Benarkah Zikir Ketika Rukuk Dan Sujud Adalah Wajib



SOALAN:
Adakah batal solat jika seseorang itu tidak membaca zikir semasa rukuk dan sujud?

JAWAPAN:
Di dalam mazhab Syafie, hukum membaca zikir semasa rukuk dan sujud adalah sunat hai’ah. Hukum meninggalkan sunat hai’ah tidaklah berdosa dan tidaklah menyebabkan seseorang itu perlu menampungnya dengan sujud sahwi, seperti halnya pada meninggalkan sunat ab`adh. Justeru, solat seseorang yang meninggalkan zikir ketika rukuk dan sujud tidak membatalkan solat. Ia juga bukan perkara rukun atau fardu yang menyebabkan solat seseorang itu tidak sah jika ditinggalkan. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (1/154-155)]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Mas’ud R.A:

إِذَا رَكَعَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَذَلِكَ أَدْنَاهُ وَإِذَا سَجَدَ فَلْيَقُلْ سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى ثَلاَثًا وَذَلِكَ أَدْنَاهُ
“Jika salah seorang daripada kalian rukuk maka ucapkanlah tiga kali “subhana rabbiyal a`zhim” dan itulah sekurang-kurang ucapannya. Jika dia sujud maka ucaplah “subhana rabbiyal a`la” sebanyak tiga kali dan itulah sekurang-kurang ucapannya.” [Riwayat Abu Daud (886)]

Berkata Imam al-Nawawi dalam Majmu’ Syarh al-Muhadzdab (3/411-414): “Makna daripada “wa dzalika adnahu” ialah sekurang-kurang ucapan pada nisbah itu adalah kamal al-fard (perkara kesempurnaan rukun) dan ikhtiyar (perkara sunat yang utama dilaksanakan) bukan kesempurnaan rukun semata-mata.

Semua itu (bacaan zikir semasa rukuk, sujud, i`tidal, dan takbir perpindahan) ialah sunat dan bukan wajib sekalipun seseorang meninggalkannya maka tidak berdosa dan solatnya sahih, sama ada ditinggalkan kerana sengaja atau lupa, tetapi makruh meninggalkannya secara sengaja. Itulah mazhab kami, dan pendapat Malik, Abu Hanifah dan majoriti ulama'.

Berkata Ahmad: “Tasbih dalam rukuk, sujud dan ucapan “sami’a Allahu li man hamidah” dan “rabbana wa laka al-hamd”, bacaan antara dua sujud dan sekalian takbir adalah wajib, jika dia meninggalkan satu daripadanya secara sengaja maka batal solatnya, jika lupa maka tidak batal dan sujud sahwi untuk menggantikannya.”

Berkata Imam al-Imrani dalam al-Bayan fi al-Fiqh al-Syafie (2/211): “Dan tidak wajib bertasbih dalam rukuk dan sujud, inilah pendapat kebanyakan ahli ilmu. Sebahagian ahli zahir berkata: “hukum bertasbih dalam kedua-duanya adalah wajib.”

Berkata al-Imrani, hujah mazhab al-Syafie ialah firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ۩
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Hajj: 77)

Menurut beliau, ayat di atas tidak menyebut tasbih yang akan merosakkan solat tanpanya, dan Nabi SAW tidak menyuruh bertasbih dalam kedua-duanya.

Berlainan halnya dalam mazhab Hanbali. Di sisi mereka, membaca tasbih semasa rukuk dan sujud adalah perkara yang wajib, tetapi bukan rukun atau fardu. Menurut istilah mereka, perkara wajib dalam solat ialah perkara yang jika ditinggalkan secara sengaja akan membatalkan solat, tetapi jika ditinggalkan kerana lupa atau jahil, maka diwajibkan untuk ditampung dengan sujud sahwi. [Rujuk Kasysyaf al-Qina’ (1/390) oleh Imam al-Buhuti]

Mereka berdalilkan hadis berikut. Daripada Uqbah bin `Amir al-juhani berkata: Bahawa apabila turun ayat {فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ} maka bersabda kepada kami Rasulullah SAW:

اجْعَلُوهَا فِي رُكُوعِكُمْ
“Hendaklah kalian baca demikian ketika rukuk.”

Apabila turun ayat {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى‏} maka sabda kepada kami Rasulullah SAW:

‏ اجْعَلُوهَا فِي سُجُودِكُمْ ‏
“Hendaklah kalian baca demikian ketika sujud.” [Riwayat Abu Daud (887)]

Berkata Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: “Dan memadai tasbih sekali sahaja, kerana Nabi SAW memerintahkan dengan tasbih daripada hadis `Uqbah dan tidak menyebut bilangan maka menunjukkan bahawa cukup dengan sekurang-kurang sekali.” [Rujuk al-Mughni (1/297)]

Berdasarkan fakta keterangan di atas, jelas kepada kita bahawa hukum bertasbih ketika rukuk dan sujud adalah sunat di sisi mazhab Syafie, dan tidak wajib, tetapi makruh jika ditinggalkan secara sengaja. Manakala dalam mazhab Hanbali, hukumnya adalah wajib, tetapi bukan rukun. Justeru, sekiranya seseorang meninggalkannya kerana sengaja maka batal solatnya, adapun jika kerana terlupa maka tidak membatalkan solat dan hendaklah sujud sahwi.

Semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dan taufiq untuk memperbaiki amalan kita.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/benarkah-zikir-ketika-rukuk-dan-sujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Ketika Sedang Batuk Kita Pantang Mengonsumsi Es Krim

Benarkah Ketika Sedang Batuk Kita Pantang Mengonsumsi Es Krim

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 349 hits
Dr Karin Wiradarma dokter yang aktif di Klikdokter serta berpraktik di rumah sakit dan klinik di wilayah Jakarta Utara ini mengatakan konsumsi es krim saat batuk tak akan memperparah batuk Namun yang perlu diperhatikan lebih dulu adalah pen...
Wajib Baca Benarkah Chin Peng Ada Hak Pulang Ke Malaysia Setelah Perjanjian Hatyai 1989

Wajib Baca Benarkah Chin Peng Ada Hak Pulang Ke Malaysia Setelah Perjanjian Hatyai 1989

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 539 hits
SIAPA KATA CHIN PENG BOLEH MENETAP DI MALAYSIA IKUT PERJANJIAN DAMAI Mereka yang berhujah bahawa Chin Peng berhak untuk balik ke Malaysia mengikut Perjanjian Damai Hadyai pada 2 Disember 1989 perlu membaca dengan teliti dokumen bertajuk Pen...
Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 603 hits
Solat itu tiang agama jadi beri tahu pasangan masing masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya salah satunya ketika sujud punya 1001 kelebihan yang tersembunyi First awareness of the body...
Polisi Pastikan Mayat Di Dalam Mobil Mewah Di Deli Serdang Adalah Hakim Pn Medan

Polisi Pastikan Mayat Di Dalam Mobil Mewah Di Deli Serdang Adalah Hakim Pn Medan

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 212 hits
Jasad Jamaluddin ditemukan di dalam mobil Toyota Land Cruiser Prado BK 77 HD di jurang yang ada di areal kebun sawit milik masyarakat di Dusun II Namo Bintang Desa Suka Dame Kecamatan Kutalimbaru Deli Serdang Jumat siang
Cuti Sekolah Sudah Bermula Berikut Adalah 5 Tempat Menarik Yang Patut Korang Kunjungi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini

Cuti Sekolah Sudah Bermula Berikut Adalah 5 Tempat Menarik Yang Patut Korang Kunjungi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 839 hits
Sumber gambar dari GoogleSesi persekolahan sudah pun melabuhkan tirainya minggu lepas dan diikuti dengan budak budak SPM yang last paper semalam jadi korang yang mak ayah ni dah ada ke tempat ke nak bawa anak anak pergi bercuti memandangkan...
Dia Adalah Manusia Yang Paling Saya Benci Dalam Hidup Kisah Benar Persahabatan Ng Man Tat Chow Yun Fat

Dia Adalah Manusia Yang Paling Saya Benci Dalam Hidup Kisah Benar Persahabatan Ng Man Tat Chow Yun Fat

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 782 hits
https ift tt 37RxhWv Dia mungkin dikenali dalam banyak filem komedi bersama dengan Stephen Chow tetapi menurut Ng Man Tat dia sebenarnya terhutang budi pada pelakon Chow Yun Fat Menurut laporan Epoch Times Ng dan Chow berkenalan ketika mere...
Memburit Adalah Majoriti Yang Paling Ramai Mengidap Hiv

Memburit Adalah Majoriti Yang Paling Ramai Mengidap Hiv

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 1065 hits
Menakutkan Itu yang mampu diperkatakan apabila jumlah pesakit HIV meningkat saban tahun dan majoritinya adalah kerana hubungan sejenis sesama lelaki Sejak tahun 1990 majoriti jangkitan HIV berlaku dalam kalangan penagih dadah akibat perkong...
Unesco Borobudur Adalah Contoh Paling Hebat Dari Harmonisasi Agama

Unesco Borobudur Adalah Contoh Paling Hebat Dari Harmonisasi Agama

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 364 hits
Candi Borobudur yang berlokasi di Magelang Jawa Tengah adalah bangunan bersejarah yang telah lama diakui sebagai warisan budaya dunia oleh Organisasi Pendidikan Ilmu Pengetahuan dan Budaya PBB atau UNESCO
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Drama Epok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Prism Malaysia Melancarkan Luna Eco Penapis Udara Siri Nexa

Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani