Bercuti 3h2m Di Cameron Highland Lavender Garden Abang Strawberry Cophthorn Hotel
Assalamualaikum
Sambung lagi coretan perjalanan ke Cameron Highland. First part boleh baca dekat Part 1
Lepas minum-minum di BOH, kitorang bergerak ke Cameron Lavender Garden. Well, semua tahu nak buat apa kalau dah sampai tempat lavender ni. Yessss. Makan aiskrim perisa lavender. Tiket masuk RM10 untuk seorang dewasa dan satu kon aiskrim RM8.00. Kau rasa? Demi nak merasa, beli aje lah
Tak cukup satu you all. Kena rasa dua-dua. Obviously strawberi lagi sedap. Tapi perisa lavender tak seteruk yang aku sangka. Maybe dia dah improve resepi. Heeeee.
Ada banyak port nak bergambar. Memang instagramable betullah
Tempat dia macam purple castle. Bolehlah perasan jadi princess kejap
Tadaaaaa
Pusing...pusing....pusing....
Welcome to my castle
Snow white and the seven dwarfs
Love lock to make a wish. Aku cuma sibuk makan aiskrim. Tak ada apa nak di wish kan.
Lepas melawat castle yang telah lama beta tinggalkan, Hahaha. Belilah souvenirs or cotton candy sebelum balik. Parking dekat sini ok la. Satu dekat depan Lavender Garden. Satu lagi seberang jalan sikit. It's okay sebab ada orang jaga parking nak tunjuk parking penuh ke tak
After that, singgah lunch dekat 200 Seeds Cafe atau Abang Strawberry. Dekat sini memang famous Nasi Lemak Sambal Strawberry. Tapi banyak menu lain lagi. Pricey? Yes tapi normallah tempat pelancongan. Aku prefer nasi goreng sambal strawberry. Memang sedap. Kalau nak rasa strawberi salut coklat, tak prefer dekat sini. A bit expensive. Singgah je la pasar malam. Lagi gemok dan banyak strawberi boleh dapat walaupun dengan harga sama. Tapi scones dia lagi sedap, lembut dari scones dekat BOH.
Nasi Lemak Sambal Strawberi
Sebelum check in dekat Cophthorne Hotel, kitorang lepak-lepak dulu dekat KHM Straberries & Jam. Dekat sini boleh petik strawberi tapi aku tak rajin. Just nak minum-minum, makan aiskrim, tengok pemandangan. Kat sini tak de designated parking. Sukati lah nak parking tepi jalan tu cemana.
Dah check in tu, rehat-rehat. Malam lepas Isyak baru gerak ke Pasar Malam Golden Hill Brinchang. Sekali masuk parking, RM3. Memang rambang mata nak beli apa. Since masa rombongan sekolah sedekad dulu aku tahan nafsu nak beli apa sebab bukan berduit sangat, kalini aku beli semua benda aku nak. Hahahaha. Puas hati. Paling sedap makan panas-panas keledek goreng yang bulat-bulat tu. Ya Allah sedapnya. Lepas tu jagung rebus, jagung bakar, strawberi coklat, macam-macam lagi lah.
Sempat lagi posing sebelum pergi pasar malam
Esok paginya konon nak mandi kolam. Since indoor swimming pool. Tapi kolam buka pukul 10. Nak berkejar balik lagi. Nak singgah sana sini lagi. Tak dapatlah nak merasa mandi kolam dekat CH.
Bangunan belakang tu lah hotel nya
Stres tak dapat mandi kolam
Hotel nampak macam mahal tapi harga memang murah dan berbaloi. I likeee.
Standard gambar bila datang hotel ni
Thanks to my travel partner yang gigih ambik gambar aku. Dia pulak tak suka bergambar. Elok sangatlah tu pergi travel dengan aku yang suka bergambar. Ihiksss. Nanti sambung entri lain pulak untuk aktiviti hari ke-3.
Hint : coklat
Bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://najwazahid94.blogspot.com/2019/12/bercuti-3h2m-di-cameron-highland.html