Berakhirnya Era Parti Abang Besar Di Malaysia Umno Takut Untuk Berubah


 
Pada 13 Februari 2021

oleh Raja Ahmad Iskandar Fareez



Oleh Raja Ahmad Iskandar Fareez

(Pengarah Komunikasi REFSA)

Setelah lebih 60 tahun berada bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO, rakyat Malaysia telah terbiasa dengan dominasi hegemoni parti politik tunggal. Malah kebanyakan daripada kita masih terperangkap dalam kerangka pemikiran bahawa perlu adanya satu parti dominan dalam satu gabungan (coalition) politik. 

Namun keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 telah menunjukkan bahawa struktur ini tidak lagi terpakai dalam konteks politik semasa negara. Model politik kita telah berubah. Tiada lagi satu parti yang dominan dalam kerajaan, baik semasa era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Walaubagaimana pun, masih ramai lagi ahli politik yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa lanskap politik Malaysia sudah berubah. Bahkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun tidak dapat membebaskan diri daripada andaian dan pemikiran lapuk ini. Beliau masih lagi terperangkap dengan obsesi untuk memperoleh majoriti yang selesa dalam parlimen sekaligus mengukuhkan kedudukan beliau dan menjadikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai parti dominan.  

Boleh dikatakan juga, ketidakstabilan pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini lahir daripada persaingan antara Bersatu dan juga UMNO untuk menjadi ‘abang besar’ dalam gabungan PN. Bagi tujuan ini, Muhyiddin berusaha untuk memperkukuh kedudukan parti demi persiapan menghadapi PRU15 menerusi segala cara yang ada, sampai ada ahli UMNO sendiri yang menuduh Bersatu sedang berusaha untuk menarik ahli-ahli UMNO supaya menyertai parti itu. 

Persaingan kuasa ini tentunya tidak diambil ringan oleh UMNO. Parti yang dulunya merupakan abang besar dalam BN tidak mungkin akan berdiam diri apabila berhadapan dengan ancaman langsung daripada Bersatu. Apatahlagi, bagi UMNO, mereka menganggap kebanyakan kerusi-kerusi Bersatu itu sebagai milik UMNO pada asalnya. 

Bagi menyelesaikan kemelut ini, kedua-dua pihak bertekad untuk bertembung pada PRU15 walaupun ianya diadakan ketika tempoh pandemik. Kedua-dua Bersatu dan UMNO begitu yakin mereka dapat merangkul majoriti yang selesa dan seterusnya mendominasi gabungan kerajaan baharu ini. 

Namun begitu, tiada jaminan mana-mana parti dapat menang besar dalam pilihan raya akan datang. Kemungkinan besar juga keputusan pilihan raya itu mirip keputusan sekarang yang mana tiada pihak memperoleh majoriti selesa dan memberangsangkan. Kerajaan yang dibentuk juga mungkin hanya akan mendapat majoriti tipis. 

Kalau kita lihat balik sejak pilihanraya 2008, jumlah undi yang diterima oleh gabungan parti-parti kerajaan dan pembangkang hampir sama. Pada tahun 2008, BN menang 53% undi popular; pada tahun 2013, gabungan pembangkang pada masa itu memenangi 51% undi popular; dan pada tahun 2018, Pakatan Harapan memperoleh 48% dalam situasi tiga penjuru. Maka, kita tidak boleh menolak kemungkinan komposisi kerusi tidak akan berubah banyak. Tiada pihak yang akan menang besar. 

Jika begitu, plihan raya bukanlah langkah penyelesaian bagi kebuntuan ini.

Halatuju gabungan politik Malaysia

Dalam hal ini, pendapat Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong ada munasabahnya. Arena politk Malaysia sudah berubah jadi pendekatan parti-parti politk juga perlu berubah. Contohnya, kalau ramai pengguna sudah biasa menggunakan khidmat penstriman seperti YouTube atau Netflix, takkan penyedia kandungan (content provider) pula masih berdegil untuk menjual kaset video VHS kepada mereka. Tentunya tidak. Mereka yang enggan menukar haluan pastinya akan ditelan dek arus zaman. 

Parti-parti politik di Malaysia haruslah menginsafi perkembangan politik semasa dan membina semula gabungan politik yang lahir daripada semangat kerjasama bukannya dominasi abang besar. Dari segi itu juga, kita perlu memikir semula bagaimana kita mengkonsepsikan persoalan kepemimpinan politik. Dengan tamatnya dominasi hegemoni satu parti politik, era pentadbiran Perdana Menteri berkuasa tunggal juga sudah berakhir. 

Sebagai sistem demokrasi beracuan Westminster, kuat atau lemahnya suatu pentabiran bergantung kepada kaliber dan prestasi barisan kabinetnya. Bagi gabungan politik, ini bermakna mereka harus mengetengahkan sekumpulan (cohort) pemimpin yang berketerampilan dan berkebolehan demi memastikan kelangsungan (survival) mereka. Kepelbagaian bakat dengan mencampurkan nama baharu dengan personaliti-personaliti yang berpengalaman mungkin berupaya menjadi kunci untuk memikat para pengundi di masa hadapan.  

Tawaran kepada pengundi juga perlu diperbaharui. Buku-buku tebal manifesto mungkin bukan lagi medium paling berkesan untuk memenangi hati dan minda para pengundi. Sebaliknya idea-idea baharu yang mampu menyelesaikan masalah seharian rakyat dari segi kelangsungan hidup, mata pencarian, kebajikan dan jaminan kehidupan bermaruah antara lain memainkan faktor penting dalam pertimbangan para pengundi. Komunikasi secara langsung dan berterusan melalui proses libat urus pengundi secara maya dan berkala mungkin menjadi salah satu platform penting dalam persediaan kempen PRU15. 

Pandemik Covid-19 telah menyerlahkan ketempangan sistem ekonomi dan aturan sosial negara kita. Mereka yang berada bertambah kaya, tetapi mereka yang rentan terus bergelut untuk memenuhi keperluan hidup. Tempoh daripada hari ini sehinggalah PRU15 bakal menjadi kayu ukur. Mana-mana gabungan politik yang dapat memposisikan diri mereka dengan mengetengahkan penyelesaian-penyelesaian segar bagi masalah rakyat berkemungkinan akan muncul sebagai pemenang bagi pusingan akan datang. 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/berakhirnya-era-parti-abang-besar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Gerakan Rakyat Malaysia Sah Sertai Gabungan Perikatan Nasional Hari Ini

Parti Gerakan Rakyat Malaysia Sah Sertai Gabungan Perikatan Nasional Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Parti Gerakan Rakyat Malaysia sah menjadi parti politik terbaharu diterima menyertai gabungan Perikatan Nasional hari ini Presidennya Datuk Dr Dominic Lau berkata perkara pihaknya menerima surat pengesahan yang ditandatangani P...
Malaysia Perlukan Jeneral Baru Untuk Lawan Covid 19 Naib Presiden Umno

Malaysia Perlukan Jeneral Baru Untuk Lawan Covid 19 Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 242 hits
Malaysiakini Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin menggesa kerajaan melantik seorang general baru untuk mengetuai dan merangka pendekatan baru menghadapi wabak Covid 19 Khaled berkata sudah hampir setahun berlaku sejak pelaksanaan perin...
Video Syurga Tempatmu Dik Pemergian Arwah Adik Amir Ditangisi Sebahagian Besar Rakyat Malaysia

Video Syurga Tempatmu Dik Pemergian Arwah Adik Amir Ditangisi Sebahagian Besar Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 333 hits
Kematian seorang kanak kanak berusia 7 tahun yang mayatnya ditemui di dalam tong air dan mempunyai kesan kecederaan di badannya benar benar menyentap perasaan hampir sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini Anak kecil yang tak berdosa itu ...
Gempar Zahid Dedah Rahsia Besar Usaha Satukan Umno Pas Sudah Bermula Sejak 1998

Gempar Zahid Dedah Rahsia Besar Usaha Satukan Umno Pas Sudah Bermula Sejak 1998

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 236 hits
February 16 2021 Selepas bebeberapa ketika Muafakat Nasional tidak disebut atau dibincangkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha tersebut harus diteruskan pada masa depan Menurut beliau hubungan kedua dua parti masih b...
Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 342 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia Menurut beliau sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu tiada keputu...
Siapa Abang Besar

Siapa Abang Besar

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 198 hits
Isu TPM Sah atau tidak perlantikan TPM di Masa darurat atau dari kerajaan yang sudah HILANG majoriti
The End Of The Single Party Dominance Era In Malaysia

The End Of The Single Party Dominance Era In Malaysia

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 317 hits
After more than 60 years living under the Umno dominated BN administration Malaysians have become accustomed to the single political party hegemony In fact most of us are still trapped in this mind frame and model that we tend to think ther...
Sinar Pm Keputusan Di Tangan Mkt Umno

Sinar Pm Keputusan Di Tangan Mkt Umno

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 272 hits
SINAR PM Keputusan di Tangan MKT UMNO SINAR PM 19 FEBRUARI 2021 1 Keputusan di Tangan MKT UMNO 2 Malaysia bakal terima 5G hujung tahun ini 3 Isu fitnah Puad sedia berdepan Muhyiddin di mahkamah 4 Kes rasuah Guan Eng isteri disebut semula 28...
Berbaloi Ke Ajak Tun Sertai Semula Umno

Berbaloi Ke Ajak Tun Sertai Semula Umno

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 243 hits
Cukuplah UMNO sedang dalam banyak persimpangan banyak strategi banyak penikir banyak jurucakap banyak kepala Tun sendiri ada kelemahan kekurangan kurang tolak ansur ini semua tidak sesuai untuk umno Kemasukan Tun hanya tambah pening KEPALA ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru