Berat Dugaan Keluarga Kamu Dhamira Tapi Inilah Kehidupan Situasi Kita Setiap Satu Tak Pernah Sama


Dalam hidup ini tiada seorang pun yang sepi daripada ujian. Cuma bentuk ujian yang menimpa itu berbeza atas seorang daripada seorang yang lain. Ada sesetengah orang Allah beri ujian yang kecil dan ada pula ujian yang besar ikut kemampuan seseorang hambanya.
Tapi, kepada insan yang kuat tidak pernah mengeluh walaupun secebis ayat seperti ‘haih’, ‘alaahh’ semua itu. Bayangkan seorang kanak yang kecil terpaksa menerima ujian hidup keluarganya yang boleh dikatakan susah. Walaupun kita tahu ramai yang susah dahulu, tetapi pada zaman sekarang ini mungkin sangat terbeban dengan kemiskinan.
Gambar Hiasan Kisah yang diceritakan oleh Suhaili Baharudin tentang kawan anak kecilnya yang sering saja ‘mengepau’ makanan rakan yang lain semasa di sekolah. Bunyi agak pelik, tetapi itulah lumrah kehidupan yang sedang dilalui oleh kanak kecil yang bernama Nur Dhamira. Suci namanya yang bermaksud jiwa.
Beberapa bulan lepas Amanda balik dari sekolah bercerita tentang seorang kawan dia yang waktu rehat tak ada kerja lain kecuali mengepaw makanan kawan-kawan. Amanda (anak Puan Suhaili) kata dia perasan yang si Dhamira ni memang tak membeli dikantin. Cuma makan sesudu dua dari makanan kawan A dan kawan B. Sekadar cukup untuk mengalas perut.
Kesian agaknya, satu hari anak den tu beri seringgit. Berlari budak tu ke kantin tapi rupanya cuma beli air. Dahaga amat barangkali.
Selepas kejadian itu, pasangan suami isteri ini memberi duit lebih kepada anaknya untuk diberi kepada anak yang kuat dan berjiwa kental ini. Bermula esoknya, Amanda diminta oleh daddy dan mommy bawa duit lebih ke sekolah. Setiap waktu rehat dia kena pass duit itu pada Dhamira tanpa culas. Oh mereka berdua lain kelas jadi waktu rehat dikantin adalah tempat pass duit.
Jadi yes, kami menanggung anak orang yang kami langsung tak kenal siapa dan entah apa cerita disebaliknya. Eh ini bukan cerita riak tau sebab bukan banyak mana pun belanja kantin sekolah rendah tu. Dan ianya langsung tidak membebankan. Ia lebih kepada mendidik Amanda supaya lebih empati, penuh rasa belas, memahami bahawa setiap kasut itu tidak sama ceritanya.
Inilah wajah si cilik Amanda anak kepada Puan Suhaili Selepas hampir 4 bulan, ada satu hari tu Kak Eli dan suami jemput lambat dari sekolah. Amanda dan Malaeka meluru datang sambil cakap’ mommy itu Dhamira!’
Polos. Wajahnya seperti kanak-kanak lain. Bersih tiada dosa. Kak Eli turun dan datang pada dia yang berdiri seorang diri di kantin. Tunduk dan pegang kedua tangan dia sambil dongak bertanya.
Tunggu siapa?
‘ Mama.‘
Mama kerja dimana?
‘ kilang’
Rumah dimana?
‘kampung ***’
Dhamira dapat tak duit Amanda beri hari-hari?
Angguk.
Okey. Kamu beli makanan tau. Jangan minta makanan kawan lain dah. Kalau tak cukup bagitahu Amanda ya?
Angguk.
Kemudian jangan beli air manis. Sirap oren sarsi semua tu tak mau. Minum air kosong aje bawa dari rumah. Baru kita sihat. Kenapa tak bawa bekal air?
‘Mama kata tak ada duit nak beli bekas.’
Kenapa kamu tak bawa duit belanja?
‘Mama kata belum gaji.’
Sungguh kental jiwanya melalui pahit getir hidup pada usia 7 tahun. 
Berat dugaan keluarga kamu Dhamira tapi inilah kehidupan. Situasi kita setiap satu tak pernah sama. Jalan cerita kita juga berbeza. Tak semua perjalanan hidup itu seindah kisah.
Dan sebab itu andai orang seolah tak faham bahawa jalan hidup manusia itu tidak sama kemudian pukul rata dengan menuduh kita malas, tak cukup banyak berusaha, bertenang itu perkara membuang masa, sesungguhnya tolong lah doakan orang itu.
Lepas daripada kejadian itu, Suhaili bergegas mendapatkan bantuan RMT untuk anak kecil itu, dan semuanya selesai. Kini beliau tidak perlu bersusah hati lagi dengan tidakan kanak itu ‘mengepau’ rakannya atau terpaksa berlapar dek kerana rakan tidak beri makanan.
Walaubagaimanpun, ini adalah satu tindakan yang bagus dan baik untuk mendidik anak kecil seusia 7 tahun untuk mengenal erti kehidupan yang sebenar. Semoga setiap langkah anak kecil Amanda ini akan sentiasa menoleh melihat kesusahan orang lain dahulu.
Semoga Dhamira sekental jiwanya ini juga cemerlang dan berjaya. Sentiasa menjadi pemegang panji kejayaan dan jiwa yang menjadi pelopor untuk berusaha sebelum berserah menerima takdir.
Sumber: Suhaili Baharudin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/23/mama-kata-belum-gaji-kisah-seorang-kanak-kanak-tak-bawa-duit-belanja-hanya-meminta-dari-kawan-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fed Up Jadi Gemuk Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama Sama

Fed Up Jadi Gemuk Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama Sama

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 617 hits
Keluarga bahagia dan kesihatan yang baik merupakan antara komponen penting dalam hidup seseorang dalam mencapai kehidupan yang bermakna Dalam kesibukan mengejar material ramai orang terlupa nikmat keluarga dan kesihatan sehingga mengabaikan...
Laksa Sarawak Pernah Dengar Tapi Tak Pernah Rasa

Laksa Sarawak Pernah Dengar Tapi Tak Pernah Rasa

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 423 hits
Laksa Sarawak Pernah dengar tapi tak pernah rasa Serius memang tak pernah rasa Laksa Sarawak Korang dah cuba ke Pernah The post appeared first on
Baru Nak Joget Sama Suami Dah Sampai Gelagat Lucu Keluarga Ini Usik Hati Netizen

Baru Nak Joget Sama Suami Dah Sampai Gelagat Lucu Keluarga Ini Usik Hati Netizen

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 362 hits
Apabila ada sahaja majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan majlis makan malam sudah pasti ia dijadikan peluang untuk seluruh ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama Lazimnya setiap keluarga besar sudah pasti akan ada seorang dua yan...
Subhanallah Dulu Mewah Kehidupan 3 Anak Bekas Staf Pelantar Minyak Kini Daif Kerana Satu Sebab

Subhanallah Dulu Mewah Kehidupan 3 Anak Bekas Staf Pelantar Minyak Kini Daif Kerana Satu Sebab

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 917 hits
Dulu mewah kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab Adik pernah tanya kenapa kita dah tak kaya Nurhanifah bersama adiknya Nurhazlina Gambar kecil bapanya Mohd Fadhillah bersama anak bongsu Mohammed Haziq TERPA...
Sekilas Hampir Sama Tapi Toner Dan Astringen Itu Ada Bedanya Jangan Asal Pakai Saja Ya

Sekilas Hampir Sama Tapi Toner Dan Astringen Itu Ada Bedanya Jangan Asal Pakai Saja Ya

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 254 hits
Kalau kamu jeli membaca label kandungan pada kemasannya salah satunya berbahan dasar alkohol lo
Umno Dan Pas Saling Mempelajari Antara Satu Sama Lain

Umno Dan Pas Saling Mempelajari Antara Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 189 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Bunga Pun Tak Pernah Bagi Tapi Suka Buat Benda Sweet Macam Ni Netizen Puji Papa Johan Memang Sweet

Bunga Pun Tak Pernah Bagi Tapi Suka Buat Benda Sweet Macam Ni Netizen Puji Papa Johan Memang Sweet

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 412 hits
Hidup berumahtangga ni kalau tak usik mengusik tak bahagia rasanya Itulah nasihat orang orang tua kita dalam hal berumahtangga Bila ada gurau senda dalam hubungan barulah rumah tangga makin aman bahagia Gelagat Johan Rajalawak pada isteriny...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa