persamaan ketiga-tiga kenyataan ini apabila semua menteri sudahpun membuat kesimpulan awal bahawa ICERD baik, perlu diratifikasi dan sebenarnya telah disalah faham,” katanya dalam satu kenyataan.
-Pak Karamu-
'Langkah mayat ahli-ahli Umno dulu'
Wartawan Sinar Harian
3 November 2018 AddThis Sharing Buttons
Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Bernama (Ubah saiz teks) ALOR SETAR - Umno akan mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun terpaksa bergadai nyawa.Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu bersedia menjadi barisan hadapan sekiranya ada pihak yang cuba memperkotak-katikkan hak orang Melayu dan agama Islam serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Menurutnya, ini termasuk cubaan pihak tertentu yang mahu mengugat penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ahmad Zahid (dua, kanan) menerima borang keahlian baharu parti. “Langkah mayat ahli-ahli Umno dahulu jika ada mana-mana pihak yang cuba berbuat demikian,” katanya, ketika ditemui selepas majlis perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa serta barisan pimpinan sayap-sayap parti.
Ahmad Zahid berkata, sehubungan itu, Umno menolak hasrat kerajaan PH untuk melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tahun depan.
“Kita akan pertahankan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Umno menyokong segala bentuk penentangan yang dilancarkan oleh parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat keseluruhannya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://abnnasution.blogspot.com/2018/11/bergadai-nyawa-untuk-mempertahankan.html