Bercuti Di Pulau Perhentian





Setelah mendaki Gunung Sarut, saya dan dua teman bercuti ke Pulau Perhentian pada pertengahan May 2023. Kami menaiki bot dari jeti Kuala Besut dan perjalanan menaiki bot mengambil masa sekitar 40 minit  dengan tambang Rm70 pergi dan pulang. Kami menginap di Coral View Island Resort di Pulau Perhentian Besar



Petang itu setelah check-in, kami berehat dan bersiar di sekitar pantai. Coral View Island Resort menyediakan penginapan yang selesa, kebanyakan bilik mempunyai mini kolam renang persendirian. Kolam renang besar dan taman tema untuk kanak-kanak juga tersedia untuk keluarga berhibur



Kami berjalan di pantai dan ke jeti. Petang itu kami juga mencari pakage snorkling untuk aktivity keesokkan harinya





Hari kedua, kami menyertai aktivity snorkling. Kami mengambil Pakage Long Trip. Disebabkan malam tadi hujan, air laut tidak begitu jernih dan agak beralun hari ini. Tempat pertama lawatan kami adalah Turtle Beach. Kami tidak berlama-lama di sini dan aktivity di Turtle Beach adalah mandi manda. 


Kemudian kami ke spot kedua iaitu Coral Garden untuk snorkling. Kami snorkling di sini sekitar 30 minit. Setelah snorkling kami singgah di Fisherman Village untuk makan tengahari.


Selepas makan dan berehat di Fisherman Village, kami meneruskan lawatan ke Turtle Point. Kami tidak bernasib baik kerana tiada penyu yang menyambut kedatangan kami hari itu. Spot terakhir adalah Shark Point. Jerung di kawasan ini tidak menyerang kami yang snorkling dan berenang di kawasannya. Namun saya yang sedikit sangsi tidak berlama-lama di dalam air kerana setiap kali melihat jerung, saya merasa sedikit gerun. Pakage snorkling berakhir sekitar jam 15:00 petang dan kami kembali ke resort untuk berehat


Petang itu kami keluar sekitar jam 17:30 petang. Kami bercadang ke Long Beach untuk berehat dan ke Kincir Angin di Pulau Perhentian Kecil. Menurut pengusaha bot yang kami jumpa di pantai, kami agak terlewat untuk ke Kincir Angin kerana dari Long Beach kami perlu trekking sekitar 45 minit untuk ke puncak Kincir Angin. Kerana keletihan, kami membatalkan niat dan bercadang ke sana keesokkan paginya. Malam itu kami makan dan berehat di pantai di kawasan resort





Hari ketiga, seawal jam 07:00 pagi kami menaiki teksi bot ke Long Beach. Menyaksikan matahari terbit dari dalam bot kami kemudian menyusuri pantai dan mengikuti papan tanda ke Kincir Angin



Kami trekking dari pantai Long Beach ke puncak Kincir Angin sekitar 20 minit. Trek jelas dan sehala. Ramai pelawat naik dan turun di sepanjang trek kerana inilah cara ke sana memandangkan jety yang dibina di kaki tangga runtuh dan bot tidak dapat menurunkan penumpang melalui jalan air untuk ke Kincir Angin ini.



Setibanya di atas bukit kami nampak dua kincir angin yang besar di dalam kawasan berpagar. Kami kemudian menyusuri jalur sisi pagar untuk ke tangga menghala ke bawah. Pemandangan seterusnya adalah bonus pagi itu setelah mengeluarkan peluh




Pemandangan di bawah sana sungguh cantik. Sayangnya jety tempat bot menurunkan penumpang telah roboh dan pelantar simen yang dibina untuk pengunjung yang datang dengan bot ke kincir angin juga rosak teruk. Pengunjung tidak digalakkan datang ke tempat yang agak berbahaya ini kerana beberapa kemalangan telah berlaku dan pengunjung telah tercedera. Keselamatan adalah tanggungjawap sendiri jika ke sini. Di sebabkan binaan pelantar yang telah musnah, pengunjung hanya boleh turun separuh jalan sahaja dan di tengah bahagian pelantar telah dihadang dari dimasuki.








Kami berehat agak lama di sini sambil menyaksikan panorama indah dan merakam gambar. Kemudian kami turun melalui jalur kami datang tadi dan setelah kami sampai di Long Beach, kami mengambil teksi bot menuju ke Fisherman Village untuk sarapan. Kami meminta pemandu bot menurunkan kami di Masjid Terapung Kampung Nelayan tersebut




Kami melawat sebentar Masjid Terapung Ar-Rahman di Pulau Perhentian ini. Setelah melawat masjid terapung, kami bersarapan di astaka dan setelah itu kami mengambil teksi bot untuk pulang ke resort penginapan kami. Kami kemudian berangkat pulang dan berharap berkunjung lagi ke sini. Moga kali itu nanti, jety dan pelantar kincir angin telah dibaik pulih dengan lebih rapi dan menarik


 Nota: Terdapat banyak jenis penginapan di Pulau Perhentian. Jika anda suka tempat yang meriah, Pulau Perhentian Kecil mungkin memenuhi selera anda dan jika anda suka tempat yang lebih aman untuk bersantai, Pulau Perhentian Besar mungkin pilihan yang baik untuk anda. Sekadar  pandangan saya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2023/05/bercuti-di-pulau-perhentian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelengkapan Yang Wajib Di Bawa Ketika Bercuti Di Pulau

Kelengkapan Yang Wajib Di Bawa Ketika Bercuti Di Pulau

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 144 hits
Perkara Yang Wajib Dibawa Ketika Bercuti di Pulau Ketika semua orang tengah sibuk dengan hal pekerjaan yang membebankan di kota percutian pulau adalah keputusan yang sempurna untuk merasai ketenangan dan keindahan alam semula jadi Namun seb...
Penampakan Bus Jadul Era 90 An Beroperasi Di Pulau Bali Momennya Bikin Nostalgia

Penampakan Bus Jadul Era 90 An Beroperasi Di Pulau Bali Momennya Bikin Nostalgia

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 107 hits
Deretan potret memperlihatkan bus jadul yang pernah beroperasi di Pulau Dewata Bali di era 90 an Penampakannya mampu membuat flashback ke zaman dulu Demikian potretnya melansir dari Instagram sejarahbali Rabu
Makan Tengahari Di Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu Penaga Pulau Pinang

Makan Tengahari Di Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu Penaga Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 211 hits
Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir GebuAku jumpa kedai makan ikan bakar ni hasil dari menggoggle ler Saja je nak cari kedai makan tengahari yang sempoi sempoi sikit area Penaga ni and th...
Wajarkah Pulau Pinang Dikembalikan Kepada Kedah

Wajarkah Pulau Pinang Dikembalikan Kepada Kedah

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 221 hits
PADA tahun 1786 Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah Kedah pada ketika itu menyerahkan Pulau Pinang kepada wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan Light kemudian menamakan semula Pu...
Kes Buli Di Pulau Pinang Polis Siasat Penglibatan Kongsi Gelap

Kes Buli Di Pulau Pinang Polis Siasat Penglibatan Kongsi Gelap

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 142 hits
Polis akan menyiasat sama ada wujud penglibatan kongsi gelap dalam dua kes buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth dan sebuah institusi menengah bawah Majlis Amanah Rakyat di Balik Pulau Pulau Pinang Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Kh...
Koh Lipe Pulau Kayangan

Koh Lipe Pulau Kayangan

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 220 hits
Melawat Satun atau Melawat Pak Bara tidak sah jika hangpa tak melawat Koh Lipe Maldive Of Thailand Aku dah share posting ni dalam Pege Cikgu Joe Satun Hari ini aku share sekali lagi kerana ramai yang terasa terkena bila melawat Koh Lipe tan...
Makan Aiskrim Llaollao Di Design Village Batu Kawan Pulau Pinang

Makan Aiskrim Llaollao Di Design Village Batu Kawan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 133 hits
kedai aiskrim llaollao design Villageada banyak perisa yang korang boleh pilihJalan jalan shopping di Design Village ni waktu tengah panas terik memang satu penyiksaan kering tekak oooo Sekali terpandang kedai aiskrim pulak dalam desgin vil...
Penduduk Di Indonesia Terkejut Penemuan Tembok Besar Di Pulau Papua Rupanya Ada Kaitan Dengan Yajuj Majuj

Penduduk Di Indonesia Terkejut Penemuan Tembok Besar Di Pulau Papua Rupanya Ada Kaitan Dengan Yajuj Majuj

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 382 hits
Penduduk di Indonesia terkejut penemuan tembok besar di Pulau Papua rupanya ada kaitan dengan Yajuj Majuj Gempar penyelidik menemukan tembok misteri raksasa berdiri kukuh di bawah laut sepanjang 110 km di sebelah utara Pulau Papua yang dike...
Isu Pulau Pinang Kedah Punya Hamzah Zainuddin Tegur Sanusi

Isu Pulau Pinang Kedah Punya Hamzah Zainuddin Tegur Sanusi

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 228 hits
Isu Pulau Pinang Kedah punya Hamzah Zainuddin tegur Sanusi Perikatan Nasional mengambil pendirian sekiranya gabungan itu terus membawa isu Pulau Pinang milik Kedah ia hanya akan mewujudkan perasaan tidak senang dalam rakyat menjelang Piliha...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik