Beranak Ramai Ke Sikit Bukan Ditentukan Mental Kuat Atau Tak Semua Tu Rezeki


Selalu orang cakap, kenapa tak beranak ramai masa muda ni. Rugilah umur dah tua, baru nak beranak kecil. Kadang ada yang tak faham kekangan ini dan beri pelbagai tanggapan tanpa mengetahui hal sebaliknya.
Seperti perkongsian saudara Azlan Noor, wanita beranak ramai atau sikit bukan ditentukan oleh mental kuat atau tak.

Saya lelaki, tapi saya faham satu perkara. Beranak ramai atau sikit ni bukan ditentukan oleh mental kuat atau tak.
Semua tu ketetapan Allah kerana ujian ibu mengandung, bersalin dan berpantang ni tak sama setiap orang. Berbeza setiap anak.
Hanya yang lalui sendiri je yang tahu, keperitan yang dirasai dari awal hingga berpantang. Ada kawan cerita. Lepas pengalaman bersalin anak kedua, dia dah serik untuk mengandung dan beranak lagi.
Masa mengandung anak kedua tu, dia kena alahan teruk, muntah-muntah sampai kena tahan wad. Semasa berpantang, baby dia menangis non-stop selama 3 bulan.
Dengan diri sendiri belum terurus, sakit bersalin belum hilang, luka belum kering, tenaga hilang belum berganti, nak kena bersabar dengar tangisan anak. Koyak teruk mental kawan saya tu.

Setiap hari air mata tumpah. Setiap hari nangis seorang diri masa mandi untuk legakan hati.
Berubat? Dah tak tau nak berubat di mana.
Doktor? Dah tak tahu nak gi doktor mana.
Dah tak tahu nak buat apa dah.
Sampai satu tahap, satu hari tu anak nangis non-stop. Dia mesej suami,
“Boleh tak nak simbah je baby ni?”
Mujur Allah masih sayang dia dan anak dia, tak jadi apa-apa perkara buruk. Suami berjaya tenangkan dia dan kembalikan kewarasan.
Di sini kita belajar bahawa suami juga main peranan bantu dalam hal ni. Sebenarnya, mengandung, bersalin, berpantang ni, bukan isteri je yang perlu menanggung.
Yang silapnya, ramai fikir isteri je yang kena hadap semua tu.
Dari mula mengandung sampai berpantang, orang lelaki boleh teruskan hidup seperti biasa. Boleh keluar ngeteh dengan kawan sampai lewat malam. Tinggalkan isteri dengan baby dengan alasan susu cap gantung dah ada tak perlu bancuh. Sumbat terus keluar.
Bukan! Bukan macam tu.
Maaf cakap, dulu pun saya fikir macam tu jugak. Tapi selepas lihat sendiri betapa seksanya Surihati saya melahirkan tiga zuriat kami, saya faham suami selaku orang paling rapat lah yang kena main peranan bantu isteri lalui fasa dari mengandung sampai pulih sepenuhnya semula.
Jika nak isteri beranak ramai, isteri tengah mual dan muntah, tolonglah gosok dan usap belakang dia. Biar lega. Picit kepala dengan minyak, biar hilang pening.
Isteri kena tarik mengkarung malam-malam, tolonglah betulkan kaki dia. Kendurkan semula urat betis tu. Sapu dan gosok minyak biar kurang rasa tegang otot tu.
Isteri dah mula rasa sakit contraction tu, tolonglah berada di sisi, pegang kedua tangan dia, bagi kata-kata semangat. Lap peluh yang menitik di dahi dia.
Isteri dah disorong masuk wad bersalin tu, tolonglah ada di tepi katil bacakan surah, doa dan zikir. Lihat sendiri badan isteri terangkat-angkat, dada turun naik tahan seksanya saat zuriat anda nak lalui bukaan kecil tu. Amati sendiri betapa banyak darah isteri yang telah tumpah. Betapa letih dan lelah nak lalui semua ni.
Isteri dalam pantang, tolonglah beri sepenuh perhatian kepada isteri. Pakaikan dan ikat barut. Masakkan lauk berpantang. Carikan tukang urut. Bakar dan tungkukan. Pakaikan stokin.
Isteri nak menyusu, tolonglah bagi sokongan dan semangat. Buat urutan dibelakang badan. Tolong hilangkan bengkak susu. Bantulah sendawakan dan tidurkan baby.
Banyak? Tak banyak pun. Semua tu benda yang para isteri kena lalui. Semata-mata nak beri zuriat dan keturunan buat suami.
Kalau rasa penat dan tak mampu, Ketahuilah….Isteri juga penat untuk lalui semua ini. Namun sayangnya Allah kepada wanita bergelar isteri, Dia jadikan mereka kuat dan tabah untuk harungi semua ini.

Isteri tak minta pun ditukarkan suami yang kena memgandung ,bersalin dan lalui semua tu. Isteri hanya minta suami yang faham, ambil berat.
Untuk sama-sama berpayah tempuhi saat sukar ini. Untuk sama-sama berperit harungi saat jerih ini.
Untuk sama-sama bina keluarga bahagia yang diimpikan selama ini.
Itu sahaja.
Kredit: Azlan Noor 
 
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Beranak Ramai Ke Sikit, Bukan Ditentukan Mental Kuat Atau Tak. Semua Tu Rezeki! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/beranak-ramai-ke-sikit-bukan-ditentukan-mental-kuat-atau-tak-semua-tu-rezeki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blusukan Di Pasar Cibubur Mendag Zulkifli Hasan Kaget Harga Bahan Pokok Naik Semua

Blusukan Di Pasar Cibubur Mendag Zulkifli Hasan Kaget Harga Bahan Pokok Naik Semua

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 128 hits
Blusukan di Pasar Cibubur Mendag Zulkifli Hasan Kaget Harga Bahan Pokok Naik Semua Sehari setelah dilantik Mendag Zulkifli Hasan langsung melakukan blusukan di Pasar Cibubur untuk memantau harga bahan pokok Dalam kunjungan tersebut dia meng...
Walaun Dan Lebai Serta Mahacai Dok Lam Gua Pa Jika Terjadi Pada Anda Jangan Pecaya Mereka Semua

Walaun Dan Lebai Serta Mahacai Dok Lam Gua Pa Jika Terjadi Pada Anda Jangan Pecaya Mereka Semua

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 216 hits
Mohon pendapat dan pandangan Walaun walauntit tentang perkara ini dulu byk fakta yg depa bagi la ni sunyi sepi sekian terima kasih
Rasuah Sebut Sahaja Di Jabatan Mana Semua Nya Ada Malaysia Lubuk Perasuah

Rasuah Sebut Sahaja Di Jabatan Mana Semua Nya Ada Malaysia Lubuk Perasuah

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 176 hits
Mara tak campur tangan siasatan SPRM terhadap Mara Corp June 15 2022 Pengerusi Mara Azizah Mohd Dun berkata siasatan terhadap tiga pegawai kanan anak syarikat Mara itu telah selesai dan sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tind...
Tahniah Kepada Semua

Tahniah Kepada Semua

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 169 hits
Assalamualaikum and morning Haiiii Salam ceria Tahniah especially pada semua ibu2 atas result SPM anak masing2 arini Bukan kaleng2 SPM 2021 ni sebenarnya sebab ianya paling mencabar sepanjang zaman pelbagai pancaroba yg terpaksa mereka hada...
You Re Going To Be A Father Sayang Elisya Menanti Detik Bersalin Mohon Doa Semua

You Re Going To Be A Father Sayang Elisya Menanti Detik Bersalin Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 118 hits
Pelakon Elisya Sandha yang bakal melahirkan bayi perempuan sulungnya memohon doa semua agar proses kelahiran bayi sulungnya dipermudahkan Allah SWT Semalam menerusi Instagramnya Elisya turut memuat naik sekeping gambar suami yang ketika itu...
Seri Paduka Semua Agama Kecam Rasuah Ia Bagai Barah

Seri Paduka Semua Agama Kecam Rasuah Ia Bagai Barah

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 208 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 14 2022 5 27 PMYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa agama Islam dan semua agama di dunia mengutuk dan mencela amalan rasuah kerana ia adalah ba...
Semua Pekerja Ibm Di Russia Diberhentikan

Semua Pekerja Ibm Di Russia Diberhentikan

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 194 hits
Selepas bermulanya perang antara Ukraine dan Russia IBM telah bertindak menghentikan operasi perniagaannya di Russia dalam bulan Mac lalu Tetapi kini IBM mengambil tindakan drastik dengan memberhentikan kesemua pekerjanya di Russia seterusn...
Semua Anak Sekolah Cina International School Johan Mahu Tekankan Ilmu Tauhid Untuk Anak Anak

Semua Anak Sekolah Cina International School Johan Mahu Tekankan Ilmu Tauhid Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 145 hits
Pasangan selebriti yang satu ini Johan dan Ozlynn Wati sememangnya diketahui umum cukup menjaga perihal keagamaan anak anak mereka Kesemua anak anak pasangan ini sejak dulu lagi diajar untuk mengenal Allah malah solat berjemaah seakan menja...
Wwdc 2022 Iphone 8 Amp Iphone X Tidak Terima Semua Ciri Baharu Ios 16

Wwdc 2022 Iphone 8 Amp Iphone X Tidak Terima Semua Ciri Baharu Ios 16

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 151 hits
SEPERTI yang diperkatakan ramai sehingga kini acara WWDC 2022 tempoh hari yang memperlihatkan pengumuman iOS 16 sememangnya memberi pelbagai reaksi kepada pengguna Ada yang menganggap ia sebagai satu kesegaran yang disuntik Apple namun ada ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos