Benarkah Perceraian Sukar Dielak Dalam Dunia Media Sosial


Siva Selan Bila sudah jatuh cinta, patutkah wanita moden kejar atau terus kekal dalam rumah tangga yang tidak bahagia?

Semakin banyak perkahwinan dalam kalangan warga Malaysia menemui jalan buntu untuk terus kekal teguh.
Dahulu, pasangan-pasangan yang berkahwin sering merasa perlu bertahan dalam sesebuah rumah tangga yang tidak bahagia dan terus membungkam derita hanya semata-mata kerana malu untuk bercerai.
Akan tetapi pada hari ini, perpisahan dan perceraian bukan lagi taboo dan tiada lagi stigma seperti zaman dahulu.
Jadi, tidak mengejutkan apabila tekanan sosial sudah tidak wujud bagi terus menderita dalam rumah tangga, ramai yang memilih untuk bercerai.
Angka-angka baru dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan jumlah perceraian semakin meningkat dari 51,000 pada 2018 kepada 57,000 pada 2019 bersamaan 12% peningkatan dalam tempoh setahun.
Menurut statistik, purata umur pasangan yang bercerai ialah 37 tahun bagi lelaki, dan 34 bagi wanita.
Seorang peguam yang memiliki 19 tahun pengalaman mengendalikan kes perceraian, Ezane Chong berkata kes perceraian semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Segelintir pasangan yang baru kahwin, sudah ingin bercerai pada tahun pertama perkahwinan, sedangkan petisyen cerai tidak boleh dibentang dalam tempoh 2 tahun pertama perkahwinan,” katanya kepada MalaysiaNow.
Pengalaman Chong juga turut mengesahkan angka-angka yang dikeluarkan DOSM.
“Perceraian adalah satu hal yang biasa dalam kalangan milenial, lebih-lebih lagi yang 30-an, walaupun sudah ada anak kecil,” katanya yang juga merupakan felo di International Academy of Family Lawyers (IAFL).
Chong berkata, antara alasan yang paling biasa diadukan klien-kliennya masih hal yang sama.
Ia termasuk tiada persefahaman sehingga timbul konflik, perselingkuhan pasangan, tiada wang, penderaan fizikal dan mental atau masing-masing sudah merasa tidak sehaluan.
Namun, katanya lagi, wujud beberapa alasan baru yang turut mengejutkan ibu bapa klien.
Jika seorang pasangan, yang biasanya si suami, keluar bekerja, bermusafir jauh atau sering kerja hingga lewat malam, isteri yang ditinggalkan “waktu dulu-dulu” akan habiskan masa tonton televisyen atau hal-hal yang pasif.
Berbeza dengan hari ini, pasangan yang tinggal di rumah akan habiskan waktu dengan komputer riba dan telefon pintar, mereka aktif meneroka pelbagai aplikasi dan laman sesawang yang memberi ruang untuk berkenalan dengan orang baru, dan seterusnya membina hubungan.
Media sosial seperti Facebook dan WhatsApp menjadikan setiap pasangan moden dapat berhubung dengan “kenalan” mereka dengan hanya satu klik.
Kenalan mereka itu dianggap boleh membelai mereka dan menjadi tempat mengadu nasib apabila berdepan masalah dengan pasangan sendiri.
Tanpa kemudahan ini, sesebuah pasangan tidak memiliki ruang untuk cuba menyelesaikan masalah mereka selepas pergaduhan, melainkan terpaksa kekal tinggal sebumbung “demi anak-anak.”
Sebelum ini, seorang suami yang akan memulakan perceraian, namun disebabkan kebebasan kewangan dan sokongan kumpulan-kumpulan di media sosial meningkatkan lagi pilihan dan pengaruh ke atas keputusan yang diambil oleh si isteri.
“Wanita hari ini kurang motivasi untuk kekal dalam sebuah perkahwinan yang tidak bahagia sekiranya dia juga seorang yang bekerjaya dan tidak perlu mengharapkan suami,” kata Chong yang juga merupakan felo kanan peguam keluarga.
Bagaimanapun, Chong berkata, ada juga perkara yang tidak berubah.
Dia percaya pasangan yang membina keluarga perlu sentiasa mengutamakan anak-anak, dan mereka perlu menjadi pertimbangan dalam sebarang keputusan yang diambil.
“Jika sebuah perkahwinan masih boleh diselamatkan dan kedua-dua pihak berazam untuk komited menjaga urusan anak-anak, maka ia adalah keputusan yang terbaik untuk keluarga itu,” katanya.
“Namun, jika sesebuah perkahwinan atau hubungan sudah rosak dan mencetuskan suasana yang tidak sihat bagi membesarkan anak-anak, maka tak berbaloi untuk bertahan.”
Pakar psikologi sosial, Elaine Fernandes memberitahu MalaysiaNow pemerkasaan wanita moden terutama melalui kebebasan kewangan, mengurangkan keinginan isteri-isteri yang tidak bahagia untuk mempertahankan rumah tangga mereka.
“Ini bermakna, pasangan muda mungkin mengutamakan aspek-aspek lain dalam sesuatu hubungan, seperti keserasian, ketika hidup bersama,” katanya.
“Ketika ini lebih banyak penekanan terhadap kepuasan seseorang dalam sesuatu hubungan dan kekurangan toleransi menjadikan tingkah laku toksik berlaku dalam sesebuah hubungan seperti memanipulasi pasangan dan merendahkan mereka. Penekanan itu berlaku kerana kesedaran masyarakat tentang kesihatan mental sudah meningkat.”
Selain itu, menurut Fernandez, media sosial, aplikasi “dating” seperti Plenty of Fish turut menyediakan pilihan lain untuk mereka jadikan pasangan.
Apabila pilihan semakin banyak di dalam talian, semakin sukar untuk orang muda setia kepada pasangannya.
“Hal ini tak menjadi isu ketika orang ramai berpasangan dengan komuniti mereka yang terdekat, dan kurang pengetahuan selain tiada pendedahan terhadap hal-hal yang menjangkaui lingkungan mereka,” kata Fernandez.
Apabila semakin mudah pasangan itu menambah kumpulan sosialnya, ia menjadikan kemungkinan untuk bertemu orang lain yang lebih serasi turut bertambah.
Baik di dalam talian mahupun di dunia realiti, kehidupan sangat berbeza bagi generasi media sosial.
Walaupun pilihan sama ada kekal atau robohkan sesebuah rumah tangga adalah satu persoalan peribadi, Fernandez menasihatkan pasangan muda untuk kenal pasti dan jelaskan alasan-alasan mereka sebelum membuat keputusan.
Jika sebab yang menyatukan mereka semasa mula bersama masih relevan, maka, sangat penting untuk mereka duduk berbicara secara jujur, dan cuba mencari penyelesaian bagi mengekalkan hubungan, katanya.
“Jika komunikasi sangat sukar, dan anda tak tahu bagaimana hendak bermula, berbaloi sebetulnya jika pasangan mengadu hal mereka kepada pakar, seperti ahli terapi pasangan untuk bantu selesaikan isu bersama dengan selamat dan persekitaran yang neutral.”
Pakar profesional juga sudah semakin banyak ketika ini, dan dengan hanya satu klik tetikus komputer, barangkali pasangan akan sedar mereka tidak perlu mengelak untuk berdepan dengan isu rumah tangga sendiri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/benarkah-perceraian-sukar-dielak-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Ditahan Tipu Jual Sarung Tangan Menerusi Media Sosial

10 Ditahan Tipu Jual Sarung Tangan Menerusi Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 301 hits
Sebanyak 98 kes penipuan penjualan sarung tangan melibatkan kerugian lebih RM120 juta dilaporkan sehingga 14 Mac KUALA LUMPUR Seorang wanita Mongolia antara 10 orang yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan penjualan sar...
Pelaku Tawarkan E Ktp Palsu Lewat Media Sosial Harga Rp300 Ribu

Pelaku Tawarkan E Ktp Palsu Lewat Media Sosial Harga Rp300 Ribu

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 222 hits
Putu membeberkan satu keping e KTP palsu dihargai Rp200 sampai Rp300 ribu Putu mengatakan penyidik sedang mendalami keterangan tersangka guna mencari orang lain yang terlibat di dalam pembuatan e KTP palsu
Hiburan Disebut Sebut Selepas Sertai Ajl35 Amir Masdi Seronok Nama Trending Di Media Sosial

Hiburan Disebut Sebut Selepas Sertai Ajl35 Amir Masdi Seronok Nama Trending Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 506 hits
Juara program Akademi Fantasia 2016 Amir Masdi mengakui berasa teruja kerana namanya semakin dikenali ramai setelah menyertai Anugerah Juara Lagu ke 35 meskipun tidak membawa pulang sebarang trofi kemenangan Sumber Instagram Amir Masdi Ujar...
Henry Tarik Diri Dari Media Sosial Kerana Marahkan Perkauman Buli Online

Henry Tarik Diri Dari Media Sosial Kerana Marahkan Perkauman Buli Online

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 291 hits
REUTERS Bekas pemain bola sepak antarabangsa Perancis Thierry Henry berharap keputusannya untuk menarik diri dari media sosial dapat mendorong orang lain dalam memerangi perkauman dan buli secara online Bekas penyerang Arsenal dan Barcelona...
Pelbagai Komen Kritikan Di Lempar Netizen Di Media Sosial Terhadap Nyanyian Nabila Razali

Pelbagai Komen Kritikan Di Lempar Netizen Di Media Sosial Terhadap Nyanyian Nabila Razali

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 377 hits
PETALING JAYA Selepas ini tiada lagi peluang kedua atau ketiga buat Nabila Razali Demikian antara komen netizen selepas menonton persembahan Nabila mendendangkan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF di pentas Anugerah Juara Lagi...
Teknologi Bantu Dekatkan Jodoh 10 Artis Ini Temukan Pasangan Hidupnya Berkat Media Sosial

Teknologi Bantu Dekatkan Jodoh 10 Artis Ini Temukan Pasangan Hidupnya Berkat Media Sosial

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 203 hits
Terbaru ada Ustaz Syam yang mempersunting selebgram Jihan Salsabila setelah berkenalan lewat aplikasi TikTok
Apple Kini Mempunyai Pasukan Khusus Untuk Membuang Perkongsian Produk Cetak Rompak Di Media Sosial

Apple Kini Mempunyai Pasukan Khusus Untuk Membuang Perkongsian Produk Cetak Rompak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 241 hits
Salah satu perkara yang tidak disukai pelbagai jenama adalah produk mereka dicetak rompak dan dijual secara berleluasa Terbaru dalam usaha mengatasinya Apple kini mempunyai pasukan khusus yang memfokuskan untuk bekerjasama dengan pihak berk...
Hiburan Tular Foto Di Media Sosial Elizabeth Tan Sudah Berkahwin

Hiburan Tular Foto Di Media Sosial Elizabeth Tan Sudah Berkahwin

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 474 hits
Tular pagi ini di media sosial apabila sebuah foto memaparkan penyanyi Elizabeth Tan dan seorang jejaka sedang berada di altar untuk upacara perkahwinan Sumber Instagram Elizabeth Tan Foto tersebut dilaporkan telah dimuat naik sendiri oleh ...
Apa Salah Media Sosial

Apa Salah Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 275 hits
Begitulah dengan mudah Hadi menjatuhkan hukuman kepada mereka yang mencari rezeki melalui media sosial sebagai golongan liberal yang tidak beriman Anehnya Presiden UMNO parti yang menjadi rakan sekongkol PAS dalam Muafakat Nasional Dato Ser...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh