Berdikari


Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Anak berdikari tu bagus kan? Entah la bila difikirkan terasa ni seperti sedikit paranoid. Seorang ibu yang fikir entah apa apa dan terlalu jauh fikir pada benda yang simple .
Kisahnya, bulan Ramadan ni Acha memang dibenarkan pulang ke kampung setiap minggu tapi minggu lepas dia satu batch tak balik..semuanya balik kampung seorang kawan mereka yang tinggal berdekatan dengan sekolah. Tapi mereka 11 orang tidur di rumah sewa family kawan ni yang kosong tak berpenghuni. LM ni risau, terus cari info dan dapat tau rumah tu berdekatan dengan rumah sepupu suami . Maka syarat LM boleh join dengan syarat kena tidur dan sahur berbuka di rumah sepupu kami

Minggu ni pula mereka yang tinggal di KL Selangor pakat nak berbuka di luar delta My Town. Bas yang sekolah sediakan akan stop di PPD Hulu Langat dan mereka akan gerak ke My Town berbuka puasa . Selepas siap solat baru gerak balik

Walau hati rasa tak izinkan sangat terpaksa pasrah juga. Tak mahu jadi Inu yang terlalu mengongkong dalam masa sama amat risau tentang anak gadis .
Anak- anak tahfiz ni mungkin belajar di kampung yang jauh dari hiruk pikuk kota sesekali nak mencari makanan viral atau makanan terkini dengan kawan kawan . Di sana pasaraya pun tak ada..cuma pekan kecil saja cuma umminya ni sejenis yang cepat risau.



Bila dia bagitau lagi 6 station terus ummi bersiap dan tunggu dia. Ngam-ngam parking dia pun sampai

Pagi tadi semasa sahur bebel juga la pasal ni dengan kakak dia.LM kata, kawan yang sama iftar tu sama batch Acha. Sekelas dan juga sama sama di asrama. Apa perlunya keluar bersama lagi ntah

Kakaknya kata biarlah dia , dah besar 17 tahun dah..kalau tak bagi nanti dia tak tau guna train dan tak reti berdikari. Hurm, betul juga
Eh 17 tahun? Rasa dia macam kecil lagi. Rasa macam baru je hantar ke.asrama daftar form one haritu.huhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lydiamiza.blogspot.com/2025/03/berdikari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bella Wanita Luar Biasa Saya Terhutang Budi Syed Saddiq

Tesla Cybertruck Recall Stainless Steel Trims Fall Off

Education Ministry Probes Teacher Allegedly Telling Student To Go Back To China

Dani Kurama Feat Roza Feryantz Manisnya Raya

Ahli Pkr Perlu Bantu Anwar Lawan Politik Jahat Pnpas Jangan Hebat Hanya Pemilihan Parti

Jakim Lodges Police Report Over Insults Against Islam

Doa Munajat 10 Malam Ramadhan Terakhir

Open Letter To Tun M The Sands Of Time Have Run Out On Your Ambition Let The Madani Boys Steer Ship Of State


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jam Larikan Barang Kemas Rm2 Juta Suspek Ditahan

Wanita Sakit Mental Didakwa Culik Di Melaka Polis Nafikan Tuduhan

Jalan Jalan Ramadan Kpm 2025 Di Melaka

Kita Berbeza Tapi Mampu Duduk Sekali Jika Saling Faham Hormat Amp Terima Menteri Perpaduan

Sakya Monastery Tibet S Sacred Fortress And Its Ancient Library

Penunggang Kuda Misteri Di Sebuah Banjaran Yang Tersembunyi Di Pir Panjal