Benjy Meninggal Dunia


Berita pemergian Allahyarham Benjy tular di kalangan rakan artis dan ia dipercayai daripada makluman bapanya, Khairil Anwar Zainal Muktar Rashidi.


KUALA LUMPUR: Pelakon, Allahyarham Benjy, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma di Hospital Royal Prima, Medan, Indonesia, jam 11 pagi tadi.

Berita pemergian Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim tular di kalangan rakan artis dan ia dipercayai daripada makluman bapanya, Khairil Anwar Zainal Muktar Rashidi.

Anak sulung primadona filem Melayu, Allahyarham Azean Irdawaty itu dipercayai sudah lama menghidap penyakit asma yang kronik. Perkara itu disahkan adik bongsu arwah, Inessa Irdayanty.

Inessa berkata, keluarga menerima panggilan pihak penjara memaklumkan arwah sukar bernafas dan terpaksa dibawa ke hospital, namun tidak berjaya diselamatkan.

Allahyarham Benjy bersama dua adiknya, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.
Bagaimanapun, katanya, keluarga sepakat mengizinkan arwah dikebumikan di Medan sebagai memenuhi permintaan arwah yang pernah beberapa kali menyebut supaya jenazahnya tidak dibawa pulang sekiranya ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir di penjara. Jenazah arwah dijangka akan dikebumikan, esok.

"Saya dan keluarga tahu arwah sakit. Sejujurnya, arwah sudah lama menghidap penyakit asma kronik sebelum ditahan di Medan. Sebelum ini, arwah sering membuat rawatan susulan di Hospital Sungai Buloh.

"Sebelum COVID-19, arwah sudah berpesan sekiranya berlaku sesuatu kepadanya tidak perlu membawa balik jenazahnya. Pintanya, sedekahkan surah al-Fatihah.

"Jadi, ini menyebabkan kami sekeluarga menyerahkan urusan pengebumian di Medan," katanya .

Allahyarham Benjy kini sedang menjalani hukuman selama 11 tahun, tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta, Medan atas kesalahan memiliki dadah.

Allahyarham Benjy menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit asma di Royal Prima Hospital, Medan, Indonesia, pagi tadi.
Pada April 2017, arwah Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Arwah Benjy disyaki memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian dubur.

Pada 2018, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi pernah mengunjungi arwah di Penjara Tanjung Gusta, Medan.

Namun, keadaan kesihatan aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2002 itu sudah terganggu akibat penyakit asma kritikal dan batuk tanpa henti.


Keadaan arwah masih sama ketika Setiausaha Agong SENIMAN, Hafiz Nafiah berkunjung setahun kemudian, malah penyakitnya dilaporkan semakin teruk.

Sementara itu, Hafiz berkata, pihaknya sedang berhubung dengan pejabat Konsulat Malaysia untuk urusan pengebumian pelakon drama Kerana Cintaku Saerah itu.

"Keluarga mahu jenazah arwah diuruskan dan dikebumikan di Medan atas permintaan arwah. Lagipun, kos membawa pulang jenazah menelan belanja yang besar," katanya.

Allahyarham Benjy pernah mendirikan rumah tangga dengan Safiya Stephanie Kar-Leng Lee pada Februari 2004. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Firdaus Juan Benjamin, 16.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/benjy-meninggal-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Penyakit Asma

Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Penyakit Asma

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 344 hits
Benjy Ibrahim meninggal dunia akibat penyakit asmaPelakon Benjy Ibrahim atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Medan Indonesia pada Ahad 11 Julai 2021 Anak kepada Allahyarham Azean Ir...
Hiburan Kata Nak Bercuti Sama Ibu King Coco Meninggal Dunia

Hiburan Kata Nak Bercuti Sama Ibu King Coco Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 433 hits
Selebriti media sosial King Coco berkongsi berita duka dimana ibunya Fatimah Abdullah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Isnin semalam AdvertisementMenurut King Coco atau nama sebenarnya ialah Marshaira Ismail dia agak t...
Bekas Anggota Rabbani Meninggal Dunia

Bekas Anggota Rabbani Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 352 hits
Bekas anggota Rabbani meninggal dunia Bekas anggota kumpulan Rabbani Azizan Halid 46 menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya jam 10 pagi semalam Berita pemergiannya itu disahkan Ketua Kumpulan Rabbani Azadan Abdul ...
Suspek Kes Bunuh Bayi Perempuan Meninggal Dunia

Suspek Kes Bunuh Bayi Perempuan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 316 hits
SHAH ALAM 5 Julai Seorang suspek lelaki yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang bayi perempuan telah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tanjung Karang petang semalam kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed
Kabar Duka Mantan Menteri Penerangan Harmoko Meninggal Dunia

Kabar Duka Mantan Menteri Penerangan Harmoko Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 390 hits
Ketua DPP Golkar Dave Laksono membenarkan kabar tersebut Dave mengatakan saat ini jenazah Harmoko masih berada di RSPAD Pemakaman akan dilakukan esok hari
Warga Emas Meninggal Dunia Di Restoran Pekan Donggongon

Warga Emas Meninggal Dunia Di Restoran Pekan Donggongon

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 285 hits
Lelaki warga emas disahkan meninggal dunia di sebuah restoran di pekan Donggongon Penampang PENAMPANG Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia selepas rebah di sebuah restoran di pekan Donggongon di sini pada Khamis Dalam kejadian...
Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Bekas Anggota Rabbani Dikebumikan Di Pantai Dalam

Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Bekas Anggota Rabbani Dikebumikan Di Pantai Dalam

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 357 hits
BEKAS anggota kumpulan nasyid Rabbani Azizan Khalid yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Rabu disahkan positif Covid 19
Sehari 8 Warga Yogyakarta Meninggal Dunia Saat Isolasi Mandiri

Sehari 8 Warga Yogyakarta Meninggal Dunia Saat Isolasi Mandiri

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 285 hits
Delapan warga Kota Yogyakarta meninggal dunia saat menjalani isolasi mandiri Senin Kematian saat isolasi mandiri ini terjadi bersamaan saat lonjakan kasus pasien positif Covid 19 terjadi di Daerah Istimewa Yogyakarta
Suami Istri Di Sleman Meninggal Dunia Saat Isolasi Mandiri

Suami Istri Di Sleman Meninggal Dunia Saat Isolasi Mandiri

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 319 hits
Kasus pasien positif Covid 19 yang meninggal dunia saat menjalani isolasi mandiri di rumah kembali terjadi Kali ini menimpa sepasang suami istri di daerah Nogotirto Kecamatan Gamping Kabupaten Sleman DIY
Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia

Buasir Otak Tv Apa Yang Lebih Berharga Dari Berlian

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Projek Ets3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke

Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Mengujakan Naik Atv Melawat Dusun Durian

Drama Thariq Ridzuwan His Treasure Cipta Fenomena Di Media Sosial

Influencers As Marketing Strategy

Penunggang Motosikal Terlelap Pembonceng Tercampak Dari Jejantas

Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

Oem Factory Malaysia Reliable Manufacturing Solutions For Global Brands In 2025