Bento Dan Onigiri Hanya Rm1 Di Mynews Biar Betul
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha kalau dengar ada makanan RM1 ni memang giler terus nak pergi serbu. Tambah lagi pula bukan makanan biasa-biasa ia adalah makanan Jepun. Siapa sini suka makanan Jepun kita geng jom pergi serbu kat myNEWS.
Sempena dengan bulan September ini sahaja myNEWS memberikan hanya RM1 untuk pembelian Bento dan juga Onigiri. Kalau korang tak pasti Bento ni macam mana ia adalah satu hidangan makanan yang lengkap ada nasi Jepun, lauk seperti ikan atau ayam dan sayur segar atau jeruk dalam satu bekas kotak tersusun. Bento yang jual kat sini ada macam-macam jenis masa hari tu Maha nampak ada Bento Salmon Salsa dan juga Bento Jumbo Chicken Cutlet. Jadi Maha beli yang ayam dapat RM1 best syok
Manakala Onigiri pula ia adalah nasi Jepun yang dibentuk menjadi segitiga, bersama inti didalamnya dan dibalut dengan Nori atau rumpai laut. Onigiri ini pun ada banyak inti dalamnya ikut kegemaran korang lah. Kat sini ada jual Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese, Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken, Onigiri Teriyaki Salmon, Onigiri Tuna Mayo dan Onigiri Tobiko Kani Mayo. Paling Maha suka adalah yang salmon sedap giler.
Kedua-dua makanan ini sangat enak dan berkhasiat. Kat myNEWS ni mereka hasilkan hidangan ni setiap hari jadi ia segar. Pulak tu saiz sangat sesuai untuk yang macam Maha ni tak ada masa hanya boleh on-the-go sahaja. Kat myNEWS ini Bento dan Onigiri mudah untuk dibawa dan dinikmati bila-bila masa dan dimana juga. Maha suka sambil lalu depan myNEWS singgah beli dan makan kat office kalau balik kerja beli makan kat rumah mudah
Tapi macam Maha cakap yang promosi RM1 ini hanya untuk bulan September sahaja dan ada hari-hari tertentu sahaja. Untuk Bento Tuesday RM1 hanya setiap hari Selasa bulan September manakala untuk Onigiri Thursday RM1 pula hanya setiap hari Khamis bulan ni juga. Jadi kalau korang beli hari-hari lain ia masih dijual cuma pada harga asal lah.
Nak dapatkan RM1 ni pun bukan boleh beli macam tu sahaja. Korang kena muat turun aplikasi myNEWS dalam telefon korang dan daftar dalam aplikasi tu. Jadi nanti masa nak bayar korang boleh gunakan e-dompet yang adalah dalam aplikasi tersebut dan baru boleh dapat promo tu. Nasib hari Maha datang tu hanya tinggal sikit jer memang cepat habis sebab murah giler kot RM1 untuk makanan Jepun ni
Jadi standby untuk beberapa minggu yang tinggal ni korang kena pergi cepat-cepat kat myNEWS yang terpilih sahaja. Bukan semua myNEWS ada tau korang kena tengok lokasi yang mereka update kat Facebook dan juga Instagram myNEWS. Maha hari tu pergi kat Plaza Pantai kerana situ ada Maru Kafe dalamnya.
Maru Kafe ini dia macam satu station yang dalam tu ada jual macam-macam produk makanan Jepun yang enak-enak selain Bento dan juga Onigiri. Kat situ ada juga jual macam-macam produk bakes seperti Hokkaido Roll, Hokkaido Chocolate Roll, Hanjuku Cheese Cake, Hanjuku Chocolate Cake dan banyak lagi. Hokkaido ni memang Maha suka sedap dan lembut. Jadi pastikan korang pergi cawangan yang betul tau jangan pakai redah jer nanti sebab tak semua ada Maru Kafe ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ok
Senarai lokasi myNEWS yang terlibat korang boleh lihat di sini :Bento Tuesday : https://www.facebook.com/notes/mynewscom/bento-tuesday/10157845631257150/Onigiri Thursday : https://www.facebook.com/notes/mynewscom/onigiri-thursday/10157848213732150/
Facebook : https://www.facebook.com/myNEWSMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/mynews_my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/09/bento-dan-onigiri-hanya-rm1-di-mynews.html