Berada Di Kelompok Dominan Bagaimanakah
BERADA DI KELOMPOK DOMINAN..BAGAIMANAKAH?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
BERADA DI KELOMPOK DOMINAN..BAGAIMANAKAH? | Berada di kawasan atau suasana di mana orang-orangnya itu kuat menguasai situasi,topik atau pemikiran adalah satu hal yang sangat mencabar.Silap langkah kita dihentam.Salah lisan kita dibuli.Tidak mustahil dipinggir hinggakan kita rasa terperuk dan muka pun jadi monyok.Huiiii dahsyat penangan geng sekepala ni..ada aura lain macam.Gabungan kekuatan kaedahnya ni.
Berada di kelompok dominan..bagaimanakah?
Minoriti vs majoriti.Minoriti diambil kira daripada seorang atau individulah ya..seterusnya beberapa orang.Manakala majoriti itu tidak usah dibahas lagi.Kalau dilihat pun pastinya yang ramai itu lebih berpotensi untuk menguasai keadaan apa pun.Namun bagi PC biar minoriti..sekiranya ada aura yang baik dan kuat insyaAllah mudah untuk membuat orang lain terima kehadiran kita.
Terima kehadiran dengan fikiran dan hati terbuka.Berada diposisi mana dan apa sekali pun..masing-masing seharusnya terima kehadiran dengan fikiran dan hati terbuka.Puak-puak atau berkumpulan itu perlu tapi jangan diamalkan setiap masa.Pilih kawan itu mesti tapi sisihkan kawan itu jangan.Berkumpulan untuk membangkitkan itu tidak salah tapi kalau buat orang rasa tertindas itu menzalimi..ya,mungkin tidak pada zahir..tapi emosi.
Tonjolkan kekuatan.Bukan tunjuk sixpax.Tak perlu tayang otot dilengan.Bukan itu.Setiap kita ada keistimewaan yang tersendiri Allah beri.Cari dan tunjukkan untuk manfaat bersama.Tapi jangan riak.Nanti orang meluat tak sudah.Ingat,kalau kita mati..tak disebut kebaikkan tidak mengapa..tapi jangan sampai orang canang keburukkan itu paling bahaya.
Jadi diri sendiri.Buang topeng atau watak sampingan.Jangan ambil kesempatan juga.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/01/berada-di-kelompok-dominan-bagaimanakah.html