Beras Putih Madani Kerajaan Tunduk Tekanan Kartel


ismaweb,net
Siti Fatimah

Mana janji Anwar selama ini untuk bela nasib orang miskinOleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 8 Syaaban 1445H, Ahad – Kerajaan campuran rapuh pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus beretorik dan menipu rakyat apabila memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang kononnya untuk menangani isu manipulasi dan kenaikan harga beras tempatan.

“Kenapa Beras Putih Tempatan yang lebih murah dan mampu dibeli rakyat dimansuhkan? Apa sebenarnya yang kerajaan inginkan?

“Membantu rakyat atau terus melindungi kartel dan para kapitalis industri yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda?

Demikian persoalan dibangkitkan Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad mengulas cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani.

Beras putih ini dilaporkan akan dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit berkuat kuasa 19 Februari ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac 2024.

Serentak itu Lukman mempersoalkan janji Anwar selama ini untuk membela nasib orang miskin dan memberi pulangan ekonomi yang adil kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ternyata, kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan kartel dan para kapitalis industri, katanya.

“Situasi ini pastinya akan menguntungkan mereka dan terus menghimpit rakyat yang terpaksa berhadapan kenaikan harga beras yang merupakan makanan ruji di Malaysia.

“Setelah terpaksa mengharungi kemelesetan ekonomi yang meruncing, nilai Ringgit Malaysia yang semakin lemah, kenaikan harga barang makanan asas, penarikan subsidi untuk golongan T20 dan pelbagai lagi musibah hasil kelemahan pentadbiran, rakyat terus terhimpit dan menderita tanpa pembelaan dari sesiapa,” katanya.

Beras Putih Malaysia Madani ini diumumkan Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Rabu lalu.

Bagaimanapun pengumuman itu dilihat bertentangan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu apabila ia berkata, kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini.

Kemudian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar pula memaklumkan harga kawalan beras putih akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas NACCOL minggu depan.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/beras-putih-madani-kerajaan-tunduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perkenal Beras Putih Malaysia Madani Dengan Harga Rm30 Bagi 10kg

Kerajaan Perkenal Beras Putih Malaysia Madani Dengan Harga Rm30 Bagi 10kg

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 211 hits
Berita gembira untuk rakyat Malaysia Kerajaan umum beras putih Malaysia Madani dengan harga RM30 bagi sekampit beras 10KG Ini adalah merupakan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan keseimbangan dan meringankan beban para rakyat dengan menjaga...
Pas Pahang Gesa Kerajaan Sediakan Kertas Putih Isu Kekurangan Beras Putih Bukan Beras Madani

Pas Pahang Gesa Kerajaan Sediakan Kertas Putih Isu Kekurangan Beras Putih Bukan Beras Madani

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran dalam negara sejak hampir setahun lalu perlu dijelaskan dengan lebih bertanggungjawab oleh Kerajaan Madani kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu Justeru itu katanya PA...
Pemuda Pas Pahang Kecewa Urus Tadbir Desak Kerajaan Madani Atasi Segera Isu Beras

Pemuda Pas Pahang Kecewa Urus Tadbir Desak Kerajaan Madani Atasi Segera Isu Beras

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 274 hits
KUANTAN Pemuda PAS Pahang kecewa dengan tadbir urus Kerajaan Madani dalam menangani krisis bekalan dan penetapan harga beras dalam negara Ketua Pemuda negeri Mohd Zarimi Abu Zih berkata kegagalan komunikasi antara kementerian agensi yang be...
Isu Beras Madani Serlah Kecelaruan Kerajaan

Isu Beras Madani Serlah Kecelaruan Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 166 hits
Kewujudan kampit beras baru yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani secara tiba telah mencetuskan kecelaruan yang membuatkan ramai orang jadi rimas dengannya Kecelaruan itu sudah tentu dikaitkan dengan kerajaan berjenama madani yang seda...
Kerajaan Gagal Beras Madani Lagi Mahal Dari Beras Sst

Kerajaan Gagal Beras Madani Lagi Mahal Dari Beras Sst

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 236 hits
harakahdailyFebruary 16 2024Ir Ts Khairil Nizam KhirudinKUALA LUMPUR PAS sangat terkilan dan bersimpati dengan nasib rakyat apabila harga siling beras 10 kilogram dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada RM26 kepada RM30 tanpa memikirkan nasi...
Beras Putih Malaysia Madani Apa Yang Kita Ketahui Setakat Ini

Beras Putih Malaysia Madani Apa Yang Kita Ketahui Setakat Ini

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 196 hits
Kerajaan telah memperkenalkan kategori TUNGGAL bagi beras putih untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran Ini bermakna tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan dan Beras Putih Import melainkan Beras Putih Malays...
Beras Putih Malaysia Madani Penamat Manipulasi Isu Beras Tempatan

Beras Putih Malaysia Madani Penamat Manipulasi Isu Beras Tempatan

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 177 hits
HarapandailyNORAINI NORDINTindakan rakus serta haloba mencampurkan beras putih tempatan dengan kampit beras putih import untuk meraih keuntungan berganda bakal ternoktah dengan kemunculanBeras Putih Malaysia Madani Beras Putih Malaysia Mada...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal