Pada hari pembukaan juga telah diadakan jualan ayam pada harga RM1 sahaja seekor dengan pembelian RM50 ke atas. Ramai juga yang datang pada pembukaan kedai ini tempoh hari.
Dengan konsep pasaraya mini, Benzuli menjual pelbagai barangan yang meliputi barangan makanan dan juga barangan kegunaan am yang lain. Dari barangan makanan seperti ayam, ikan, sayur, buah-buahan serta pelbagai barangan yang lain.
Seleksi kicap dan sos cili
Seleksi mi segera
Bahan minuman
Bahan masakan
Kudap kudapan
Sambun pencuci dan juga racun serangga
Minuman dalam tin dan botol
Sabun pencuci
Makanan dalam tin
Bawang dan kentang
Telur dan produk cili kering
Turut dijual di sini adalah barangan dari usahawan bumiputera yang lain. Dimaklumkan bahawasanya terdapat lebih kurang 30 produk usahawan bumiputera yang lain akan ditempatkan di sini. Yang pasti, ianya telah disahkan halal dan disediakan dengan mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jadi, buat pengguna Islam tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menggunakan produk sebegini.
Pes masakan dari The Magic Chef
Sambal hitam Pahang istimewa dari Minz
Jadi, pembukaan pasaraya mini Benzuli ini adalah memudahkan kita semua orang Islam untuk mendapatkan barangan yang pastinya halal dan tanpa ragu-ragu. Jadi, marilah kita bersama-sama menyokong perniagaan umat Islam supaya hasilnya kembali kepada kita semua nanti.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |