Berangan Di Oversea Apabila Ke I City Snowalk
I-City Snowalk | Rezeki CN menang contest di IG Boat Noodle 4 tiket masuk All Day Happy Package ke I-City Shah Alam. Tahun lepas CN dah bawak anak-anak bermain di City Of Digital Light. Tahun ini pula rezeki dapat tiket masuk ke tempat-tempat berbayar di I-City ini secara PERCUMA. Mesti la excited tau. Swap je kad dan dapat masuk dengan percuma. Rasa bahagia je. Kalau anda nak bercuti ke I-City, CN cadangkan untuk anda membeli tiket All Day Happy Package secara online. Memang berbaloi sebab kebanyakan tempat di I-City ni berbayar, jika anda sudah membeli secara online. Sudah banyak duit yang anda dapat jimat
Berangan di oversea apabila ke I-City Snowalk
Pertama kali ke I-City Snow Walk
Tempat pertama yang kami tuju selepas mengambil kad di kaunter tiket sudah tentu I-City Snowalk. Terletak bersebelahan je dengan kaunter tiket. Masuk je kami diberi jaket dengan saiz masing-masing. Tak perlu sewa kasut sebab kami semua sudah standby dengan kasut bersarung dan berstokin. Pada mulanya CN plan untuk menyewa glove untuk Dhia Zahra, tapi kebetulan dapat jaket yang agak besar sampai menutup tangan si kecil tu, dah tak perlu sewa glove. Sama juga dengan Irfan, jacketnya besar sampai menutup tangan. Jimat duit mamanya dari menyewa glove..hehehe.
>> Tips Ibu Bapa - Pilihan susu formula terbaik di Malaysia
Antara tempat menarik untuk bergambar di I-City Snowalk
Masuk je ke dalam Snowalk ini, angin sejuk terus menyapa muka. Sejuk pipi tau. Ada photographer yang menawarkan diri untuk mengambil gambar. Agak mahal la gambar sekeping sampai RM35. Takpe la, dengan duit tu boleh belanja anak-anak makan di KFC I-City hokay.
Susah untuk mengambil gambar di bujang ni sebab terlebih excited duk mencuba pelbagai permainan di dalam I-City Snowalk ini
Snowwalk ni tidak la berapa besar, tapi ada banyak props menarik untuk anda bergambar dan berangan seperti di oversea. Cuma disebabkan sejuk sangat sampai gambar pun tak berapa cantik dek kerana tangan ketar-ketar menahan sejuk.
Dhia Zahra agak takut sebab sejuk sangat. Asyik minta didukung je
Dhia Zahra & Encik Suami
Berwelfie bertiga sahaja sebab Irfan sibuk bermain
Video bermain di I-City Snowalk
Ada juga pelbagai permainan menarik untuk anda cuba. Irfan sendiri berani bermain slide yang ada di dalam Snowalk. Selain itu, anak-anak juga excited dapat menaiki train di dalam Snowalk ini.
Gambar tak ready ! Hehehe
Disebabkan terlalu sejuk, dua kali juga kami keluar masuk. Anda boleh duduk di lobby untuk memanaskan badan dan masuk semula untuk bermain. Jika ditanya adakah CN akan ke Snowalk lagi? Sudah tentu CN akan ke sana lagi ! Best tau.
Dhia Zahra buat muka, sabo jela
Anak bujang CN si Irfan yang excited ke I-City Snowalk ini
Harga tiket I-City Snowalk
Harga tiket masuk ke I-City Snowalk adalah RM25 untuk dewasa & RM20 untuk kanak-kanak sebelum pukul 6 petang. Jika selepas pukul 6 petang, harga tiket adalah RM35 untuk dewasa & RM30 untuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak bawah 90 cm adalah percuma.
Oh ya, harga tiket termasuk dengan jaket sekali tau. Cuma jika anda hendak menyewa kasut, bayaran dikenakan adalah RM10. CN serta keluarga memang sudah prepare dengan kasut bersarung. Jadi sudah jimat tak perlu untuk menyewa kasut !
Lokasi I-City Shah Alam
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cekgunorazimah.com/2018/03/i-city-snowalk-review.html