Berat Makin Meningkat Tubuh Tambah Panjang Lama Tak Dengar Khabar Ainul Bapa Ubat Rindu Rakyat Malaysia


Ainul Mardhiah sudahpun selesai melakukan pembedahan mengeluarkan ketumbuhan tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya dan sekarang berada dalam keadaan yang sihat.
Rata-rata rakyat Malaysia masih menantikan khabar adik Ainul di sana dan mahu mengetahui perkembangannya dari semasa ke semasa.
Berikutan itu, Ahmad Safiuddin selaku bapa meluangkan masa tampil menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan kepadanya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Saya doakan semuanya sihat dan sentiasa dalam rahmatNya.
Hari ni sempat baca beberapa PM di facebook, tapi maaf sebab tidak dapat membalas di setiap PM yang masuk, tapi saya akan jawab di posting ini secara umum yang saya kira ramai bertanya soalan yang hampir sama :
1. Apa khabar ainul?
Jawapan : Ainul sihat alhamdulillah. Semakin aktif dan sekarang tangan dia makin cepat masuk ke mulut.
Lepas tu disebabkan ainul ini jari dia panjang-panjang, bila dia masukkan jari ke mulut, dia sendiri terbatuk sebab jari hampir ke tekak. selepas itu, dia menangis.
Sendiri buat, sendiri menangis. Lepas tu dia buat lagi. Alahai anak. Kaki dan tangan pun dah mula aktif. Dah pandai tak mahu tidur juga ainul sekarang ni. Lain-lain keadaanya juga bertambah baik, berat pun semakin meningkat and tubuh badannya bertambah panjang.
2. Apa amalan ibu bapa Ainul?
Jawapan : Tidak ada amalan yang spesifik. Kami orang biasa sahaja. Masih banyak buat perkara silap berbanding buat perkara yang betul. Tapi inshaAllah sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan hari demi hari
3. Bagaimana ibu bapa ainul boleh kuat dan redha?
Jawapan : Sebagai muslim, kami sangat yakin yang Allah itu tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Sebenarnya kami telah lalui banyak fasa. Sedih, beremosi dan hilang arah sebelum kami diberi sedikit kekuatan pada hari ini. (asbab doa dari kalian semua)
Kami pilih untuk tidak bersedih sebab kami sebagai ibu bapa ainul tahu, jika kami lemah atau sering bersedih, maka ainul pun akan turut lemah dan sedih seperti kami. Jadi kami perlu kuat demi anak.

Sebenarnya kunci utama bila dilanda ujian atau musibah adalah prasangka kita pada Tuhan. Kalau kita sangka baik, dapat baik. Sangka tak baik, maka dapat yang tidak baik.
Seterusnya, kebergantungan kita terhadap Tuhan. Kami yakin, Allah sahaja lah zat yang berhak untuk menentukan perjalanan hidup kami. DIA tahu apa yang terbaik buat semua hamba-hambaNya. Semua ini adalah perancangan Allah, Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana. 
4. Adakah masih terima duit sumbangan?
Jawapan : Alhamdulillah, rakyat malaysia sangat pemurah hati. Pada masa sekarang ini kami rasa tidak perlu lagi. Mungkin tuan/puan yang pemurah hati ini, boleh salurkan duit itu kepada orang lain yang mungkin nasibnya sama seperti ainul.
Kami yakin, di luar sana ada ramai bayi atau kanak-kanak yang perlukan bantuan kita semua. Jadi, bantu lah mereka agar urusan mereka dipermudahkan.
” Permudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita “
Untuk bahagian ainul, kami hanya minta DOA sahaja. Sebab doa itu lah senjata paling utama bagi ainul. Doakan semoga Allah berikan ainul kesembuhan secara total. Semoga ketumbuhan yang pernah berada di tubuh badan ainul dahulu tidak lagi kembali dengan izinNya.
5. Bila akan pulang ke malaysia?
Jawapan : Bila ainul dah ready dan habiskan sisa rawatan di sini, inshaAllah kami akan pulang ke malaysia. Untuk tarikh yang tepat, maaf kami belum pasti.
6. Bila ainul balik malaysia nanti, boleh ke kami melawat ainul?
Jawapan : Boleh. Tapi untuk kebaikan dan kesihatan ainul, sebelum mahu datang melawat, seeloknya beritahu kami dahulu. Mungkin kami hanya akan tetapkan sehari hanya seorang atau satu keluarga sahaja datang melawat.
Hal ini sebenarnya untuk mengelakkan ainul daripada dijangkiti kuman. Ini juga adalah nasihat doktor kepada kami.
Ainul masih dalam fasa recover, immune sistem dia mungkin belum cukup kuat, setelah melalui ujian yang lama, ainul perlu rehat untuk kuatkan semula sistem tubuh badannya.
Jadi, kami dengan rendah diri minta tuan puan untuk faham keadaan ainul dan kami minta maaf jika permintaan kami ini telah mengguris hati tuan puan semua.
7. Boleh ke nak bagi hadiah pada ainul?
Jawapan : Boleh. Tidak ada masalah. Terima kasih kami ucapka
8. Kenapa dah lama tak update tentang ainul?
Jawapan : Kami di sini walaupun tidak bekerja, tapi kadang-kadang bila berada di hospital, terlupa dan tak teringat nak update. Jadi kami minta maaf sangat sangat. Apa pun, kami akan cuba update perkara-perkara penting untuk tuan puan semua.
9. Boleh ke nak simpan gambar atau video ainul?
Jawapan : Kami kira, ainul ini dah menjadi buah hati rakyat malaysia. Kami tidak mampu menghalang sebab gambar dan video itu pun kami sendiri yang muatnaik di facebook/IG kami.
Cuma kami minta orang ramai tidak menyalah guna gambar anak kami untuk perkara-perkara yang tidak elok. Sebaiknya, jika tengok gambar dan video ainul, sedekahkan Al Fatihah buat dirinya, mudah-mudahan Allah berikan kebaikan buat ainul dan kita semua. InshaAlla
10. Rakyat malaysia mendoakan kebaikan buat ainul
Jawapan : Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan. Ramai juga PM yang beri kami kata semangat dan doa. Terharu dibuatnya.
Kami doakan semoga doa doa yang baik itu Allah kembalikan semula kepada anda dan keluarga. Amin!
Berikutan hantaran yang dimuat naik oleh Ahmad Safiuddin itu, rata-rata netizen seakan-akan memahami dirinya dan turut mendoakan kesihatan adik Ainul.
“Uncle doakan sangat-sangat agar ketumbuhan itu tidak kembali lagi”

“Xpe.. kami faham kalau tak update pun.. tuan puan perlu juga masa berehat dan bersendiri”

Sumber: Ahmad Safiuddin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/25/berat-makin-meningkat-tubuh-tambah-panjang-lama-tak-dengar-khabar-ainul-bapa-ubat-rindu-rakyat-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ainul Mardhiah Beri Bayangan Bakal Balik Malaysia Tak Lama Lagi

Ibu Ainul Mardhiah Beri Bayangan Bakal Balik Malaysia Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 297 hits
Bayi kesayangan Malaysia Ainul Mardhiah masih lagi berada di London selepas pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya Menurut perkembangan kesihatan yang kerap kali dimuat naik oleh ibu bapanya di laman sosial bayi tersebut sudah s...
Mengantuk Cari Mama Main Cari Walid Makin Sihat Ni Ainul Dah Panjang Akal

Mengantuk Cari Mama Main Cari Walid Makin Sihat Ni Ainul Dah Panjang Akal

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 206 hits
Mengantuk cari mama main cari walid Ainul Mardhiah makin menunjukkan perkembangan positif Selepas pembedahan bayi ini semakin bijak dan panjang akal Ainul Mardhiah 10 bulan mengalami Germ Cell Tumor kini sedang dirawat selepas menjalani pem...
Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 617 hits
Kisah adik Ainul Mardhiah yang menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang prihatin sebelum ini telah dilaporkan selamat menjalani pembedahan kelmarin Ainul yang menghidapi kanser mulut Germ Cell Tumor yang sebelum ini seperti...
Ibu Bapa Terasa Hati Ainul Dirawat Di Uk Dipertikai Kerana Ini

Ibu Bapa Terasa Hati Ainul Dirawat Di Uk Dipertikai Kerana Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 318 hits
RUMAH siap pahat berbunyi walaupun ketumbuhan di mulut bayi sembilan bulan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap Germ Cell Tumour berjaya dikeluarkan namun ada segelintir pihak mempersoalkan tentang pembedahan itu yang dilakukan di ...
Ibu Bapa Ainul Terharu Tun M Sanggup Luang Masa Melawat Adik Ainul

Ibu Bapa Ainul Terharu Tun M Sanggup Luang Masa Melawat Adik Ainul

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 311 hits
Kisah hidup bayi bertuah Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan akibat Germ Cell Tumor di mulutnya ternyata mendapat perhatian daripada setiap lapisan masyarakat Lebih bermakna lagi Ainul menerima lawatan daripada tetamu istimewa iaitu pe...
4992 Mudahkan Rakyat Buat Aduan Kegiatan Judi Utusan Malaysia 17 06 2019

4992 Mudahkan Rakyat Buat Aduan Kegiatan Judi Utusan Malaysia 17 06 2019

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia dan kerajaan digesa supaya mewujudkan pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakat sertai kempen banteras judi haram Penyediaan pusat saluran maklumat itu juga supaya memudahkan data data butiran mereka t...
Hari Raya Adalah Pemangkin Rakyat Malaysia Untuk Mengurangkan Sisa Makanan

Hari Raya Adalah Pemangkin Rakyat Malaysia Untuk Mengurangkan Sisa Makanan

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 590 hits
Carousell salah satu daripada pasar iklan baris terbesar dan paling pantas di dunia menjalankan kaji selidik dalam aplikasinya yang menarik seramai 1 724 responden mengumpul beberapa pandangan ke dalam pembersihan rumah tradisional atau mer...
Nelayan Diculik Bukan Rakyat Malaysia Timbalan Kpn

Nelayan Diculik Bukan Rakyat Malaysia Timbalan Kpn

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 345 hits
Sepuluh kru bot nelayan yang didakwa diculik penjenayah rentas sempadan berhampiran perairan Tawi Tawi selatan Filipina awal pagi Selasa disahkan bukan rakyat Malaysia Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata siasatan awal me...
Tak Percaya Suami Raja Malaysia Sebenar Isteri Sultan Muhammad V Garap Momen Cinta Buat Tatapan Rakyat

Tak Percaya Suami Raja Malaysia Sebenar Isteri Sultan Muhammad V Garap Momen Cinta Buat Tatapan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 721 hits
Permaisuri kepada Sultan Kelantan Rihana Oksana Petra dilihat semakin aktif berkongsi perkembangan hidupnya bersama Sultan Muhammad V melalui media sosial Terkini bekas ratu cantik Moscow itu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pada 21 ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya