Berbisa Lagikah Mahathir Pru 15 Ini


 


TUN Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri keempat dan ketujuh ini masih berterusan ‘dipantau’ oleh pesaing politiknya tanpa jemu.
Terbaharu, ura-ura Perikatan Nasional (PN) mahu memikatnya, dengan Utusan Malaysia difahamkan seorang dua pemimpin kalangan ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah ketemu dengan negarawan itu.

Dr. Mahathir telah membina banyak rukun untuk menjadi satu legenda. Kisah hidup beliau sudah pun menjadi pementasan Istana Budaya yang popular, masih belum lengkap sepenuhnya. Kemungkinan ia mempunyai satu dua babak lagi dalam gelanggang akhir, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menarik untuk persembahan seterusnya.
Dr. Mahathir sememangnya masih menjadi bahan berita walaupun tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Februari tahun lalu. Beliau biasanya berjanji akan menjauhkan diri dari arena kerajaan dan politik selepas bersara. Namun, tetap ada sesuatu mengenai diri beliau yang terus bermain di ingatan dan menarik perhatian orang ramai.

Pengumuman awal beliau hanyalah buat seketika sahaja, sama ada dirancangkan atau selepas difikirkan semula. Tidak lama kemudian, Dr. Mahathir mula memberikan komen dalam hampir semua topik – daripada topik-topik kepentingan orang Melayu, ekonomi, mahupun politik negara.
MAHATHIRISME
Walaupun menjangkau usia emas memasuki 96 tahun pada 10 Julai ini, Mahathir ataupun lebih tepat Mahathirisme – jika istilah tersebut boleh digunakan untuk menerangkan segala berkaitan Mahathir – seolah-olah meresap dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Mahathir menjadi Mahathirisme dalam banyak cara. Beliau mempunyai cara sendiri dalam melakukan sesuatu. Tidak ramai yang mempunyai kehebatan pemikiran dan kekuatan jasmani untuk mencapai apa yang telah beliau capai.
Dasar Pandang Ke Timur yang dipraktikkan beliau selepas menjadi Perdana Menteri pada awal 1980-an membawa budaya kerja ala Jepun dan Korea dengan sasaran sampingan untuk tidak bergantung kepada barangan Inggeris. Pada April 1987, beliau hampir kehilangan takhta UMNO sekali gus Perdana Menteri ketika menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan hanya kelebihan 43 undi dalam pemilihan presiden partinya.
Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi mengharamkan UMNO pada 1988 kerana menyalahi Seksyen 12 Akta Pertubuhan 1966, beliau merubah UMNO dengan pantas menerusi penjenamaan ke UMNO baharu. Daya juang beliau terserlah dengan terus mententeramkan keadaan dua tahun kemudian dengan mandat dua pertiga kekal di tangan UMNO dalam pilihan raya umum 1990. Perstrukturan semula UMNO diteruskan. Timbalannya, Ghafar Baba digantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1993.

Pada tahun sama juga, Dr. Mahathir mencetuskan kemurkaan raja-raja dengan meminda Perlembagaan berkenaan kekebalan raja-raja Melayu berikutan peristiwa kecederaan seorang jurulatih hoki. Akta yang penuh kontroversi itu meletakkan raja-raja di bawah lingkungan kedaulatan undang-undang.
Semasa menghadapi krisis kewangan dunia 1997, Dr. Mahathir melancarkan beberapa perubahan dalam ekonomi dan asas fisikal negara. Beliau dengan berani melupuskan Ringgit Malaysia di luar negara, menjadikan mata wang itu tidak sah diperdagangkan. Ini menyebabkan mata wang ringgit melimpah masuk ke dalam negara.
PEMIKIRAN
Beliau memberikan pengecualian cukai sebagai insentif kepada mereka yang membawa masuk semula wang yang banyak ke dalan negara. Seterusnya menghalang pengaliran modal ke luar negara. Tindakan ini dicemuh daripada pelbagai kumpulan. George Soros, raja pelaburan mata wang terkenal mempersendakan Dr. Mahathir dengan menyatakan tindakan itu mengundang kebinasaan. 

Sebaliknya Soros terperanjat bila tindakan Mahathir yang ‘kejam’ itu mendatangkan hasil kerana Malaysia berjaya mempertahankan kestabilan kewangannya tanpa perlu mengambil pinjaman Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) seperti Indonesia dan Thailand.
Gambar Presiden Indonesia, Suharto yang terpaksa menandatangani Letter of Intent (LoI) IMF pada 15 Januari 1998 sambil diperhatikan momen itu oleh bos IMF, Michael Camdessus yang menyilangkan kedua lengan di dada, pantas mengangkat imej Malaysia sekali gus kewibawaan Dr. Mahathir.

Mahathir menjadi Mahathirisme dalam banyak cara. Beliau mempunyai cara sendiri dalam melakukan sesuatu. Tidak ramai mempunyai kehebatan pemikiran dan kekuatan jasmani untuk mencapai apa yang beliau telah capai.
Musa Hitam, Ghafar Baba, Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak antara yang ‘kecundang’ kepada beliau.
Tanpa Dr. Mahathir, mustahil Pakatan Harapan dapat menumbangkan Barisan Nasional yang berkuasa lebih enam dekad pada 9 Mei 2018.
Dr. Mahathir berani mengutarakan pendapat dan bertindak sementara yang lain hanya berani berfikir. Dipercayai inilah yang didambakan PN kerana Mahathir telah membuktikan beliau sentiasa berjaya mencorakkan sesuatu – dalam keadaan aman dan juga semasa berlaku pergolakan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/berbisa-lagikah-mahathir-pru-15-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadilan Pagoh Sedia Hadapi Pru Tolak Kerjasama Tun Mahathir Pejuang

Keadilan Pagoh Sedia Hadapi Pru Tolak Kerjasama Tun Mahathir Pejuang

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 220 hits
KEADILAN Cabang Pagoh yang melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang baru baru ini menyatakan kesiap siagaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 yang mungkin diadakan pada tahun ini Menurut kenyataan KEADILAN Pagoh beberapa usul pent...
Penyertaan Mahathir Ke Dalam Pn Perlu Diberi Perhatian Annuar

Penyertaan Mahathir Ke Dalam Pn Perlu Diberi Perhatian Annuar

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 212 hits
Annuar rasa tak elok Zahid didesak berundur Walaupun dilihat berseteru dengan Ahmad Zahid Hamidi bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini menyatakan rasa kurang senangnya terhadap gesaan sesetengah pihak agar presiden Umno itu berun...
Mahathir Pn Still Trying To Get Me On Board But I Can T Do It

Mahathir Pn Still Trying To Get Me On Board But I Can T Do It

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 263 hits
INTERVIEW There are ongoing attempts to bring Dr Mahathir Mohamad on board the Perikatan Nasional coalition the former prime minister has revealed In a Malaysiakini interview yesterday Mahathir said the efforts did not work as he cannot wor...
I Was Perikatan S Pm Candidate Says Dr Mahathir And I Was Obstacle Adds Najib

I Was Perikatan S Pm Candidate Says Dr Mahathir And I Was Obstacle Adds Najib

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 203 hits
Since the beginning I was the candidate That was how Hamzah Zainudin could get statutory declarations from Hadi from Najib and from the others Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has asserted that he was Perikatan Nasional s choic...
Saya Sudah Terlalu Tua Untuk Jadi Pm Sekali Lagi Dr Mahathir

Saya Sudah Terlalu Tua Untuk Jadi Pm Sekali Lagi Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 412 hits
suaramerdeka com TUN Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak ada keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri kerana sudah terlalu tua Katanya pada usia 95 tahun minat untuk menjadi Perdana Menteri sudah tiada tetapi beliau lebih bermin...
Kegagalan Ketua Kau Mahathir Dan Kau Sendiri Yang Diam Dan Tidak Selesaikan Ptptn

Kegagalan Ketua Kau Mahathir Dan Kau Sendiri Yang Diam Dan Tidak Selesaikan Ptptn

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 221 hits
PH gagal sebagai kerajaan kerana tersalah letak keutamaan tak faham sentimen Melayu kata Wan Saiful April 16 2021 PETALING JAYA Tindakan Pakatan Harapan menutup ruang perbincangan mengenai agama dan bangsa selepas menawan Putrajaya menyumba...
Mahathir Akan Kehilangan Penyokong Terakhir Nya

Mahathir Akan Kehilangan Penyokong Terakhir Nya

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 330 hits
Mahathir 0 kepentingan peribadi dia AKAN bersuara dan berpendirian untuk negara bangsa dan ugama tercinta walau bersendirian ITU umum dan sudah lama DIKETAHUI itulah kualiti dan perjuangan nya dan atas ITU jugalah dia MASIH ada follower teg...
Siasat Zeti Siasat Juga Mahathir

Siasat Zeti Siasat Juga Mahathir

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 396 hits
SIASAT Mahathir untuk lunaskan hati banyak pihak SIASAT untuk disabit atau dibersihkan Mahathir ada hubungi ZETI semasa Najib MASIH PM dan bagaimana SESEORANG telah membocor dan mengkhianati taskforce yg mahu bertindak ke atas Najib Mahathi...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord