Berapa Lama Makanan Tahan Dalam Peti Sejuk


​Menyimpan makanan dalam peti sejuk adalah amalan biasa untuk memastikan kesegarannya dan mencegah keracunan makanan namun tahukah anda berapa lama makanan tahan dalam peti sejuk?
Penting untuk mengetahui tempoh penyimpanan yang sesuai bagi setiap jenis makanan, kerana penyimpanan yang terlalu lama boleh menyebabkan penurunan kualiti dan risiko kesihatan.
Menyimpan makanan terlalu lama bukan sahaja boleh menyebabkan makanan rosak, malah meningkatkan risiko keracunan makanan.
Berikut adalah panduan mengenai tempoh penyimpanan makanan dalam peti sejuk dan peti sejuk beku, serta tips penyimpanan yang betul.​
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Ketahanan Makanan Beberapa faktor mempengaruhi tempoh ketahanan makanan di dalam peti sejuk, antaranya:
Jenis Makanan: Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan akan rosak lebih cepat. Suhu Peti Sejuk: Suhu ideal peti sejuk adalah antara 1°C hingga 4°C. Suhu yang lebih tinggi boleh menyebabkan bakteria membiak dengan lebih cepat. Cara Penyimpanan: Makanan yang disimpan di dalam bekas kedap udara akan tahan lebih lama berbanding makanan yang dibiarkan terdedah. Kebersihan Peti Sejuk: Peti sejuk yang bersih akan mengurangkan risiko pencemaran bakteria. Dengan mengamalkan penyimpanan makanan yang betul, kita dapat memastikan makanan sentiasa segar, mengelakkan keracunan makanan, dan mengurangkan pembaziran makanan.
Tips Penyimpanan Makanan yang Betul
Untuk memastikan makanan disimpan dengan selamat dan mengekalkan kualitinya, ikuti tips berikut:
Periksa Suhu Peti Sejuk: Pastikan suhu peti sejuk berada pada 1°C hingga 4°C untuk memastikan makanan disimpan pada suhu yang selamat. Simpan Makanan Mengikut Zon dalam Peti Sejuk: Bahagian Chiller: Sesuai untuk makanan yang tidak perlu dimasak seperti yogurt, keju, dan makanan sisa. Bahagian Tengah: Sesuai untuk susu, jus, dan telur. Bahagian Ais (Freezer): Sesuai untuk menyimpan daging mentah, ikan, dan makanan laut.​ Pintu Peti Sejuk: Sesuai untuk sos, minuman, dan makanan yang tidak mudah rosak. Balut dan Simpan dalam Bekas Kedap Udara: Balut makanan dengan baik atau simpan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan bau dan pencemaran silang. Jangan Letak Makanan Panas: Biarkan makanan sejuk sepenuhnya sebelum menyimpannya dalam peti sejuk untuk mengelakkan peningkatan suhu dalam peti sejuk, yang boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria. ​ Label dan Tarikh: Labelkan setiap bekas dengan nama makanan dan tarikh ia disimpan untuk mengelakkan kekeliruan dan memastikan makanan digunakan dalam tempoh selamat. ​ Susun Makanan Mengikut Tarikh: Letakkan makanan yang lebih lama di bahagian hadapan supaya ia digunakan dahulu sebelum yang baru. ​ Elakkan Terlalu Padat: Jangan isi peti sejuk terlalu penuh kerana ini boleh menghalang aliran udara sejuk, menjadikan makanan lebih cepat rosak. Tempoh Makanan Tahan Dalam Peti Sejuk Adalah penting untuk mengetahui tempoh makanan tahan dalam peti sejuk bagi memudahkan anda merancang inventori simpanan makanan anda dan mengelakkan pembaziran.
Terdapat 2 bahagian utama dalam sesebuah peti sejuk iaitu iaitu peti sejuk dan sejuk beku dan secara umumnya menyimpan makanann dalam bahagian sejuk membolehkan makanan anda bertahan lebih lama jika dibandingka makanan tersebut disimpan dalam bahagin peti sejuk sahaja.
Berikut merupakan tempoh makanan tahan dalam peti sejuk mengikut kategori dan jenis makanan:
1. Daging
Makanan mentah seperti daging, ayam, dan ikan mempunyai tempoh ketahanan yang berbeza:
Lembu: 3 – 5 hari di bahagian sejuk biasa, 6 – 12 bulan di bahagian beku. Kambing: 3 – 5 hari di bahagian sejuk biasa, 6 – 9 bulan di bahgin beku Ayam: 1 – 2 hari di bahagian sejuk biasa, 9 – 12 bulan di bahagian beku. 2. Ikan

Dicuci bersih: 1 – 2 hari di bahagian sejuk biasa, 2 – 3 bulan di bahagian beku. 3. Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Kacang, sayur hijau: (Segar) 3 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, 8 bulan di bahagian beku. Lobak merah: 2 minggu di bahagian sejuk biasa, 10 – 12 bulan di bahagian beku. Saderi: 1 minggu di bahagian sejuk biasa, 10 – 12 bulan di bahagian beku. Salad: 3 – 7 hari di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai disimpan di bahagian beku. Tomato: 2 – 3 hari di bahagian sejuk biasa, 2 bulan di bahagian beku. Bayam: 1 – 2 hari di bahagian sejuk biasa, 10 – 12 bulan di bahagian beku. Buah-buahan: Kebanyakan buah boleh bertahan 5-7 hari di bahagian sejuk biasa. Namun, buah-buahan seperti beri hanya bertahan 2-3 hari. Baca lagi: 11 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan & Tahan Lama
4. Produk Tenusu
Produk seperti susu, keju, dan yogurt mempunyai tempoh ketahanan yang lebih pendek:
Susu: 5-7 hari selepas dibuka. 4 – 7 hari di bahagian sejuk biasa, 3 bulan di bahagian sejuk beku. Keju: 6 minggu di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian sejuk beku. Yogurt: 1-2 minggu di bahagian sejuk biasa,1 – 2 bulan di bahagian sejuk beku. Mayonis: 3 – 4 bulan di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian sejuk beku. 5. Telur
Belum dipecahkan: 4 – 5 minggu di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian beku. Direbus: 1 minggu di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian beku. Kuning telur: 2 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, tidak sesuai di bahagian beku. Putih telur: 2- 4 hari di bahagian sejuk biasa, 12 bulan di bahagian beku 6. Lauk-pauk
Daging, telur, sup, sayur: 4 – 7 hari di bahagian sejuk biasa, 2- 3 bulan di bahagian sejuk beku. Makanan berkuah: 1 – 2 hari di bahagian sejuk biasa, 2- 3 bulan di bahagian sejuk beku. Ikan: 3 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, 4 – 6 bulan di bahagian sejuk beku. Ayam: 3 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, 1- 3 bulan di bahagian sejuk beku. Piza: 3 – 4 hari di bahagian sejuk biasa, 1 – 2 bulan di bahagian sejuk beku. 7. Sosej

Belum dibuka: 2 minggu di bahagian sejuk biasa, 1 – 2 bulan di bahagian sejuk beku. Dibuka dari plastik: 1 minggu di bahagian sejuk biasa. 8. Makanan yang Telah Dimasak
Makanan yang telah dimasak boleh disimpan selama 3-4 hari di bahagian sejuk biasa. Untuk tempoh lebih lama, makanan ini boleh dibekukan sehingga 2-6 bulan bergantung kepada jenisnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-tahan-dalam-peti-sejuk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-tahan-dalam-peti-sejuk

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 155 hits
Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama Ingin simpan daun palas supaya kekal segar dan tak cepat layu Ikuti langkah langkah mudah ini 1 Cuci Daun Palas Pertama pastikan daun palas dicuci bersih Buang segala kotoran yang ada Berikut adalah ...
Kopi Penumbuk Dikesan Kandungi Tadalafil Agensi Makanan Singapura

Kopi Penumbuk Dikesan Kandungi Tadalafil Agensi Makanan Singapura

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 143 hits
SINGAPURA 10 Mac Kopi Penumbuk produk kopi dari Malaysia dikesan mengandungi Tadalafil ubat terkawal yang digunakan untuk merawat disfungsi erektil dan hanya boleh diambil di bawah pengawasan perubatan menurut Agensi Makanan Singapura Agens...
Polis Tahan Suami Wanita Jatuh Tingkat 4 Pangsapuri Ketika Bertengkar

Polis Tahan Suami Wanita Jatuh Tingkat 4 Pangsapuri Ketika Bertengkar

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 138 hits
Meor Riduwan Meor AhmadMELAKA Polis menahan seorang lelaki yang juga suami kepada wanita yang parah terjatuh dari balkoni rumah di tingkat empat sebuah pangsapuri di Cheng pagi semalam Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Chr...
Polis Miri Tahan Dua Anggota Tentera Berhubung Kematian Prebet

Polis Miri Tahan Dua Anggota Tentera Berhubung Kematian Prebet

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 134 hits
KUCHING 25 Mac Polis Miri menahan dua anggota tentera berpangkat prebet bagi membantu siasatan berhubung kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri di Kem Sri Miri Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata kedua dua suspek yang beru...
10 Kerusi Lipat Yang Tahan Beban Tahan Lasak

10 Kerusi Lipat Yang Tahan Beban Tahan Lasak

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 151 hits
Apakah kerusi lipat terbaik dan tahan lasak yang boleh anda beli pada tahun ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 kerusi lipat terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga REECHO Folding Chair Kerusi REECHO menawarkan...
Penghantar Makanan Didakwa Tampar Pipi Cederakan Jari Anak 4 Tahun Guna Pisau

Penghantar Makanan Didakwa Tampar Pipi Cederakan Jari Anak 4 Tahun Guna Pisau

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 140 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menampar pipi anak lelakinya yang berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangan kiri kanak kanak itu menggunaka...
Tak Mudah Nak Hasilkan Makanan Yang Sedap Tanpa Penambah Rasa Tapi Kalau K

Tak Mudah Nak Hasilkan Makanan Yang Sedap Tanpa Penambah Rasa Tapi Kalau K

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 174 hits
Tak mudah nak buat makanan tetap sedap tanpa bantuan penambah rasa Tapi kalau kena caranya guna bahan segar dan rencah asli hasilnya tetap padu Makanan yang baik bukan sekadar tentang rasa tapi juga tentang kasih sayang yang dicurahkan dala...
Kerajaan Pahang Sediakan Baucar Pembelian Barangan Makanan Dan Keperluan Bantu Golongan Memerlukan

Kerajaan Pahang Sediakan Baucar Pembelian Barangan Makanan Dan Keperluan Bantu Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 98 hits
BERA Kerajaan Pahang mengambil inisiatif terkini dengan memperkenalkan baucar bagi pembelian barangan makanan dan keperluan di beberapa pasar raya terpilih dalam usaha membantu golongan memerlukan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Isma...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag