Bendi Goreng Bersambal
Alhamdulillah rezeki bila mendapat jemputan majlis perkahwinan dan juga majlis rumah terbuka. Oleh kerana banyak majlis seumpama ini di hujung minggu, kita kena cari masa untuk berpuasa sunat Syawal. Jangan Syawal dah nak habis belum cukup puasa sunat selama 6 hari. Rugi yang teramat rugi tau.
Hahaha saja jer nak menulis sebab saya dah lama terfikir benda ni. Makanan ni majlis rumah terbuka sedap sedap dan banyak pilihan. Berbeza dengan makanan di majlis kawin yang standard nasi dan jenis lauknya.
Kalau tak bernasib baik, lauk tak berapa sedap. Lauk majlis kawin biasanya ayam masak merah, daging masak hitam atau rendang atau apa apa, acar atau dalca sayuran dan papadom. Lauk standard lah tapi kenapa katerer tak boleh masak bagi rasanya sedap, ayam tak keras. Bukan apa, kesian tuan rumah kan.
Malam tadi kami menghadiri majlis perkahwinan di Bora Ombak, Putra Jaya. Setakat ini, makanan di sana sedap sedap belaka termasuklah kuih muihnya. Bila makanan sedap, tuan rumah pun puashati keluar duit banyak banyak untuk hidangan tetamu. Ok lah setakat ini dahulu.
Serious sedap bendi yang digoreng seperti ini. Lagi lagi kalau ianya masih rangup bila dikunyah kunyah. Makan dengan nasi putih dan digaul gaul sambal dengan nasi, dah sangat sedap. Tak perlu kuah lain. Serious, boleh lah cuba nanti.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Bendi Goreng BersambalOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:10 biji bendiGaramGulaSerbuk perasaMinyak masak
Bahan tumbuk:3 biji cili merah2 biji cili padi merah4 biji bawang merah2 ulas bawang putih2-3 sudu besar ikan bilis
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah terbit minyak, masukkan bendi dan sedikit air. Kacau rata sehingga bendi hampir lembut, terus tutup api supaya bendi kekal rangup.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2024/04/bendi-goreng-bersambal.html