Benarkan P Ramlee Jatuh Miskin Di Akhir Hayatnya



P.Ramlee miskin di akhir hayatnya. Itulah persepsi masyarakat dewasa ini apabila merujuk kepada seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Perkara ini bermula setelah sebuah dokumentari berkaitan sejarah hidup seniman agung itu ditayangkan pada tahun 2010.

Bagi membetulkan dakwaan tersebut kami memperlihatkan segala hujah dan fakta untuk menyangkal dakwaan tersebut. Di dalam dokumentari berkenaan ada beberapa individu yang ditemubual sebagai sumber primer bagi menguatkan lagi dakwaan P.Ramlee itu miskin di penghujung hayatnya. Tanpa menafikan kenyataan dari semua sumber berkenaan, tetapi mari kita menilai sejenak dengan beberapa kenyataan hasil dari penelitian dan pengkajian dari sumber-sumber tertentu. Para pembaca berhak membuat penilaian sendiri tanpa perlu percaya sepenuh kenyataan dari artikel ini. Tepuk dada tanya selera.

Bagi pendapat peribadi saya P.Ramlee tidak miskin dari sudut kewangan dan kehidupannya. Tetapi jika kerjaya seninya mengalami zaman suram ada asasnya. Perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor seperti kemunculan televisyen pada ketika itu, di samping masyarakat ketika itu sudah beralih kepada muzik Pop Yeh Yeh yang sangat mendominasi. Faktor filem-filem dari luar versi warna juga menjadi salah satu faktor kejatuhan filem-filem Melayu pada ketika itu bukan filem P.Ramlee sahaja. Perkara ini turut menjejaskan perkembangan filem Melayu di Singapura sehingga berlaku penutupan studio Jalan Ampas pada tahun 1967. Disebabkan P.Ramlee itu satu nama yang besar pada ketika itu ianya akan lebih menonjol dan sering diperkatakan.

P.Ramlee tidak miskin? Ya, P.Ramlee tidak miskin. Sejak mengarah filem Bujang Lapok pada tahun 1957, P.Ramlee dibayar sebanyak 30 ribu ringgit untuk mengarah sebuah filem. Bayaran ini berlarutan sehingga P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur tanpa gagal. Perkara ini tidak berlaku kepada pengarah lain di Shaw Brothers baik di Singapura atau di Kuala Lumpur. Apa kata Mr. Kwek Chip Jian dalam dokumentari itu, "duit ni manyaklah makan tak habis". Sebab apa Mr. Kwek berkata demikian, kerana beliau merupakan Pengurus Studio di syarikat Malay Film Production milik Shaw Brothers. Sudah tentu beliau lebih tahu pengaliran duit keluar dan masuk dalam akaun P.Ramlee kerana beliau terlibat dalam pengurusan kepada pelakon dan pekerja studio.

Di Kuala Lumpur P.Ramlee mempunyai 2 buah rumah. Satu di Jalan Bunga Kantan dan satu lagi di Jalan Dedap (sekarang Pustaka Peringatan P.Ramlee). Rumah di Jalan Bunga Kantan P.Ramlee sewakan kepada Salleh Ghani setelah berpindah ke Jalan Dedap. P.Ramlee pada ketika itu turut mempunyai syarikat miliknya Rumpun Melayu bersama H.M Shah. Beliau juga memiliki Pawagam P.Ramlee di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saloma pula pada ketika itu masih mempunyai kontrak menyanyi di Kelab Malam. P.Ramlee dan Saloma memiliki kereta masing-masing. P.Ramlee juga masih mampu menyekolahkan anak-anak angkatnya. Menurut Sazali, sepanjang hidup bersama P.Ramlee di Kuala Lumpur, belum pernah lagi "daddynya" itu gagal memberi makan minum dan keperluan kepada anak-anaknya. Masakan P.Ramlee miskin tetapi mampu membayar gaji pembantu rumahnya?

Saya percaya pasti ada yang mempertikai kenyataan saya dan akan merujuk kepada kenyataan Datuk Aziz Sattar dalam dokumentari berkenaan bahawa melihat P.Ramlee makan nasi dengan telur. Saya pernah bertanya akan hal ini kepada beliau pada tahun 2012. Aziz Sattar menerangkan beliau mengeluarkan kenyataan begitu adalah kerana beliau berasa tersentuh melihat P.Ramlee berkelakuan sedemikian, kerana ketika di Singapura beliau tidak pernah melihat P.Ramlee makan nasi dengan telur. Perkara itu sangat menyentuh emosi Aziz Sattar sehingga beliau mengeluarkan kenyataan begitu. Apa lagi ketika situasi itu berlaku ketika pertama kali Aziz Sattar menziarahi ke rumah P.Ramlee di Jalan Dedap sejak P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dari Singapura pada pemghujung tahun 1963.

Tetapi menurutnya lagi itu tidak bermakna P.Ramlee miskin dari sudut ekonomi dan kewangan. Jika nak diikutkan menurut Aziz Sattar, mereka di Jalan Ampas lebih dahulu terjejas kehilangan punca pendapatan setelah penutupan Studio Jalan Ampas, di Singapura pada tahun 1967. Banyak bintang-bintang bertaburan tanpa hala tuju. Ada yang membawa teksi, membuka gerai makanan, mengambil upah membuat persembahan di kenduri kahwin, malahan Aziz Sattar sendiri terpaksa mengadakan pertunjukkan pentas di pesta hiburan untuk mencari rezeki menyara keluarga.


Menurut Dato' Ahmad Nawab yang sering bersama P.Ramlee ketika di Kuala Lumpur turut menyangkal dakwaan yang P.Ramlee miskin di penghujung hayatnya. Ahmad Nawab boleh dikatakan seringkali menemui P.Ramlee bagi bersama-sama berkarya mencipta lagu. Tetapi ada juga kebenarannya dari apa yang diperlihatkan melalui dokumentari berkenaan yang menyatakan P.Ramlee mengalami tekanan disebabkan beberapa faktor seperti menerima perintah mahkamah disebabkan beliau pernah menjadi menjamin seorang hamba Allah atas tujuan pinjaman bank.

Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak boleh membantu bagi membetulkan persepsi yang P.Ramlee miskin di penghujung hayatnya. Semoga bermanfaat.

Teks : HAR

Sumber :

Sesi temubual bersama Ramli Ismail, Bangsar, 1998

Sesi temubual bersama Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, Universiti Malaya, 2001

Sesi temubual bersama Datuk Aziz Sattar, Shah Alam, 2012

Sesi temubual bersama Aimi Jarr, Finas, 2007

Sesi temubual bersama Adam Salleh, bekas Ketua Pengarang Harian Metro, NSTP Bangsar, 2018 (Waris Allahyarham Salleh Ghani)

Kenangan Abadi P.Ramlee - Ramli Ismail

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/06/benarkan-p-ramlee-jatuh-miskin-di-akhir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Miskin Teruja Terima Sumbangan

Pelajar Miskin Teruja Terima Sumbangan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 295 hits
Oleh Azhar YusofHULU TERENGGANU 21 Mei Dalam beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pastinya mereka yang kurang bernasib baik terus mendapat perhatian pelbagai pihak Ahli Dewan Undangan Ne...
Anti Miskin Hanya Saja Percaya Apa Tidak

Anti Miskin Hanya Saja Percaya Apa Tidak

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 367 hits
DOA ANTI MISKIN Catatan Dr HM Rakib Jamari SH M Ag Baca ayat ini QS at Taubah ayat 129 setiap selesai solat subuh lebih ampuh barokah dibandingkan ritual pesugihan Jumlah harta tidak harus melimpah tapi harus berkah insya Allah Maka jika me...
Toko Baju Ini Gratiskan Seluruh Dagangannya Untuk Fakir Miskin

Toko Baju Ini Gratiskan Seluruh Dagangannya Untuk Fakir Miskin

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 302 hits
Bukan hal asing lagi jika di Bulan Ramadhan banyak warga yang ingin membeli baju baru untuk dipakai di hari raya lebaran nanti Namun keadaan ekonomi yang memburuk akibat wabah corona membuat kaum fakir miskin tak bisa membelinya Hal inilah ...
Yb Jelajah Kampung Hulur Bantuan Keluarga Miskin

Yb Jelajah Kampung Hulur Bantuan Keluarga Miskin

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 362 hits
Mohd Nor menziarahi salah satu keluarga yang kurang bernasib baik MARANG 20 Mei Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong Mohd Nor Hamzah melakukan jelajah ke setiap kampung dalam Dewan Undangan Negeri berkenaan bagi menghulurkan bantuan kepa...
Rentas Negeri Tanpa Syarat Lepas 9 Jun Tak Sangka Akhirnya Terbongkar Keputusan Akhir Undian Mkn Buat Untuk Rakyat

Rentas Negeri Tanpa Syarat Lepas 9 Jun Tak Sangka Akhirnya Terbongkar Keputusan Akhir Undian Mkn Buat Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 912 hits
Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan kini banyak memberi kelonggaran kepada rakyat berbanding PKP yang dilaksanankan sebelum ini Namun apakah yang diharapkan akan diputuskan selepas berakhirkan fasa ini selepas 9 Jun...
Akhir Yang Baik

Akhir Yang Baik

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 594 hits
Yang mula tetap berakhirAkhir sebuah perjalananAkhir sebuah pertemuanakhir sebuah kehidupanAkhir segala galanyaKita telah dilahirkan secara baik ke dunia iniBiarlah kematian kita juga secara baikDoa setiap hari mengiringi kehidupan berbaki ...
Bank Dunia Pemulihan Ekonomi Malaysia Dijangka Bermula Akhir 2020

Bank Dunia Pemulihan Ekonomi Malaysia Dijangka Bermula Akhir 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR 8 Jun Ekonomi Malaysia dijangka berada di landasan pemulihan bermula akhir tahun ini dan kembali kepada pertumbuhan memasuki 2021 kata Bank Dunia Pengurus Negaranya bagi Malaysia Dr Firas Raad berkata negara perlu meneruskan la...
Dr Maza Kutuk Sikap Malas Orang Miskin

Dr Maza Kutuk Sikap Malas Orang Miskin

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 998 hits
Hari ini saya kembali mengiringi DYTM Raja Muda Perlis dalam kayuhan MAIPs Peduli Disebabkan PKPB maka jumlah kami tidak ramai dan in sha ALLAH telah mematuhi SOP yang ditetapkan Tujuan kayuhan seperti biasa ialah untuk menyantuni asnaf men...
Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang

Calpis Soda One In A Million


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Cara Ke Genting Highlands Dari Kl Sentral Panduan Lengkap

Porsche 911 Release Date Specs And Pricing Information

Tokyo Triple A 2010 Triumph Street Triple 675 Caf Racer From Japan

The Government Shutdown What Travelers Need To Know