Berdoalah Antara Azan Dan Iqamah Waktu Mustajabnya Doa Dan Tidak Akan Tertolak Doa
Diantara waktu yang sangat mustajab berdoa padanya ialah selepas selesai azan solat dan sebelum iqamah.
Berkata Syeikh Ali Jumaah :
نعم، من أوقات استجابة الدعاء أن يدعو المسلمُ بين الأذان والإقامة؛ لما روي عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ: «الدُّعَاءُ لَا يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ» أخرجه الترمذي في “سننه” وقال: حَدِيثٌ حَسَنٌ.
قال الإمام العمراني في كتابه “البيان” (2/ 84، ط. دار المنهاج): [ويستحب أن يدعو الله بين الأذان والإقامة؛ لما روى أنس رضي الله عنه أن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ قال: «الدعاء لا يرد بين الأذان والإقامة، فادعوا»] اهـ.
Artinya : Benar. Setengah dari waktu-waktu yang diperkenankan doa ia bahawa berdoa seorang Islam antara waktu azan dan waktu iqamah.
Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
الدُّعَاءُ لَا يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ
Artinya : “Bermula doa yang tidak ditolak ialah antara azan dan iqamah.” (Hadith Tirmizi)
Berkata Imam ‘Imrani pada kitab Al-Bayan :
ويستحب أن يدعو الله بين الأذان والإقامة؛ لما روى أنس رضي الله عنه أن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ قال: «الدعاء لا يرد بين الأذان والإقامة، فادعوا
Artinya : “Dan disunatkan bahawa berdoa seorang akan Allah antara azan dan iqamah kerana hadith yang meriwayatkannya olih Anas r.a. katanya Rasulullah saw bersabda : ‘Doa yang tidak ditolak itu ialah antara azan dan iqamah. Maka hendaklah kamu sekelian berdoa.” (Lajnah Fatwa Negeri Mesir)
Berkata Imam Nawawi :
فإذا فَرغَ من المتابعة في جميع الأذانِ صَلَّى وسَلَّمَ على النَّبِيِّ صلَّى اللهُ عَليهِ وسَلَّم، ثم قال: اللَّهُمَّ ربَّ هَذِهِ الدَّعوَةِ التَّامَة، والصلاةِ القائِمَة، آتِ مُحمَّدًا الوَسيلةَ والفَضِيلة، وابْعَثْهُ مَقامًا محمودًا الَّذِي وَعَدتَه، ثُمَّ يدعو بما شاءَ من أمور الآخرة والدُّنيا. اهـ.
Artinya : “Maka apabila selesai seorang dari bacaan pada sekelian kalimah azan itu maka berselawat dan bersalamlah atas Nabi saw kemudian membaca :
اللَّهُمَّ ربَّ هَذِهِ الدَّعوَةِ التَّامَة، والصلاةِ القائِمَة، آتِ مُحمَّدًا الوَسيلةَ والفَضِيلة، وابْعَثْهُ مَقامًا محمودًا الَّذِي وَعَدتَه
Artinya : Wahai Tuhan yang memiliki seruan yang sangat sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah akan Nabi Muhammad akan wasilah dan kelebihan. Dan bangkitkan dia dengan kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikannya.”
Kemudian hendaklah dia memohon kepada Allah apa yang dia kehendaki dari perkara dunia dan akhirat.” (Kitab Al-Azkaar)
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. Rasulullah saw bersabda :
من قال حين يسمع النِّداء: “اللَّهُمَّ ربَّ هذه الدَّعوة التَّامَّة والصَّلاة القائمة، آتِ محمَّدًا الوسيلةَ والفضيلةَ وابعَثْهُ مقامًا محمودًا الَّذي وعدته ؛ إلَّا حلَّت له شفاعتي يوم القيامة“
Artinya : “Siapa yang mengucapkan ketika mendengar azan :
اللَّهُمَّ ربَّ هذه الدَّعوة التَّامَّة والصَّلاة القائمة، آتِ محمَّدًا الوسيلةَ والفضيلةَ وابعَثْهُ مقامًا محمودًا الَّذي وعدته
Nescaya sabitlah baginya syafaatku pada hari kiamat nanti.” (Hadith Bukhari)
Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad As-Sa’idy r.a. Rasulullah saw bersabda :
ساعتان يفتح لهما أبواب السماء وقل داع ترد عليه دعوته حضرة النداء للصلاة والصف في سبيل الله
Artinya : “Dua waktu yang dibuka bagi keduanya pintu-pintu langit dan sedikit orang yang ditolak atasnya doanya yaitu ketika azan hendak solat dan ketika bersiap pada jihad dijalan Allah.” (Muwattah’Imam Malik)
Dan pada riwayat Imam Tirmizi para sahabat : :
فما نقول يا رسول الله؟ قال: ” سلوا الله العافية في الدنيا والآخرة
Artinya : “Maka apakah yang kami minta ketika itu wahai Rasulullah? Jawab baginda : Mintalah akan Allah kebaikkan pada dunia dan pada akhirat.”
ANTARA DOA YANG ELOK DIBACA
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan kami kurniakan kepada kami di dunia akan hasanah dan diakhirat akan hasanah dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Al-Baqarah : 201)
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“Wahai Tuhan kami janganlah Engkau gelincirkan segala hati kami selepas Engkau berikan hidayah dan berikanlah kami dari sisi-Mu akan rahmat. Sungguhnya Engkau Tuhan yang sangat memberi kurnia.” (Al-Imran : 8)
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami ampunkan bagi kami segala dosa kami dan ketelanjuran kami pada urusan kami dan tetapkanlah kami dan menangkan kami atas orang-orang yang kafir.” (Al-Imran : 147)
wallahua’lam
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)
The post Berdoalah Antara Azan dan Iqamah, Waktu Mustajabnya Doa dan Tidak Akan Tertolak Doa appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/berdoalah-antara-azan-dan-iqamah-waktu-mustajabnya-doa-dan-tidak-akan-tertolak-doa/