Bercuti Di Bangi Resort Hotel
Trip spontan je ni. Hari khamis laki aku whatsapp tanya ada plan apa-apa tak ahad. Pastu elok je dia ajak check in hotel hujung minggu. Aku ingat ok la sabtu ahad kan. Rupanya dia ajak check in Jumaat lagi. Hahahhaha. Boleh tahan laki aku ni bab mengajak. Dia suka tau buat benda spontan macam ni. Aku dah lama tak tune kepala benda ad hoc macam ni. Nak packing barang segala tu. Hahhaa
Laki aku ada game bola sebenarnya area Bangi. Plan asal hari sabtu la aku gerak ikut dia sebab anak aku nak tengok abah dia main bola. Bagi feel bawa anak turun padang la kira nya. Anak aku pun tengah mood main bola je sekarang, bila tau abah dia ada game dia pun tumpang seronok sekali. Tapi sebab rasa jauh sangat nak ke Bangi sabtu tu kalau nak ulang alik sebab game dari pagi sampai ke petang. Itu yang laki aku ajak check in je 2 malam dekat Bangi Resort Hotel. Kami pun tumpang seronok la sekali boleh tidur hotel. Heheh
Ni gambar seawal 8pagi. Orang tak ramai lagi
Ni gambar orang makin ramai waktu petang. Tapi pool luas so okay je
Meriah betul ye hotel ni. Family trip laa company event laa.. mungkin kebetulan cuti sekolah? Aku tak pasti kalau selain cuti sekolah macam mana keadaan sini. Tapi sepanjang 2 malam dekat sini memang rasa happening. Ramai orang dan tak la terasa sepi sangat. Kah kah kah. Tak tau kenapa aku teringat kes dekat Tanjung Jara tu. Sampai sekarang aku tak update lagi post bercuti dekat sana. Sunyi dan privacy habis tempat tu. Haha
Lawak la pula sebab gambar bilik dan gambar lain tak banyak sebab aku banyak ambil video dari gambar. Itu laa lama sangat tak update blog so lupa nak ambil gambar untuk content blog. Bilik nya macam design lama tu tapi ok je untuk kami.
Hotel ni ada restoran De.Wan, The Loaf dengan myBurgerLab. Boleh tengok gambar atas ni. Restoran apa lagi ada. Kira ramai juga orang datang untuk makan je. Tak semua yang datang untuk stay in. Playground pun ada untuk budak-budak main.
Sekian cerita pendek dari aku. Hahah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2023/02/bercuti-di-bangi-resort-hotel.html