Berbaloikah Membuat Refinance Rumah Masakini


Tambah Kewangan Dengan Refinance | Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia, memberi kesan kepada masalah kewangan orang ramai. Sumber kewangan terjejas apabila ada yang gajinya dipotong dan ada yang dibuang kerja hingga menjejaskan jadual pembayaran serta komitmen bulanan hingga ada pembayaran tersangkut.


Pelbagai cara dibuat untuk ramai orang untuk meyelesaikan masalah hutang yang tidak susut dengan meminjam dan juga mencatu serta memotong facility yang sedia ada. Ada yang menjual barang kemas dalam simpanan demi untuk kesinambungan hidup.





Pernah tak anda terfikir untuk mendapat sumber kewangan dari sumber yang sah dan diyakini serta mendapat jumlah yang boleh melegakan dari menjadi mangsa kejaran oleh pihak bank.


Sekiranya anda mempunyai rumah, apa kata anda refinance rumah tersebut. Masih ramai yang tidak faham apa itu refinance. 


Bila bercakap pasal refinance rumah, pasti ramai yang risau sebab kos pembayaran rumah anda akan menjadi lebih tinggi tapi sebenarnya ianya adalah salah satu cara anda untuk mendapat sumber kewangan dengan mudah dan sumber wang tersebut boleh anda gunakan untuk membayar hutang-hutang yang dengan interest tinggi seperti kredit kad atau pinjaman peribadi


Baca sampai habis penerangan dan panduan mengenai refinance rumah dan cara refinance rumah yang pernah saya bantu buat seorang rakan.


Apa Itu Refinance ?Pembiayaan semula atau refinance (overlap) ialah satu proses pertukaran gadaian sari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Pinjaman kenderaan dan perumahan merupakan dua jenis bentuk pinjaman yang biasanya dilakukan pembiayaan semula oleh pengguna. 



Bagi pembiayaan pembelian hartanah kediaman, tempoh maksimum adalah selama 35 tahun.  Tempoh yang lama biasanya  ada kaitan dengan caj bayaran faedah yang tinggi di samping risiko lain seperti inflasi dan sebagainya




7 Perkara Penting Sebelum Membuat Permohonan Refinance 1) Kelayakan Untuk Meminjam
Ini sangat penting untuk mengetahui samada layak atau tidak untuk mendapatkan pinjaman sebelum membuat permohonan refinance.


Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyemak kelayakan dan membuat pengiraan sendiri menggunakan aplikasi mudah untuk membuat pengiraan sendiri. Disitu anda akan mendapat gambaran jelas berbaloikah membuat refinance rumah masakini berikutan keadaan semasa.


Selain dari itu, anda boleh mendapatkan bantuan agensi-agensi yang membuat perkhidmatan dan membuat semakan kelayakan anda.




2) Laporan CCRIS


Tak kira pinjaman apa sekalipun, laporan CCRIS sangat memainkan peranan yang sangat besar. Sekiranya laporan CCRIS tidak cantik, ada kemungkinan yang anda tidak dapat meneruskan hasrat untuk refinance rumah.


Walaupun rumah yang hendak refinance itu bernilai jutaan ringgit sekalipun, ianya tidak berguna kerana bank tidak akan memberi kelulusan. Jadi, pastikan yang laporan CCRIS anda cantik dan setiap pembayaran semula telah dikemaskinikan. 




3) Harga Pasaran Rumah
Anda perlu mengetahui anggaran harga pasaran rumah anda sebelum memilih untuk refinance dengan mencari rumah sama jenis pada lokasi yang sama, dengan menggunakan laman web hartanah, antaranya PropertyGuru.


Kemudian, anda boleh menawarkan harga yang lebih rendah (mungkin kurang 15-20%) kepada bank apabila membuat permohonan refinance.


Peluang untuk permohonan anda diluluskan juga tinggi kerana kebanyakan pemilik rumah yang lain selalunya menjual pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran.




4) Jumlah Kos Refinance Rumah
Seperti pinjaman yang lain, refinance juga mempunyai kos-kosnya tersendiri yang harus diberikan perhatian samada berbaloi atau tidak untuk anda refinance rumah.


Antara kos refinance adalah kos duti setem, yuran penilaian dan yuran guaman, yang mana mungkin mengambil dalam 2-3% daripada harga pinjaman refinance.


Selain itu, terdapat juga kos penalti bank yang dikenakan pada pinjaman terdahulu. Anggaran kos penalti adalah 2-3% daripada harga pinjaman asal dan selalunya dikenakan selama 2-3 tahun sahaja. Jumlah kos penalti sebenar boleh didapati dari bank anda.
 


5) Ketahui Lock-in Period Rumah Anda
Apabila beli rumah baru, salah satu syarat dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) adalah tempoh terkunci yang ditetapkan oleh bank supaya pembeli tidak boleh menjual rumah tersebut terlalu awal sebelum habis bayar faedah dan prinsipal.


Biasanya lock-in period ni lebih kurang 3-5 tahun, tapi kalau keras kepala nak jual rumah sebelum tamat tempoh, penalti bayaran adalah sebanyak 2-5% dari jumlah pinjaman.


 
6) Aliran Wang Tunai (Cash Out)
Penting untuk mengetahui berapa jumlah wang tunai atau dipanggil sebagai cash out yang akan diperolehi.


Dengan itu, barulah anda dapat menentukan samada wang tunai yang akan diterima daripada pinjaman itu mencukupi atau tidak untuk memenuhi sebab anda membuat refinance tersebut.




7) Telili Pakej Pembiayaan Semula Bank Lain
Teliti dan buat perbandingan bank yang mana menawarkan pinjaman paling baik dan berbaloi untuk anda.


Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih bank adalah kadar faedah, jenis pinjaman (fully-flexi atau semi-flexi), dan tempoh berkunci.


Rancang strategi pembiayaan semula secara long-term dan dapatkan nasihat serta bantuan dari banker sekiranya anda buntu dalam membuat pemilihan.




Kenapa ramai pemilik rumah membuat refinance keatas rumah yang dimiliki ?
Memperoleh cashback dari kenaikan nilai hartanah 
Sebagai contoh, jumlah pinjaman tertunggak bagi rumah anda berjumlah RM250,000.00 dan nilai semasa rumah tersebut ialah sebanyak RM350,000.00. Anda boleh membiayai semula 90% daripada 350,000.00 (iaitu 315,000.00). Wang tersebut dapat melangsaikan pinjaman lama dan anda akan mendapat lebihan sebanyak RM65,000.00 sebagai simpanan tunai. 



Selain disimpan, wang tunai RM65,000 boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang interest tinggi seperti kad kredit, hutang kereta, membiayai pendidikan anak anda, memulakan perniagaan baru atau membeli emas yang akan memberi pulangan yang lebih baik.


Mengurangkan faedah pinjaman anda
Kadar pinjaman asas (KPA) atau Base Lending Rate (BLR) merupakan istilah yang biasa digunakan dalam pembiayaan pinjaman perumahan dan perubahan dalam KPA akan mempengaruhi kadar faedah pinjaman perumahan. 


Andaikan kadar faedah tetap pinjaman perumahan anda sebanyak 6.85% setahun. Sebuah bank lain menawarkan pembiayaan semula dengan kadar faedah semasa sebanyak 4.35% setahun. Melalui refinance anda dapat melakukan penjimatan sebanyak 2.5% setahun sepanjang tempoh pinjaman anda. 


Sebagai contoh nilai sebuah apartmen berharga RM300,000. Dengan perbezaan kadar faedah sebanyak 2.5% itu ianya dapat memberikan penjimatan sebanyak RM7,500 setahun atau RM625.00 sebulan


Mengurangkan komitmen kewangan bulananSetelah membayar hutang-hutang lain, anda hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).


Bagi individu yang mempunyai komitmen kewangan bulanan yang tinggi, pelan pembiayaan semula dengan tempoh pembayaran yang lebih panjang membolehkan anda membayar ansuran bulanan yang lebih kecil dan lebih penjimatan apabila bayaran bulanan anda adalah lebih rendah.


Bagi mendapatkan anggaran kasar nilai hartanah anda di pasaran semasa, anda boleh membuat carian di internet penyenaraian hartanah-hartanah yang serupa atau meneliti harga transaksi sebenar dan terkini bagi hartanah sekunder (subsale).


Bagaimanakah Proses Refinance Rumah BerlangsungProses refinance rumah lazimnya mengambil masa antara 2-3 bulan atau sehingga 6 bulan bergantung pada sesetengah kes. Pihak bank perlu mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada pihak berkuasa negeri berkenaan berkenaan hartanah pegangan pajak dengan hak milik strata atau individu.


Bagi menjimatkan masa dan melancarkan proses, adalah lebih baik anda sediakan kesemua dokumen sokongan. Jika skor kredit anda kurang baik, bank mungkin akan meminta dokumen tambahan sebagai bukti kestabilan kewangan anda dan ini boleh melengahkan proses kelulusan.


Selepas memproses permohonan, bank akan melantik penilai untuk memeriksa rumah anda. Penilai akan menyediakan laporan penilaian yang mengandungi nilai hartanah anda yang sah untuk diserahkan kepada bank.


Sebaik sahaja pinjaman anda diluluskan, anda akan menandatangani perjanjian pinjaman bank dengan peguam lantikan bank. Bank kemudian akan menyelesaikan pinjaman sedia ada dengan pihak bank ‘lama’ anda, seterusnya memasukkan nilai tunai selebihnya ke dalam akaun bank anda untuk tindakan lanjut.




Jadi, bagi anda yang berhajat untuk membuat refinance rumah ini, pastikan anda faham perkongsian ini dan semoga ianya dapat membantu anda yang sedang mempertimbangkan untuk membuat pinjaman refinance.


Pastikan anda juga bijak dalam menggunakan wang lebihan dari refinance rumah memandangkan keadaan semasa dan dengan wabak Covid-19 yang masih belum hilang sepenuhnya.

21:08

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/02/berbaloikah-membuat-refinance-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Cara Membuat Pewangi Rumah Dan Sentiasa Bersih

4 Cara Membuat Pewangi Rumah Dan Sentiasa Bersih

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 224 hits
Seminggu sekali mesti kemas rumah habis habisan macam basuh bilik air mop lantai dan sebagainya Setiap hari rutin mengemas sapu lantai kemas dapur susun pinggan itu biasalah kan Bila datang rajin habis semua nak kemas dari depan sampai bela...
Menantu Acu Pistol Kerana Mentua Sering Campuri Hal Rumah Tangga

Menantu Acu Pistol Kerana Mentua Sering Campuri Hal Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 156 hits
JAKARTA Gara gara tidak tahan dengan sikap mentua yang sering masuk campur dalam urusan rumah tangganya seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan bertindak mengacukan pistol ke arah mereka serta mengugut untuk melepaskan tembakan lapor lam...
Ekin Tertek4n Ramai Spekulasi Rumah Tangga Goy4h Kerana Tak Hadir Pelancaran Filem Mawi

Ekin Tertek4n Ramai Spekulasi Rumah Tangga Goy4h Kerana Tak Hadir Pelancaran Filem Mawi

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 158 hits
Terus menerus diasak dengan pertanyaan mengenai hubungan rumah tangganya dengan Mawi Ekin Rahmat mengakui emosinya terganggu serta mengalami ment4l breakdown Ramai yang menghantar pesanan bertanyakan keadaan Ekin seolah olah mahligai yang d...
Ebby Yus Dapat Bantuan Bina Rumah Baru Ini Jumlah Bantuan Yang Dia Dapat

Ebby Yus Dapat Bantuan Bina Rumah Baru Ini Jumlah Bantuan Yang Dia Dapat

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 206 hits
Kuala Lumpur Pelakon dan pelawak Ebby Yus menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56 000
Nasib Ada Gim Di Rumah Kim Jongkook Terus Bersenam Meski Positif Covid 19

Nasib Ada Gim Di Rumah Kim Jongkook Terus Bersenam Meski Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 177 hits
Rasa semua mengetahui bahawa beberapa ahli Running Man disahkan positif COVID 19 baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Salah seorang daripadanya ialah Kim Jong kook di mana dia menjalani ujian PCR dek mengalami simptom ringan dan menerima keputus...
Selebriti Adamsautismfamily Pasrah Pindah Rumah Jiran Mengadu Anak Autisme Bising

Selebriti Adamsautismfamily Pasrah Pindah Rumah Jiran Mengadu Anak Autisme Bising

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 138 hits
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di Instagram adamsautismfamily PETALING JAYA Seorang bapa Iman Wan membuat keputusan untuk berpindah selepas meluahkan rasa kekecewaan susulan kontrak rumah sewanya gagal diperbaharui oleh pemilik Men...
Potret Rumah Mewah Terbengkalai Selama 10 Tahun Bekas Bunuh Diri Ini Kamarnya

Potret Rumah Mewah Terbengkalai Selama 10 Tahun Bekas Bunuh Diri Ini Kamarnya

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 231 hits
Potret salah satu rumah mewah di bilangan Jakarta yang terbengkalai selama 10 tahun lamanya Kabarnya pemilik rumah tersebut merupakan seorang wanita yang sengaja mengakhiri hidupnya dengan gantung diri di rumah tersebut Simak ulasannya
Dakwa Jiran Mengadu Anak Bising Keluarga Adam Autism Akur Terpaksa Pindah Rumah

Dakwa Jiran Mengadu Anak Bising Keluarga Adam Autism Akur Terpaksa Pindah Rumah

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 226 hits
Adam s Autism Family yang berkongsi secara terbuka mengenai perkembangan anak mereka menjadi bukti bahawa menjaga anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah Rata rata memuji ketabahan keluarga ini membesarkan anak autism sekali gus membuka m...
Fakta Menarik Film Kukira Kau Rumah Sampai Konsultasi Ke Psikolog

Fakta Menarik Film Kukira Kau Rumah Sampai Konsultasi Ke Psikolog

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 225 hits
Mengangkat isu kesehatan mental film Kukira Kau Rumah ini layak banget kamu tonton
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik