Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Muqsith


Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Muqsith| Al Muqsith bermaksud yang Maha Adil. Yang Maha Adil / Maha Mengadili / Maha Saksama / Yang sangat Adil / Maha Pengadil – Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Muqsith ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini




Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Muqsith  
1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:



2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Muqsith = 209 kali

Ertinya : 

Yang Maha Adil / Maha Mengadili / Maha Saksama / Yang sangat Adil / Maha Pengadil – Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.

Fadhilat asmaul husna al Muqsith

a) Berzikirlah dengan zikir ‘Ya Muqsith’ mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

b) Sesiapa menyebut ‘Ya Muqsith’ berulang-ulang, InsyaAllah akan dijauhkan dari godaan syaitan.

c) Apabila ‘Ya Muqsith’ dibaca 209 kali atau 700 kali, InsyaAllah akan terhindar dari syaitan laknatullah dan terpelihara dari sifat was-wasdalam ibadah.

d) Jika diamalkan zikir ‘Ya Muqsith’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah akan terhindar daripada segala bencana dan jika untuk sesuatu maksud yang halal, InsyaAllah ianya akan tercapai.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:



4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2021/02/berdoa-dengan-asmaul-husna-al-muqsith.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berdoa Di Waktu Mustajab Adalah Saat Sujud Begini Aturannya

Berdoa Di Waktu Mustajab Adalah Saat Sujud Begini Aturannya

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 305 hits
Setiap muslim dianjurkan untuk selalu berdoa Berdoa adalah meminta sesuatu yang baik kepada Allah agar keinginannya bisa terpenuhi dan supaya apa yang kita inginkan itu bisa diijabahi oleh Allah Berdoa boleh dilakukan di mana dan kapan saja...
Pakcik Umur 80 Tahun Gigih Jual Air Menangis Berdoa Lepas Dihulur Duit Sedekah

Pakcik Umur 80 Tahun Gigih Jual Air Menangis Berdoa Lepas Dihulur Duit Sedekah

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 382 hits
Baru baru ini seorang pengguna di laman Twitter bernama Aida Aidil telah membuat beberapa ciapan berkongsi pengalaman membeli air kelapa daripada seorang lelaki warga emas Video itu tular di media sosial kerana ramai simpati dengan keadaan ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia