Berapa Kali Felda Nak Diselamatkan



APABILA FGV Holdings Bhd. disenaraikan pada 2012 ia adalah tawaran awam ketiga terbesar di dunia selepas Facebook (sekarang Meta) dan terbesar di Asia.
Ketika penyenaraian itu, Felda mendapat RM5.5 bilion manakala FGV meraih RM4.5 bilion, satu jumlah yang sangat besar.
Apa yang berlaku dengan hasil RM5.5 bilion yang diperoleh oleh Felda selepas penyenaraian FGV? Agensi kerajaan itu berterusan mencatatkan kerugian. Menjelang akhir Disember 2017, hutang Felda kepada institusi kewangan sahaja berjumlah RM12.1 bilion.
Sukar membayangkan bagaimana sebuah agensi kerajaan menanggung hutang sebanyak RM12 bilion daripada institusi kewangan.
Selepas penyenaraian FGV, antara 2013 sehingga 2017, Felda berterusan mencatatkan kerugian. Menjelang 2017, jumlah tunai Felda merudum kepada RM400 juta berbanding RM3.9 bilion pada 2011.
Pada 2017 sahaja, agensi yang dikuasai kerajaan itu mencatatkan kerugian RM4.9 bilion. Salah satu sebab kerugian itu ialah susut nilai pelaburan dalam PT Eagle High Tbk sebanyak RM1.6 bilion.
Di mana logiknya apabila Felda membeli 37% kepentingan dalam Eagle High pada harga AS$505 juta atau pada harga 95.8% lebih tinggi berbanding harga saham yang diniagakan ketika itu.
Tiada siapa yang mempunyai akal perniagaan akan membeli saham sesuatu syarikat pada pada harga 95% lebih tinggi berbanding harga yang sedang diniagakan di bursa?
Untuk menyelamatkan Felda yang tenat, kerajaan pada 2019 bersetuju memperuntukkan RM6.23 bilion dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan.
Kerajaan ketika itu menjangkakan wang RM6.3 bilion itu sudah cukup untuk memastikan Felda dapat terus hidup dan membantu peneroka.
Itu tidak berlaku. Pada 2020, Kabinet ketika itu meluluskan penerbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh Felda yang dijamin kerajaan.
Dua tahun lalu, sekali lagi Felda melaksanakan langkah korporat untuk mengambil alih keseluruhan saham FGV.
Daripada pegangan saham kira-kira 31% peratus dalam FGV, Felda telah membeli 50% lagi saham pada harga RM1.30 sesaham.
Apa yang mendukacitakan, Felda hanya mendapat 81% daripada keseluruhan saham iaitu kurang daripada 90% yang diperlukan untuk mengambil alih FGV.
Jika mengambil kira harga tawaran RM1.30 dan pembelian 1.8 bilion saham, Felda telah membelanjakan RM2.34 bilion wang yang diberikan kerajaan untuk inisiatif yang sia-sia.
Minggu lalu, kerajaan sekali lagi melaksanakan bailout terhadap Felda. Kerajaan Perpaduan mengumumkan terbitan sukuk dan kredit pusingan untuk menyelamatkan Felda.
Bantuan terbaharu membabitkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.
Langkah terbaharu itu membolehkan pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada tahun 2021.
Jika diambil kira semua bantuan, Felda sahaja telah menerima bantuan pelbagai bentuk berjumlah tidak kurang daripada RM24 bilion. Itu tidak termasuk RM5.7 bilion yang lesap selepas penyenaraian FGV.
Ini adalah agensi kerajaan yang sepatutnya mempertahankan 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan tetapi membazirkan hampir RM30 bilion dalam 11 tahun.
Kepada mana-mana kerajaan, Felda adalah deposit politik yang penting. Sebanyak 54 kerusi Parlimen merangkumi kawasan Felda. Sejak dahulu hingga sekarang, mana-mana kerajaan berusaha memastikan kerusi Parlimen ini terjaga tanpa mengira kos.
Tetapi sampai bila negara harus terus menanggung hutang yang besar untuk menyelamatkan Felda yang disebabkan kegagalan pengurusan.
Bagaimana hak penduduk di 168 kerusi Parlimen yang bukan kawasan Felda dan 8.1 juta isi rumah lain di negara ini?
Felda harus berhenti terbabit dalam perniagaan dan hanya menjadi badan kawal selia kepada pembangunan kawasan yang diamanahkan dan berhenti mengheret kerajaan daripada menanggung hutang kerana ketidakcekapan sendiri. 

Mohamad Azlan Jaafar Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/07/berapa-kali-felda-nak-diselamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Menangis Pertama Kali Tinggal Anak Kerana Kerja Son Yejin Luah Perasaan

Nak Menangis Pertama Kali Tinggal Anak Kerana Kerja Son Yejin Luah Perasaan

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 208 hits
Tak sangka Son Ye jin yang merupakan pelakon wanita kesayangan ramai sudah pun bergelar ibu kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru isteri kepada Hyunbin itu telah acara fesyen Valention bagi koleksi musim panas dan sejuk 2023 di Istana Chantilly di...
Kah Kah Kah Atok Atok Ko Perintah 22 Tahun Nak Tanya Siapa

Kah Kah Kah Atok Atok Ko Perintah 22 Tahun Nak Tanya Siapa

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 232 hits
Mahathir cakap banyak tanah milik Melayu yang dah dijual kepada orang kaya yang kebanyakannya bukan Melayu Ok aku tak bantah kenyataan tu Tapi soalan aku siapa yang jual Kerajaan Perpaduan ini baru ditubuhkan Selama 7 bulan Belum sempat jua...
Tula Hangpa Dok Sanjung Tinggi Amp Percaya Penunggang Ni Tak Tahu Cerita Sebenar Tau Nak Hentam Saja Ag Coco

Tula Hangpa Dok Sanjung Tinggi Amp Percaya Penunggang Ni Tak Tahu Cerita Sebenar Tau Nak Hentam Saja Ag Coco

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 323 hits
Salah seorang ahli kumpulan muzik Hujan AG Coco hari ini telah mencuri perhatian ramai terutamanya netizen media sosial Twitter apabila dia ada memuat naik ciapan berbaur sindiran AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz dilihat ...
Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Dolla Mwa Chord

Spring Fever Amazon Diesel Powered Mini Bike Pt 1

Marsha Sudah Ku Temui Chord

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kanak Kanak Perempuan Yang Dilaporkan Hilang Di Muara Sungai Balok Semalam Ditemui Lemas Awal Pagi Ini

Bulan Kelima 2025

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar

Hari Minggu Ke Pasar Besar Seremban

Dah Takde Job Ke Gosok Bahagian Sulit Lelaki Penampilan Moon Chaewon Dalam Snl Korea Teruk Dikritik

Rupanya Mat Pet Punya Angkara Kes Pecah Cermin Kenderaan Pejabat Mp Sri Gading