Bendera Putih Klimaks Perjuangan Elyana



Bendera putih, klimaks perjuangan Elyana
ELYANA. Sepotong nama yang sekian lama dikenali sebagai penyanyi dengan keunikan karakter imej dan rentak nyanyiannya selama di puncak populariti.
Satu sosok tubuh yang begitu ceria dan tidak pernah lekang dengan ukiran senyuman lebih-lebih lagi ketika melayani kerenah peminat dan rakan media.
Sejak muncul dengan single pertama Niat pada 2001, perjalanan karier seninya cantik tersusun.
Tidak hanya menyanyi, Elyana turut pernah muncul dalam kaca televisyen menerusi drama fenomena anak muda, Dunia Baru.
Bagaimanapun, radar hidup pemilik nama lengkap Erneelya Elyana Emrizal mula berubah 360 darjah selepas disahkan menghidap penyakit kanser limfoma bermula tahun 2010.
Seluruh dunia Elyana seperti kehilangan obor, semuanya gelap. Perlahan demi perlahan Elyana cuba menerima kenyataan bahawa penyakit paling digeruni tersebut kini ‘bermaharajalela’ dalam badannya dan bangkit meneruskan kehidupan.
Tujuh tahun merahsiakan status diri sebagai pejuang kanser, Elyana akhirnya membuat pendedahan mengejutkan ketika siaran langsung program realiti, Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.
Menjadikan lebih dramatik, pendedahan tersebut dibuatnya selepas namanya diumumkan tersingkir pada konsert minggu kelima program realiti tersebut.
Dedah Elyana lagi ketika itu, kali terakhir dia melakukan rawatan kemoterapi ialah pada 2016, setahun sebelum segala-galanya dibongkarkan kepada umum.
Sepuluh tahun menderita dan berjuang melawan kanser sejak berusia 23 tahun, Elyana pernah mendedahkan kansernya semakin mengganas apabila merebak ke beberapa bahagian lain seperti rahim, hati dan pangkal paha sehingga berat badannya turun mencecah 41 kilogram.
“Jujur saya kuat hingga detik ini disebabkan anak-anak dan keluarga. Kata-kata positif rakan-rakan, peminat dan orang ramai turut saya genggam erat sampai sekarang,” katanya.
Ujar pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman itu, dia juga hampir putus asa meneruskan segala rawatan kemoterapi dan radioterapi sebagai saranan doktor.
Selain mengakui rawatan tersebut menyakitkan dan memerlukan semangat yang kuat, perkara tersebut turut ‘menghadiahkannya’ kesan sampingan lain yang tidak semua orang mampu hadapi.
Ujar Elyana, itu belum dikira perihal kos yang perlu dibayar. Sudah berpuluh malahan ratusan ribuan ringgit dileburkan demi merawat kesihatannya.
Selasa lalu, kelihatannya Elyana agak terkesan apabila meluahkan kebimbangan dan kerisauannya mengenai kos rawatan sesi kedua yang menelan belanja RM250,000 dan dijalaninya bermula kelmarin.
Buntu memikirkan soal kewangan, ibu kepada dua cahaya mata ini akhirnya menyerah dan terpaksa mengangkat ‘bendera putih’ atas perjuangan dan derita yang ditanggungnya selama lebih sedekad itu.
“Jujur saya tak pernah nak minta-minta seperti ini. Saya segan dan malu. Tapi sejak akhir-akhir ini ramai mesej dan mahu menghulur bantuan menampung kos perubatan yang mencecah ratusan ribu ringgit itu.
“Saya terima dan hargai jasa baik anda semua. Jujur saya terharu dan langsung tidak pernah terfikir sampai ke tahap ini,” luahnya menutup bicara sambil meminta semua mendoakan agar ujian berat yang dialaminya kini diangkat semula supaya dia dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu. K Online
Bendera putih, klimaks perjuangan Elyana
hr />
Baca Artikel Menarik :
Anak menteri India ditahan langgar mati petani tunjuk perasaan [VIDEO] Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri? Isteri Shuk Sahar ‘mengadu’ di media sosial sudah penat pertahankan rumah tangga Disuntik dadah dan diperkosa Rakan baik di sekolah jadi ibu tiri Saya tak minta nyawa dengan DAP – Rauf Kenapa Tak Boleh Sidai Baju Basah Dalam Rumah Sebabnya.. Cara cetak sijil vaksin di MySejahtera Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini Titik panas cetus Perang Dunia Ketiga Resepi Mee Kari Kerang Lazat Sungguh Layari Laman Facebook MYKMU
Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun

The post Bendera putih, klimaks perjuangan Elyana appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/11/bendera-putih-klimaks-perjuangan-elyana/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hut Tni Bendera Merah Putih Raksasa Berkibar Di Langit Jakarta

Hut Tni Bendera Merah Putih Raksasa Berkibar Di Langit Jakarta

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 226 hits
HUT TNI Bendera Merah Putih Raksasa Berkibar di Langit Jakarta TNI Angkatan Udara mengerahkan enam helikopter yang membawa bendera merah putih dan bendera Trimatra raksasa dengan ukuran 30 meter x 20 meter dari timur ke barat langit Jakarta...
Elyana Sekeluarga Gembira Terima Kunjungan Istimewa Ebit Lew

Elyana Sekeluarga Gembira Terima Kunjungan Istimewa Ebit Lew

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 227 hits
Siapa sangka wanita berhati cekal ini menerima kehadiran pendakwah terkenal di kediamannya pelakon drama Dunia Baru ini memuatnaik perkongsiannya di Instagram semalam dengan meluahkan rasa gembira atas kunjungan tersebut
Hiburan Selepas Elyana Kini Giliran Bad Indigo Dikunjungi Ebit Lew

Hiburan Selepas Elyana Kini Giliran Bad Indigo Dikunjungi Ebit Lew

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 211 hits
Penayanyi Bad Indigo dan Isterinya Ashira mengungkapkan rasa syukur selepas dikunjungi pendakwah terkenal Ebit Lew di kediamannya semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAshira atau nama sebenar Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz memuat nai...
Video Kunjungan Istimewa Ustaz Ebit Lew Beri Aura Positif Buat Elyana

Video Kunjungan Istimewa Ustaz Ebit Lew Beri Aura Positif Buat Elyana

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 300 hits
Pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu Elyana Emrizal 34 melahirkan rasa syukur selepas dikunjungi oleh pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew ke rumahnya pada Rabu Berita itu dik0ngsi Elyana menerusi muat naik dilaman Instagram miliknya dengan...
Ceria Dan Senyum Walau K4ns3r Yang Dilaluinya Berat Ebit Lew Seb4k Ziarah Elyana

Ceria Dan Senyum Walau K4ns3r Yang Dilaluinya Berat Ebit Lew Seb4k Ziarah Elyana

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 360 hits
Pend4kwah bebas dermawan terkenal Ebit Lew seb4k apabila dapat menziarahi penyanyi Elyana yang kini didvga dengan peny4kit k4ns3r l1mf0ma Kata Ebit Elyana seorang yang kuat dan sentiasa mengucapkan syukur disamping suaminya yang setia ada m...
Guna Logo Keadilan Pru 15 Lambang Perjuangan Rakyat Marhaen

Guna Logo Keadilan Pru 15 Lambang Perjuangan Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 350 hits
KEADILAN negeri Johor mahu logo parti itu digunakan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Kenyataan bersama Majlis Pimpinan Negeri Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita KEADILAN Johor logo parti berkenaan telah dianggap sinonim denga...
Perjuangan Malaysia Di Piala Sudirman Berakhir

Perjuangan Malaysia Di Piala Sudirman Berakhir

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 259 hits
China dinobatkan sebagai juara Piala Sudirman 2021 selepas menewaskan Jepun 3 1 Malaysia turut menerima pingat gangsa bersama Korea Selatan China julang Piala Sudirman KUALA LUMPUR China membuktikan pasukan itu masih kuasa besar badminton d...
Menjalani Program Bayi Tabung Kisah 6 Seleb Ini Penuh Perjuangan

Menjalani Program Bayi Tabung Kisah 6 Seleb Ini Penuh Perjuangan

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 222 hits
Perjuangan 6 seleb ini layak diapresasi karena di antara mereka ada yang menunggu hingga 12 tahun
Cuma Halangan Kecil Perjuangan Tetap Diteruskan Kata Warisan

Cuma Halangan Kecil Perjuangan Tetap Diteruskan Kata Warisan

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 274 hits
Naib Presiden Warisan Junz Wong berkata mereka tidak terkesan dengan tindakan Yusof Yacob meninggalkan parti itu manakala Setiausaha Agungnya Loretto Padua Jr berkata mereka akan memutuskan sama ada mahu menyaman ADUN itu KOTA KINABALU Kehi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah