Berbuka Puasa Di Atmosphere 360



Hi semuaaa! Apa khabar? Malam tadi dae baru je berbuka puasa di Atmosphere 360. 
Haa ingat tak haritu dae dijemput untuk review buffet ramadhan di Atmosphere 360, tapi dae pergi tu sebelum bulan puasa menjelang. Boleh baca di :
Buka puasa di Atmosphere 360
So kali ini, dae datang lagiiii untuk review bagaimana pula suasana Atmosphere 360 di bulan ramadhan. Dan kali ini juga, dae bawa keluarga sekaliiii. So jom kita tengok apa yang menarik di sini sepanjang bulan puasa.
INFO MENGENAI ATMOSPHERE 360
Masa operasi restoran Atmosphere 360 :11.30 am - 11.00 pm
Masa operasi khas untuk buffet ramadhan :6.30 pm - 11.00 pm
Alamat :Restoran berputar Atmosphere 360,Menara Kuala Lumpur,Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
Untuk reservation:
Hubungi 60320202121 atau klik link di bawah untuk ke laman web mereka 
Klik sini untuk laman web Atmosphere 360

CARA-CARA UNTUK KE ATMOSPHERE 360
Bagi mereka yang baru pertama kali di Menara KL, anda boleh la park kereta anda di parking yang disediakan.

Kemudian, anda perlu menaiki escalator ini

Setelah menaiki escalator, anda akan melihat kaunter yang berwarna ungu itu. Sebut sahaja nama yang telah digunakan untuk reservation, dan mereka akan memberikan tiket sebagai pass untuk menaiki lif dan juga mengandungi info nombor meja anda.

Tadaa inilah tiket dae. Jadi kita tunjuk je semasa hendak menaiki lift ke restoran Atmosphere 360!

Yeayyy sampai. Jangan risau, kalau anda rasa seperti sesat, boleh je tanya staff mereka kerana staff mereka sangat baik! 
Okay, jadi kenapa korang perlu cuba berbuka di Atmosphere 360? Haa jom baca review dae.
SUASANA EXCLUSIVE DI ATMOSPHERE 360
Sebut sahaja nama restoran ini sudah pasti ramai mengetahui bahawa restoran ini bukan calang-calang restoran. Ia merupakan restoran mewah dan ekslusif yang sering dikunjungi oleh VVIP di dalam dan di luar negara! Bukan sahaja itu, ramai juga memilih restoran ini sebagai destinasi makan malam romantis (romantic dinner) bagi menyambut ulang tahun perkahwinan. 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa suasana di Atmosphere 360 kelihatan amat exclusive, relaxing dan romantic! Mereka berjaya menghidupkan suasana untuk tampak mewah. Pihak Atmoshere 360 juga telah memenangi pelbagai anugerah dan sememangnya mereka layak!

Bagi mereka yang berbuka puasa di sini, anda boleh menyaksikan sendiri matahari terbenam dari ketinggian 282 meter dan juga menikmati kecantikan lampu-lampu bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam.

Apa yang menariknya ialah kita berpeluang untuk menikmati juadah sambil melihat ke luar jendela pemandangan yang cukup indah. 

Tempat duduk kami. Yeayy sebelah tingkap!

I really really love the ambience. So exclusive, so romantic!
PELBAGAI JUADAH MENYELERAKAN 
Selain itu, antara sebab kenapa anda perlu berbuka puasa di Atmosphere 360 ialah kerana kepelbagaian juadah yang disajikan! Tahun ini sahaja, lebih 240 jenis juadah yang disajikan oleh chef!  
Dari masakan  Melayu tradisional, ke masakan barat, ke makanan Jepun, semuanya ada untuk bersesuaian dengan selera anda!




Kalau nak berbaloi, memang digalakkan untuk ambil oyster dan segala jenis seafood di sini banyak-banyak sebab dia mahal! Haha




Jangan lupa ambil Salmon juga! Sedapnyaaaaa

Selain itu mereka juga ada membuat sushi on the spot. Anda juga boleh meminta sashimi Salmon!


Nak makan mee pun boleh. Pelbagai jenis mee kita boleh request. Antaranya ialah mee sup, laksa dan lain-lain.

Nak lemang? Ketupat? Rendang? Pun adaaaa

Pelbagai jenis pilihan sayuran-sayuran.

Apa yang menariknya ialah di bulan puasa, mereka ada membuka satu booth lagi iaitu booth dessert. Sebab masa haritu dae datang sebelum bulan puasa, tak ada pula. Jadi ini merupakan satu keistimewaan tambahan khas untuk yang berbuka di sini.



Saje ambil gambar cheese ni sebab cantik! Macam dalam kartun tu hihi.
REDUCE FOOD WASTAGE CAMPAIGN
Meskipun mereka menyajikan 240 jenis hidangan, jangan bimbang kerana mereka telah mengadakan kempen “Reduce Food Wastage,” maka tiada lebihan sisa makanan yang akan dibuang begitu sahaja. 
Mereka hanya menyajikan hidangan mengikut jumlah booking pada hari tersebut. Oleh itu, anda digalakkan untuk book terlebih awal bagi membantu chef menganggarkan kuantiti yang perlu disediakan!
LIVE COOKING
Seiring dengan kempen "Reduce Food Wastage", antara usaha mereka untuk mengurangkan pembaziran ialah dengan mengadakan live cooking! So anda berpeluang untuk menikmati hidangan panas, “fresh from the oven”  di samping dapat mengurangkan pembaziran! Good job Atmosphere 360!

Di section Live Cooking ini, anda boleh pilih nak suruh chef masak on the spot mengikut pilihan hati anda seperti;
Grilled half baby lobster,Salmon brick,Marinated beef,Marinated chicken drumstick,and Sotong bakar! Nyummmyyy!

Masa kitorang tengah makan, tiba-tiba staff dia menghulurkan durian crepe untuk semua orang cuba. Wahhhh saya suka saya sukaaa

So jom makan banyak-banyakkkk!
LIVE GHAZAL

Sambil menikmati makanan, kita pun disajikan dengan live ghazal dan live performance yang merdu! Jadi memang best laaa, happening!
SURPRISE UNTUK ORANG TERSAYANG
Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat sambutan hari jadi secara percuma di Atmosphere 360! Cuma request sahaja kepada staff untuk buatkan kejutan, dan mereka akan membawa kek yang berlilin serta menyanyikan lagu birthday untuk orang tersayang.
Kebetulan birthday abah hari iniiii. So kita pun tumpang celebrate. Weehooo




Happy birthday abah! Abah pun tak sangka dapat cake dan di celebrate begituuu. Memang best la Atmosphere 360 ni, dia tak charge apa pun for that cake! Memang terbaikkkkk la diorang!
NIKMATI PEMANDANGAN KUALA LUMPUR YANG INDAH SECARA 360°  BERSAMA TERSAYANG

Seperti mana yang anda tahu, nama restoran ini ialah Atmosphere 360° kerana restoran ini boleh berputar sikit demi sikit. Jadi one moment anda sedang menghadapa menara berkembar Kuala Lumpur, the next moment anda sedang menghadap menara tertinggi di Malaysia iaitu Tun Razak Exchange pula!


Yang paling I enjoy di sini is definitely the view. Memang cantik dan romantic! 
HALAL CERTIFIED RESTAURANT
Untuk pengetahuan anda, Atmosphere 360 telah diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan mereka turut mendapat anugerah BESS RESTAURANT (Bersih, Sihat, Selamat)

Mereka juga telah memenangi pelbagai anugerah dan ternyata Atmosphere 360 merupakan antara restoran yang terbaik di Malaysia!
Jadi book sekarang semasa masih ada peluang untuk mencuba Atmosphere 360! Boleh lihat poster dibawah untuk rujukan.
KEMUDAHAN SURAU DI KL TOWER

Berbuka puasa di luar sudah semestinya agak rushing untuk solat tetapi jangan risau kerana pihak Atmosphere 360 ada menyediakan dua surau di tingkat yang berbeza!
PRAYER ROOM

Upper Ground Floor – Male (1) and Female (2)TH 03 (Mega View Banquet Room) – Male /Female (1)

HARGA BERBUKA PUASA DI ATMOSPHERE 360, KL TOWER
Harga Buffet Ramadhan tahun ini ialahRM 232 untuk 2 orang
Diskaun 50% untuk 30 tempahan pertamaDiskaun 40% untuk 30 tempahan seterusnya Diskaun 30% untuk 40 tempahan seterusnya
Jadi anda perlu menghubungi pihak Atmosphere 360 untuk mengetahui status diskaun semasa.

Layari www.atmosphere360.com.my 
atau hubungi :
Abdul Salam https://www.wasap.my/+60126604370 Bob https://www.wasap.my/+60126604373 Kim https://www.wasap.my/+60126604371 
Nazrin https://www.wasap.my/+60126604374 Shikin https://www.wasap.my/+60126604375 Susan https://www.wasap.my/+60126202052 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.missdae.com/2019/05/berbuka-puasa-di-atmosphere-360.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Mula Puasa Bln Ramadhan 2020 Di Malaysia

Tarikh Mula Puasa Bln Ramadhan 2020 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 342 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 11 10 PM Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa
Dalil Lafaz Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis

Dalil Lafaz Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 2572 hits
Assalamualaikum Rasanya baru je nieyl post surat pada Monday hari ni dah thursday begitu cepat masa berlalu kan Ada sesiapa yang puasa sunat khamis hari ni Selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti Pagi ni nieyl share sedikik ilmu yang mun...
Bupati Bogor Targetkan Relokasi Korban Banjir Bandang Longsor Rampung Sebelum Puasa

Bupati Bogor Targetkan Relokasi Korban Banjir Bandang Longsor Rampung Sebelum Puasa

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 210 hits
Masa tanggap darurat bencana di Kabupaten Bogor telah berakhir pada 31 Januari 2020 sekaligus menandai dimulainya perbaikan infrastruktur relokasi warga dan revegetasi
5 360 Peserta Berebut 294 Formasi Cpns Kota Bogor

5 360 Peserta Berebut 294 Formasi Cpns Kota Bogor

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 150 hits
Kota Bogor Langkah mereka dimulai dengan menempuh Seleksi Kompetensi Dasar di Gedung Tegar Beriman Cibinong Kabupaten Bogor Rabu
Perlukah Menggantikan Puasa Ahli Waris Yang Meninggal Dunia

Perlukah Menggantikan Puasa Ahli Waris Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 321 hits
Kita sedang berada di bulan Jamadil Akhir Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk menjengah Ramadan Pastinya ramai umat Islam yang sedang berusaha menunaikan hutang mereka terhadap puasa yang ditinggalkan Hutang puasa adalah wajib ditunaik...
10 Rekomendasi Makanan Sehat Yang Baik Dikonsumsi Saat Puasa

10 Rekomendasi Makanan Sehat Yang Baik Dikonsumsi Saat Puasa

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 147 hits
Pola makan yang tepat akan membantu anda untuk memiliki asupan seimbang meskipun sedang berpuasa
Berbuka Dalam Talam Di Tempurung Kitchen

Berbuka Dalam Talam Di Tempurung Kitchen

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum Macamana bulan puasa so far Harini nak berbuka di mana Kalau belum ada plan boleh la try berbuka diTempurung Kitchen 10 1 Jalan Lengkuas D16 D Ken Rimba Seksyen 16 40200 Shah Alam SelangorHarini berpeluang untuk berbuka deng...
Tinggal Puasa Kerana Berpantang Langkah Tahun Kerana Menyusu Ini Penjelasan Mufti

Tinggal Puasa Kerana Berpantang Langkah Tahun Kerana Menyusu Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum ustaz Saya ingin menanyakan satu soalan Bulan puasa tahun lepas saya dalam pantang bersalin Jadinya sebulan puasa saya tidak berpuasa Sekarang pun masih menyusukan anak Usia anak 11 bulan Saya ingin bertanya perlukah saya 1 ...
Doa Buka Puasa Bersendiran Ramai

Doa Buka Puasa Bersendiran Ramai

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 260 hits
Tips Saranan Semasa Berbuka Puasa 1 Ambil Masa Utk Berdoa Sebelum Berbuka Berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa adalah mustajab Nabi Muhammad SAW bersabda
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka

Jangan Kahwin Pada Usia Terlalu Muda

Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord