Bercuti Tanpa Meninggalkan Rumah Ini 10 Syor Tourism Selangor
Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan di hampir seluruh Negeri di Malaysia, rancangan percutian harus ditunda dan tempahan awal penerbangan dan penginapan perlu dibatalkan atau ditangguhkan ke tarikh yang lain.Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk “bercuti” menerusi alam maya dan menikmati keindahan destinasi pelancongan tanpa perlu meninggalkan rumah menerusi cara-cara berikut:
1. Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.travel bagi merancang percutian ke 9 Daerah di Negeri Selangor pada masa kelak.
2. Berkelah di halaman rumah bersama keluarga tersayang.Minum petang adalah idea yang baik!
3. Ikuti lawatan dalam talian atau online tour.Bagi peminat seni, luangkan masa bersama orang tercinta dengan lawatan maya ke Galeri Shah Alam dengan melayari laman web rasmi mereka di https://galerishahalam.com/video/.
4. Tonton video promosi pelancongan terbaharu dari Tourism Selangor sempena Kempen “NakBercuti? Pusing Selangor Dulu!” di saluran YouTube https://www.youtube.com/watch?v=CHzQdXhtBo0dan langgani saluranYouTube rasmi Tourism Selangor untuk maklumat lanjut tentang produk dan acara pelancongan Negeri Selangor.
5. Memasak makanan tradisional Negeri Selangor yang mesti dicuba sendiri!
6. Khaskan satu diari percutian bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati. Senaraikan segala maklumat yang dapat diperolehi seperti masa, tempat, harga tiket penerbangan dan penginapan, keperluan pakaian, belanjawan dan seleksi restoran terutamanya jika anda mempunyai alahan atau mahukan restoran halal yang menepati mod pengangkutan anda.
7. Ambil ilham dari hotel 5 bintang dengan menghiaskan bilik tidur anda dengan cadar putih bersama tuala mandian yang baru dicuci untuk pengalaman penginapan mewah dirumah.
8. Tonton filem kegemaran bersama yang tersayang di rumah untuk memanfaatkan masa berkualiti bersama.
9. Cetak peta dunia dan tandakan destinasi yang anda pernah lawati dan yang anda ingin lawati pada masa hadapan. Anda juga boleh memulakan dengan peta Negeri Selangor!
10. Cari pakej pelancongan, hotel dan penginapan dalam talian dari masa sekarang untuk mendapatkan tawaran pada harga terbaik untuk rancangan percutian masa hadapan anda.
Dengan senarai ini, kini semua orang boleh bercuti tanpa perlu berjalan jauh dan meninggalkan rumah masing-masing. Pengalaman percutian boleh dinikmati dalam keselesaan dirumah, sambil menjamu makanan yang cukup enak dan bangun dari tidur di bilik mewah bak hotel 5 bintang. Tanpa anda sedari, idea-idea ini akan menemani anda sepanjang tempoh dua minggu ini lagi dan akan sekaligus memberi semangat kepada anda. Cipta memori terindah dengan hanya berada dirumah. Kongsikan senara iini bersama rakan-rakan dan orang tersayang anda.
Baca juga : 20 Idea Aktiviti Dirumah Bagi Anda Dan Anak - Anak Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Patuhi arahan PKP dan kekal berada dirumah. Anda mampu selamatkan diri anda dan orang sekeliling anda. Kami di Tourism Selangor prihatin akan komuniti dan seluruh rakyat Malaysia.#TourismSelangorCares
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2021/01/bercuti-tanpa-meninggalkan-rumah-ini-10.html