Berasap Otak
Salam dears… Apa khabar semua? Lama Mama tak bersiaran kat blog ni kan. Bukan apa, kebelakangan ni Mama agak sibuk dengan kerja-kerja lain terutamanya dengan bisnes. Sampai bersawang dah blog ni haa. Takpa, takpa…nanti kita cuci buang sawang guna EnviroWand, senang kacang jer kerja hehehe.
Anyways…baru-baru ni, selama 3 hari 2 malam Mama ‘berkampung’ kat Zoom untuk menuntut ilmu tentang pemasaran online (online marketing) dari sifu Tuan Haji Najib Asaddok.
Alhamdulillah Mama berpeluang sertai Kelas Advanced Roket Bisnes (ARB) yang full dari dari 8 pagi sampai 10.30 malam. Macam macam ilmu baru dipelajari, sampai berasap otak wehh!
Alhamdulillah berpeluang sertai kelas Advance Roket Bisnes (ARB) oleh Tn Hj Najib Asaddok
Bukan berasap otak je, tapi debush debush rasa kena ‘tumbuk’ gak huhu. Paling utama, sifu kata kita buat bisnes ni bukan untuk nak buat duit semata-mata. Tapi kita berbisnes ni untuk nak tolong orang.
Tolong selesaikan masalah pelanggan dengan produk atau servis kita.
Tolong team kita untuk sama-sama capai impian.
Tolong famili dan orang sekeliling kita dengan hasil keuntungan daripada bisnes kita.Betulkan dulu niat kita, baru lah apa yang kita buat dalam bisnes ni InsyaAllah akan dipermudahkan dan kita akan dapat capai ‘big why’ kita.
Sifu juga kata orang yang berjaya ialah orang yang akan buat dari awal sampai habis. Hanya diri kita sendiri yang akan dapat ubah nasib kita. Tiada tindakan, maka tiadalah hasil! Point yang nampak macam simple ja kan, tapi rasa debush debush kena setepek kat diri sendiri huhu.
Sebab tu lah kita kena ada guru, kena ada team, kena ada circle yang betul. Supaya dapat bantu pastikan kita tidak akan ‘tergelincir’ dari landasan yang betul.
Alhamdulillah syukur sangat ada rezeki untuk berguru dengan Tn Hj Najib Asaddok dan cikgu-cikgu team Momentum yang lain dalam kelas #ARB2021. Doakan moga Mama akan istiqamah ambil tindakan atas segala ilmu yang telah diperolehi ni, Aamiin…
Ohh yaa…sifu juga bagi ‘cabaran LIVE 44 hari’. Kalau tak buat Live, ilmu tak berkat katanya. Perghhh kecut perut wehhh dengar tu hahaha. Jadi selama 44 hari berturut-turut Mama kena buat Live di Facebook Page Mama. Ketaq lutut cheq oiii, benda kita tak pernah buat kan.
Tapi Mama pegang apa yang sifu kata, untuk dapatkan hasil yang luar biasa, kita kena buat tindakan yang luar biasa juga. Do what you can’t. Jadi buat jer!
Semalam sempat buat LIVE Unboxing hadiah dari Norwex. Nak tahu apa dalam kotak besar tu? Jemput lah tengok rakaman sesi Live tu di FB page Mama hehe
Kalau korang sudi, jemput lah follow FB page Mama iaitu ‘Mama Kembar 3‘ dan tonton Live yang Mama telah dan akan buat, moga-moga ada terselit perkongsian yang bermanfaat untuk kita semua, InsyaAllah
82 total views, 82 views today
The post Berasap Otak! appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2021/07/berasap-otak.html/