Berang Sejuta Point Permainan Roblox Hilang Abang Disyaki Kelar Adik Di Parit Raja


Berang Sejuta ‘Point’ Permainan Roblox Hilang, Abang Disyaki Kelar Adik Di Parit Raja
JOHOR BAHRU, 29 Okt (Bernama) — Polis tidak menolak kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat kelmarin, telah dicederakan oleh abangnya sendiri berusia sembilan tahun akibat pengaruh permainan video dalam talian.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak demikian selepas berang apabila permainan dalam talian Roblox miliknya terganggu hingga menyebabkan kehilangan kira-kira sejuta mata terkumpul (point) selepas mangsa merosakkan telefon bimbit berkenaan.
“Motif masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati abang mangsa berkemungkinan mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainkan terganggu dan semua ‘point’ yang dikumpulnya hilang.
“Suspek dipercayai mengalami halusinasi pada waktu malam akibat pengaruh permainan itu dan seolah-olah diarahkan untuk mencederakan ahli keluarganya, sebelum bertindak menyerang adiknya sendiri menggunakan pisau yang terdapat di dalam rumah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan daripada mangsa yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, bagi mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan, masing-masing berusia 40 tahun, telah ditahan reman mulai hari ini hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Mangsa dan abangnya kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan pihak polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan mereka seperti pesalah lain.
“Bagaimanapun, ibu dan bapa mereka ditahan kerana dipercayai mengetahui mengenai kejadian itu. Namun perkara ini masih dalam siasatan awal dan tumpuan kini diberikan kepada soal siasat ahli keluarga,” katanya.
Ab Rahaman berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi menentukan tindakan selanjutnya.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi Isnin lalu, mangsa ditemukan dalam keadaan parah dengan kesan kelar di leher kanan akibat senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 41 tahun pada pagi hari kejadian.
Menurutnya, wanita itu tersedar daripada tidur dan mendapati anak lelakinya mengalami kecederaan parah di leher sebelum dibawa ke HSNI untuk rawatan lanjut.
BACA: Pekerja Shell Beseri Mohon Individu Kembalikan Kucing “Misai” Sumber: Bernama
The post Berang Sejuta ‘Point’ Permainan Roblox Hilang, Abang Disyaki Kelar Adik Di Parit Raja appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/29/berang-sejuta-point-permainan-roblox-hilang-abang-disyaki-kelar-adik-di-parit-raja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kes Adik Dikel R Abang Sendiri Suspek Mungkin Terpengaruh Video Game Alami Halusinasi Polis

Hiburan Kes Adik Dikel R Abang Sendiri Suspek Mungkin Terpengaruh Video Game Alami Halusinasi Polis

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 235 hits
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan insiden seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun cedera akibat dikelar pada leher mempunyai kaitan dengan permainan dalam talian Memetik laporan Harian Metro Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman A...
Pembunuhan Kejam Abang Ipar Oleh Adik Ipar Di Jerlun

Pembunuhan Kejam Abang Ipar Oleh Adik Ipar Di Jerlun

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 149 hits
Dulu dulu lah kalau dgr berita macam ni biasa berita global Kini semua berlaku di tanah air kita Jika dulu setahun ada beberapa kes sahaja Tp sekarang hari hari ada kes bunuh Sangatlah mengerikan keadaan ini Jadi jika boleh elak bergaduh jg...
Abang Pergi Pada Hari Lahir Adik Kisah Sebak Zafran Dan Aidil Haziq Raih Simpati Ramai

Abang Pergi Pada Hari Lahir Adik Kisah Sebak Zafran Dan Aidil Haziq Raih Simpati Ramai

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 193 hits
KUALA LUMPUR Sebuah perkongsian di TikTok mengundang sebak ramai apabila video yang dimuat naik pada Khamis lalu rupa rupanya menjadi kenangan terakhir antara dua beradik Dalam video tersebut Zafran berkongsi kisah tentang adik lelakinya Ai...
Hilang Sejak 1 November Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Muhammad Rayqal Naufal

Hilang Sejak 1 November Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Muhammad Rayqal Naufal

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 143 hits
Hilang Sejak 1 November Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Muhammad Rayqal Naufal Polis Diraja Malaysia mohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak kanak lelaki berbangsa Melayu yang dilapor hilang sejak 1 November lalu Menurut hanta...
Fasih Bahasa Cina Wanita Dipuji Bantu Abang Bot Terjemah Untuk Pelancong

Fasih Bahasa Cina Wanita Dipuji Bantu Abang Bot Terjemah Untuk Pelancong

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 233 hits
Fasih Bahasa Cina Wanita Dipuji Bantu Abang Bot Terjemah Untuk Pelancong Tidak salah untuk belajar bahasa lain selain bahasa ibunda kerana ia boleh membuka peluang kepada pelbagai perkara baharu Kemahiran untuk bertutur dalan bahasa lain ju...
Peluk Erat Abang Bomba Dipuji Bantu Kucing Terperangkap Dalam Banjir

Peluk Erat Abang Bomba Dipuji Bantu Kucing Terperangkap Dalam Banjir

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 235 hits
Peluk Erat Abang Bomba Dipuji Bantu Kucing Terperangkap Dalam Banjir Ketika ini negara berdepan dengan keadaan cuaca hujan lebat di kebanyakan negeri termasuk di Perak Hujan lebat yang berterusan itu telah menyebabkan berlakunya kejadian ba...
Baru Semangat Nak Hiking Gaya Abang Ni Tunjuk Kasut Baru Buat Ramai Ketawa

Baru Semangat Nak Hiking Gaya Abang Ni Tunjuk Kasut Baru Buat Ramai Ketawa

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 202 hits
Baru Semangat Nak Hiking Gaya Abang Ni Tunjuk Kasut Baru Buat Ramai Ketawa Aktiviti mendaki menjadi antara aktiviti riadah kegilaan ramai sejak dahulu lagi Bermula sekadar hobi aktviti ini terus berkembang sehingga tertubuhnya pelbagai komu...
Menziarah Pusara Arwah Abang

Menziarah Pusara Arwah Abang

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum WBTAPABILA Allah berkehendak tidak lambat dan tidak cepat Begitulah aturan hidup Kelmarin Sk sekeluarga menziarah pusara di Tanah Perkuburan Islam Teluk Kumbar Pulau Pinang Kami terhalang untuk balik selepas menerima berita ...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

Siraman Baja Mikrob Guna Drone Ai Kini Menjadi Pilihan Pengusaha Ladang Kerana Kaedah Ini Lebih Murah Jimat Dan Cepat

Lirik Lagu Perjalanan Ernie Zakri Andi Rianto

Kebulur Nak Kuasa Lagi Ka

Ismail Marzuki Gugur Bunga Chord

Bertolak Ke Cappadocia Day 2

I Never Mocked The Pas Spiritual Adviser Says Dap Youth Chief


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Happy Birthday To Me

Keindahan Karara Karya Agung Seperti Benang Kapas

Tanda Tanda Jutawan Dan Billionaire Masa Depan Kumpulan Yang Akan Mengubah Dunia

Puquios Aqueducts Keajaiban Kuno Peradaban Nazca Di Peru

Hiburan Hati Saya Sangat Risau Mohon Doakan Isteri Saya Shahrol Shiro

Kajian Dedah Buah Ini Bantu Tidur Lebih Lena Tingkatkan Tenaga Dengan Cepat