Berbuat Baik Dibalas Baik Sesungguhnya Rahmat Allah Itu Dekat


Berbuat Baik Dibalas Baik. Jangan takut berbuat kebaikan apatah dalam keadaan sekarang ini, bila lebih ramai yang memilih untuk bersikap pentingkan diri sendiri. Jangan berhenti berbuat kebaikan untuk sekadar melepaskan diri sendiri, kerana mungkin amal kebaikan kita yang kecil itulah yang mengangkat kita ke syurga Allah. 
Setiap kita amat dituntut melakukan amal kebaikan. Kebaikan itu merupakan amal soleh kita sama ada dalam bentuk ibadat kita kepada Allah mahupun segala amal kebaikan sesama manusia dan juga makhluk.


Berbuat Baik Dibalas Baik
Setiap amal kita walaupun kecil, tetap akan dihitung dan mendapat ganjaran setimpalnya. 
Firman Allah;


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ


"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (az-Zalzalah: 7).
Bagi orang yang inginkan kebahagiaan, maka hendaklah dia sentiasa melakukan kebaikan walau sekecil mana sekalipun. Setiap kebaikan itu akan dinilai oleh Allah SWT. Semoga ia menjadi amal yang dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak. 


هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ



"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga" (ar-Rahman: 60)


Allah SWT sentiasa merahmati orang-orang yang berbuat kebaikan dan kebajikan.


وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ


"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (memperbaiki amalannya)" (al-A'raf : 56)
Sesungguhnya orang yang melakukan kebaikan, jiwanya akan sentiasa tenang, damai dan bahagia. Sabda Nabi SAW:


الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ


"Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu" (HR Ahmad No: 18006)
Daripada Nawwas bin Sam’an R.A, Nabi SAW bersabda:


الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ


“Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.” (HR Muslim : No 2553)
Rasulullah SAW hidup dalam kefakiran, sering membolak-balikkan tubuhnya di tempat tidur kerana kelaparan disebabkan tidak ada sebiji kurma pun yang Baginda SAW dapati untuk menahan kelaparannya. Sekalipun demikian, Baginda hidup bahagia, tidak mempunyai banyak tekanan dan jiwanya damai kerana baginda bukan sahaja sentiasa melakukan kebaikan bahkan baginda penyeru kepada kebaikan serta sentiasa memikirkan  tentang kebaikan.


وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ * الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ


"Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam). Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?" (al-Insyirah: 2-3)
Hiduplah dalam kebaikan dan ghairahkan diri untuk melakukan kebaikan. Semoga kebaikan yang kita lakukan walaupun kecil dibayar oleh Allah dengan ganjaran yang besar dan syurga yang tertinggi. 
Tak siapa suka berada dalam kegelisahan siang dan malan akibat kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan. Orang yang memilih kejahatan untuk melalui kehidupan seharian adalah orang yang bodoh, memilih jalan panjang untuk bahagia. Sedangkan.. dalam kebaikan itulah hasilnya ketenangan, yang tak perlu mengheret kesukaran dalam melakukannya.
Jika kita tak suka berbuat baik, ikutlah jalan kita sendiri. Tetapi jangan pula kita menghalang orang lain dari berbuat kebaikan. 
Wallahu'alam.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2021/07/berbuat-baik-dibalas-baik-sesungguhnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Takdir Itu Baik

Semua Takdir Itu Baik

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 297 hits
Semua takdir itu baik Ada hikmah di balik itu Yang merasakan jelek adalah kita Allah itu sama sekali tidak berbuat jelek Takdir Allah tidaklah kejam
Kerajaan Allah Nasib Baik Pasangan Saintis Muslim Tidak Dengar Cakap Hadi Awang

Kerajaan Allah Nasib Baik Pasangan Saintis Muslim Tidak Dengar Cakap Hadi Awang

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 368 hits
MEGAT HANISPresiden Pas Abdul Hadi Awang menggunakan retorik Hanya kerajaan Allah lah yang boleh menamatkan Covid 19 Nampak macam kenyataan biasa dan tidak harmful Kepercayaan agama yang naif dan tidak berbahaya Biasalah orang Islam mestila...
Hiburan Ya Allah Inilah Ayahku Yang Sangat Baik Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia

Hiburan Ya Allah Inilah Ayahku Yang Sangat Baik Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 322 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsian di laman sosial memaklumkan bapanya Ibrahim Lew telah meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi Dalam hantaran itu Ebit berkata dia dalam perjalanan ke hospital untuk membawa...
Kematian Itu Pasti Yang Hidup Sedar Diri Ke Tidak

Kematian Itu Pasti Yang Hidup Sedar Diri Ke Tidak

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 404 hits
Yang kena virus covid dan asbabnya maut MASIH beruntung kerana mempunyai tempoh masa sebelum ajal sampai sekurang kurangnya sempat taubat dan memberi keinsafan aqirat kepada keluarga dan sanak saudara Yang MASIH sihat Jangan zalimi diri sen...
Itu Kenyataan Palsu Pmo Nafi Muhyiddin Letak Jawatan

Itu Kenyataan Palsu Pmo Nafi Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 366 hits
Kenyataan palsu itu turut mendakwa Kabinet sebulat suara menerima peletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan meminta beliau menasihatkan Yang di Pertuan Agong melantik perdana menteri baharu PETALING JAYA Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwa...
Bpk Nilai Kpk Tak Efektif Jubir Sebut Itu Untuk Sektor Aset Dan Barang Bukti

Bpk Nilai Kpk Tak Efektif Jubir Sebut Itu Untuk Sektor Aset Dan Barang Bukti

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 213 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi merespons penilaian pencegahan korupsi oleh KPK era Komjen Pol Firli Bahuri tidak efektif Pencegahan korupsi era Firli tak efektif berdasarkan hasil audit dari Badan Pemeriksa Keuangan
Zahid Hamidi Umno Parti Cakap Serupa Bikin Tidak Perlu Spin Itu Ini

Zahid Hamidi Umno Parti Cakap Serupa Bikin Tidak Perlu Spin Itu Ini

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 249 hits
MALAYSIA DATELINEPresiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Umno merupakan parti yang cakap serupa bikin dan akan buat apa sahaja demi kepentingan rakyat dan negara Apa yang Umno kata Umno akan buat katanya melalui posting di Faceboo...
Boleh Dine In Itu Pendirian Sabah Ketua Menteri

Boleh Dine In Itu Pendirian Sabah Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 277 hits
Boleh dine in di restoran dan kedai makan itu pendirian Sabah Hajiji KOTA KINABALU Sabah sekali lagi mengulangi keputusan untuk kekal membenarkan operasi dine in di restoran kedai makan dan restoran dalam premis hotel Menurut Ketua Menteri ...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik