Berapa Harga Memperbaharui Insuran Dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y150zr
BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMAAssalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama. Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya.
Yamaha Y15ZR
Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu
Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini.
Yamaha 150cc Y15ZR
Harga Cukai Jalan Untuk Motosikal
Cukai jalan untuk motosikal terbahagi kepada enam (6) kategori.
0 hingga 150 cc adalah RM 2151 hingga 200 cc adalah RM 30201 hingga 250 cc adalah RM 50251 hingga 500 cc adalah RM 100501 hingga 800 cc adalah RM 250801 cc dan keatas adalah RM 350
Kenapa saya kongsikan mengenai harga cukai jalan untuk motosikal ini? Sebab masa perbaharui insurans motosikal dengan seorang agen insurans yang peramah dia cakap untuk motosikal 150cc cuma RM 30 cukai jalan. Saya pun macam terkejut sambil tanya dia " betul ka ni?"
Tapi dia cakap dia sendiri ingat-ingat lupa, memandangkan kiosk insurans cuma sebelah JPJ saya terus dapatkan info masa membuat berurusan di kaunter. RM 2 ja pun.
Cukai Jalan Y15ZR 150 cc
Harga Insuran Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Tahun PertamaUntuk insurans pula motosikal perlu membayar lebih berbanding kereta. Kebiasaannya yang kita faham harga yang perlu dibayar ketika memperbaharui insurans ada kaitkan dengan nilai yang kita inginkan untuk cover motosikal kita (insured sum)
Bila masa saya nak perbaharui saya minta khidmat nasihat ajen insurans jadi dia bagi pilihan sama ada nak cover RM 8000, RM 7000 atau RM 6000. Baik macam mana nak buat pilihan? Kita tengoklah harga semasa motosikal kita
Pertama, ada sahabat nasihatkan saya lihat di Mudah.my, berapa harga motosikal yang sama jenis dan tahun. Kedua, sekiranya masih ada pinjaman lihat berapa baki pinjaman. (tetapi kebiasaannya kalau buat pinjaman kedai kena perbaharui insurans dengan kedai)
Harga Insurans yang Perlu Dibayar ketika Perbaharui Insuarans.
Jadi untuk motosikal saya pada tahun pertama saya cuma nilaikan (insured) dengan harga RM 7000 All-comprehensive (all-rider) dan jumlah yang saya perlu bayar hanyalah RM 297.05. Harga ini pula mungkin berubah mengikut jenis insurans yang kita pilih
Sebelum ini saya ambil Zurich. Tapi disebabkan kakak ajen insurans ini tidak ada zurich saya bertukar ke AXA. Komen dari rakan-rakan lain mengenai insurans ini pun ok, termasuk salah seorang rakan yang baru sahaja membuat tuntutan kemalangan motosikal. Menurut kawan saya ni, peguam sendiri pun maklumkan AXA insurans yang mudah untuk berurusan.
Owh saya lupa harga yang saya bayar ini termasuk diskaun NCD 25%
Walaubagaimanapun itu atas pilihan masing-masing cuba bertanya pendapat dan buatlah sedikit kajian sebelum memilih sesuatu insurans
Setakat ini dahulu artikel Perbaharui Insurans dan Cukai Jalan (road-tax) untuk Motosikal Yamaha Y15ZR. Jumpa Lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.arzmoha.com/2018/11/berapa-harga-memperbaharui-insurans-dan-cukai-jalan-untuk-motosikal-yamaha-y15zr-tahun-pertama.html